006. Isu Remaja Lari
Salam sejahtera pelajar budiman.
Sebagai memulakan perbicangan, saya telah memilih isu yang diketengahkan Iffa Iryani pada 12 Nov 2004 mengenai kes seorang pelajar Sekolah Menengah Hong Kah yang lari dari rumah sedikit masa dahulu.
Iffa mengatakan bahawa, "Isu yang hangat yang saya telah terbaca di "New Paper" ialah mengenai kehilangan seorang murid sekolah kita. Namanya Arinah. Saya rasa perkara ini membuat saya fikirkan tentang keselamatan dia dan juga bagaimana kita boleh membantu keluarganya kerana saya ada juga kenal sedikit tentang budak itu. Sudah sebulan dia menghilang dari rumah dan sekolah.Saya amat kasihan pada keluarganya yang menunggu kepulangannya hingga ke saat ini. Perkara tentang budak-budak lari dari rumah amat membimbangkan sekali".
Apa pula komen anda tentang perkara ini? Mungkin persoalan-persoalan yang saya ajukan sebentar nanti boleh kamu gunakan sebagai panduan untuk memberikan pendapat-pendapat seterusnya.
- Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga apabila seseorang remaja mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tanpa sebarang berita?
- Bayangkan bagaimana keadaan seseorang remaja apabila lari dari rumah?
- Apakah bahaya-bahaya ataupun risiko-risiko yang mungkin dihadapi semasa lari dari rumah?
- Agaknya apa yang akan kamu lakukan sekiranya rakan kamu mengambil keputusan untuk lari dari rumah?