21.11.05
6.11.05
019. Tugasan Cuti Sekolah
Anda dikehendaki melungsuri lelaman berikut untuk mengetahui tugasan cuti sekolah kamu. Anda juga boleh klik sahaja pada bahagian Jalinan Guru di sebelah kanan lelaman ini untuk ke lelaman Tugasan Cikgu Faizal.
Saya meminta kerjasama anda untuk memberitahu yang lain mengenai perkara ini.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
02:35
27.10.05
018. Sukma Budaya 2005
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
23:29
2
pendapat
23.10.05
017. Aktiviti Pembelajaran: Blog
Omar Taufiq, Shazni dan Hisham kelihatan ghairah memberikan pendapat masing-masing. Gambar-gambar ini diambil pada 23 September 2005 iaitu beberapa hari selepas kami diwawancara oleh penerbit Detik, Encik Hisham Hashim.
Untuk melihat gambar-gambar yang lain sila ke Fotopage Cikgu Faizal.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
17:19
0
pendapat
20.10.05
016. Etika Penggunaan Blog
Sudahkah anda membaca artikel Berita Harian mengenai isu etika blog? Sekiranya diberikan peluang, apakah yang boleh anda sarankan kepada pihak awam tentang etika penggunaan blog?
Berikut merupakan artikel berita yang cikgu dapatkan daripada Cyberita sebagai bahan renungan.
Berita Harian Singapura : 18 Oktober 2005
Dipetik daripada
Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus memantau keadaan dan menilai keperluan mewujudkan satu garis pandu penggunaan Internet, merangkumi etiket blog bagi guru dan pelajar.
'Kami menggalakkan penggunaan blog. Ia membolehkan pelajar meluahkan perasaan mereka secara bebas dalam sekitaran tidak formal dan memanfaatkan pelbagai media - teks, bunyian, gambar dan video - secara kreatif. (Namun) pelajar perlu diingatkan supaya menghormati orang lain, mengelak kandungan menjelikkan atau kesat dan penjiplakan serta bahan terpelihara,' ujar Encik Tharman.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
08:41
0
pendapat
26.9.05
015. Berita Harian: Obor
Hari ini, artikel mengenai blog Luahan Minda Kritis telah disiarkan di Berita Harian dalam ruangan Obor kelolaan Cik Haryani Ismail.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
08:33
22.9.05
014. Diari Maya Berbau Perkauman
- Apakah reaksi anda terhadap berita tersebut?
- Apakah yang anda boleh lakukan untuk meyakinkan rakan-rakan lain bahawa ini hanyalah tindakan golongan minoriti masyarakat Singapura yang sempit pemikirannya?
- Bagaimanakah anda boleh mewujudkan persefahaman antara kaum?
Oleh Khalid Khamis
Seorang lagi tertuduh, Benjamin Koh Song Huat, 27 tahun, pula akan membuat perwakilan dalam beberapa hari ini.
Masing-masing menghadapi dua dan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan berkaitan forum anti-Melayu dan anti-Islam.
Mereka, individu pertama yang dituduh di bawah Akta tersebut, hadir di mahkamah dengan diwakili peguam masing-masing semalam selepas dituduh 12 September lalu.
Ketika dihubungi, peguam Lim, Cik Helen Chia, mengesahkan bahawa pihaknya akan cuba mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tuduhan atau mungkin meneruskan dengan satu daripada dua tuduhan yang dihadapinya.
'Kami akan menulis kepada Peguam Negara jika boleh meringankan tuduhan terhadapnya dan akan berusaha sedaya upaya walaupun agak berat,' katanya.
Peguam Koh pula, Encik Irving Choh, ketika dihubungi berkata pihaknya hanya akan membuat perwakilan dalam beberapa hari ini.
Beliau akan bertemu kliennya hari ini untuk mendapatkan arahan seterusnya.
Kes mereka akan didengar lagi Selasa ini.
Jumaat lalu, seorang pelajar sekolah swasta, Gan Huai Shi, 17 tahun, turut dituduh bagi kesalahan yang sama di bawah Akta tersebut.
Dia hadir di mahkamah Selasa lalu tetapi kesnya akan didengar lagi 7 Oktober ini.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, menyatakan pemerintah kini sedang menyemak jika Akta Hasutan perlu dipinda untuk menyesuaikan hukuman kepada kesalahan dalam konteks masyarakat sekarang.
Akta Hasutan digubal sekitar 1948 dan dipinda dua kali dalam 1972 dan 1985.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
20:16
22
pendapat
013. Projek Berkumpulan
Projek berkumpulan yang baru sahaja kalian bentangkan tempoh hari amat membanggakan saya. Syabas saya ucapkan kepada semua kerana telah menunjukkan sikap positif dan usaha yang gigih semasa menyediakan bahan-bahan pembentangan.
Apa yang menarik tahun ini adalah kamu semua telah menggunakan pelbagai wadah untuk membentangkan hasil dapatan kamu. Ada yang menggunakan slaid-slaid Powerpoint yang disertakan juga dengan klip-klip video yang kamu hasilkan sendiri dan tidak kurang juga ada di antara kamu yang menggunakan lelaman Blog sebagi wadah pembentangan. Daya kreativiti yang kamu tonjolkan amat membanggakan dan melebihi jangkaan saya. Sekali lagi syabas!
Sebagai rumusan, berikut merupakan tema-tema yang telah kumpulan-kumpulan kamu pilih dan berjaya bentangkan:
- Cinta Remaja oleh Kumpulan Srikandi Gagah 003 (Siti Zinnirah, Iffa Iryani & Sharifah Maryam)
- Cinta Internet oleh Kumpulan Anak_dara.com (Irma Sakinah, Nurfarahin & Nur Amalina)
- Jurang Generasi oleh Pejuang Anak Remaja (Nur Amirah, Nur Hanisah & Adilah)
- Remaja Kini oleh Gen M2 (Rosdahliana, Nur Aqilah, Nur Jalilah & Nurdayana)
- Kerana Mulut Badan Binasa oleh Anak Adam (Hishamuddin, Omar Taufiq, Shazni & Hafiz)
- Sila lungsuri lelaman berikut untuk melihat hasil projek beberapa kumpulan:
- Kumpulan yang telah menggunakan wadah Powerpoint yang disertakan dengan klip-klip video menarik juga tidak kurang hebatnya. Tetapi, sayangnya saya masih belum mempelajari cara untuk memuat naik (upload) hasil-hasil kerja tersebut. InsyaAllah, kalau ada yang boleh membantu, jangan segan-segan menghubungi saya.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
11:08
16
pendapat
21.9.05
012. Rancangan Suria: Detik



Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
20:30
20.1.05
011. Hanyut: Kerana Diabaikan
Nampaknya hebat juga pendapat-pendapat yang telah anda kemukakan. Saya agak berpuas hati dengan perbincangan yang telah diadakan tentang episod itu semasa di bilik darjah dan seterusnya di Blog ini. Saya berharap perbincangan sihat ini akan diteruskan bersama keluarga anda juga bila di rumah nanti.
Episod yang disiarkan pada 10 Jan 2005 juga tidak kurang hebatnya. Secara ringkas ianya mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang mula bekerja dalam usia semuda 13 tahun akibat keperluan keluarga. Dia dan adik beradiknya tinggal bersama nenek di sebelah bapanya setelah penceraian ibu bapa mereka. Bapanya pula berada di dalam tahanan.
Apa yang menyedihkan ialah remaja tersebut mula bekerja sebagai pelayan di kelab malam dan menambahkan pendapatannya dengan menjadi seorang ibu ayam. Dia berkenalan dengan gadis-gadis seusianya untuk diperkenalkan kepada abang-abang angkatnya yang menggunakan diri mereka sebagai alat-alat memuaskan nafsu mereka.
Apa perasaan anda apabila menonton rancangan tersebut? Apa yang berligar di ingatan anda apabila melihat gadis-gadis tersebut diperalatkan oleh lelaki-lelaki yang bergelar abang angkat itu? Apa pula pendapat-pendapat ahli keluarga anda?
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
04:06
42
pendapat
19.1.05
010. Kata Pakar: Dibuai Nafsu
Bro. Mohd berpendapat...
Assalaamualaikum wr. wb.
Banyak sekali komen yang tertera tentang isu remaja yang dibuai nafsu. Untuk pengetahuan remaja, Pusat Khidmat Keluarga PPIS-Jurong, di mana Bro Mohd bertugas mengendalikan 3 kes setiap minggu dimana remaja yang ingin dinikahkan kerana sudah terlanjur.
Memang betul komentar Irma Sakinah, Nur Hanisah dan remaja yang lain. Ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menikahkan anak remaja mereka yang hamil kerana ingin meutup malu atau rasa kasihan kepada bayi yang dikandung. Malangnya, pernikahan bukanlah akhir masalah mereka tetapi permulaan bagi masalah yang baru.
Walaupun secara rasional kita rasa janji-janji teman lelaki untuk bertanggungjawab itu suatu yang bodoh, ramai juga remaja wanita yang tertipu kerana dibuai nafsu mereka sendiri. Cuba bayangkan, walaupun si lelakinya ingin bertanggungjawab, apakah masa depannya bernikah pada usia muda, dengan suami yang tidak ada kemampuan menanggung nafkah dan menjadi pembimbing keluarga?
Nur Amirah, Siti Zinnirah dan yang lainnya nampaknya marah kepada si ibu yang membenarkan teman lelaki Ana bermalam di rumahnya. Inilah kenyataan kehidupan bahawa, walaupun dewasa, seorang ibu itu juga boleh melakukan kesilapan.
Sebahagian besar kes remaja yang melakukan seks, selalunya berbuat demikian dirumah mereka, apabila ibu bapa keluar bekerja. Oleh kerana tiada pengawasan, berbagai perkara yang boleh berlaku.
Ada juga kalangan remaja yang mengaggap pengetahuan agama itu penting untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku. Ini memang benar. Sebahagian kes yang kami tangani kurang berpengetahuan. Malahan ada juga yang tidak tahu mengucapkan syahadah! Tetapi rata-rata semuanya tahu bahawa berzina itu salah dalam Islam.
Pokoknya, ilmu tanpa amal itu merugikan. Jadi, bukan setakat tahu ilmu agama, kita haruslah berusaha untuk mengamalkannya: seperti solat (mengajarkan kita tentang (disiplin yang berterusan), puasa (menahan diri), zakat/sedekah (bertimbang rasa), pergi haji (pengorbanan).
Di sini Bro Mohd hendak memberi sedikit panduan untuk remaja semua supaya dapat melayari kehidupan sebagai remaja ini dengan lebih baik:
- Pilihlah kawan yang baik. Pesan Rasullullah "Perumpamaan teman yang solih dan teman yang jahat ialah laksana pembawa minyak wangi dan tukang besi. Adapun pembawa minyak wangi, sama ada dia memberimu sedikit, ataupun anda membeli daripadanya sedikit, ataupun anda dapat mencium bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi, sama ada dia membakar bajumu, ataupun akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk!" Bagaimana hendak memilih kawan yang baik? lihatlah tingkah lakunya, percakapannya, dan pemikirannya. Inilah cermin yang memantul akhlak dalam diri teman itu.
- Jagalah diri anda dahulu, sebelum menjaga diri orang lain. Ramai remaja yang beranggapan bahawa tujuan mereka berkawan dengan seseorang itu kerana berharap untuk mengubah sikap atau kelakuan teman yang kurang baik. Walaupun niat ini harus dipuji, kita harus sedar bahawa seseorang itu tidak akan berubah jika dia sendiri tidak sedar dan tidak ingin berubah. Dalam kegairahan kita ingin membantu, kita mungkin terikut-ikut dengan perbuatan mereka yang kurang baik.
- Jauhkan diri anda dari perkara-perkara yang membawa kepada maksiat. Cuba fikirkan, berapa ramai antara remaja kita yang suka mengakhiri tutur bicara dengan perkataan 'sial', bukankah ini suatu sumpahan? Ternyata, dengan membuat begini, anda meyumpah teman anda sendiri. Dan oleh kerana itu, ianya juga memantul kepada diri anda! Jadi, janganlah terperanjat jika anda selalu tidak bernasib baik!
- Carilah orang yang boleh anda contohi (role model). Orang yang terbaik dicontohi adalah Rasulullah. Tetapi jika para remaja ingin seseorang yang lebih dekat, gunakanlah ibu bapa anda sebagai contoh. Malangnya ada juga ibu bapa yang tidak boleh menjadi contoh kepada anak-anak mereka kerana mereka sendiri tidak menunjukkan sikap yang terpuji. Oleh itu, carilah seorang mentor dari kalangan sedara mara, guru, ustadz dan sebagainya. Pastikan mereka yang dijadikan mentor adalah mereka yang menganjurkan melakukan kebaikan dan amal soleh.
Sampai di sini sahaja komentar dari Bro Mohd. Jika ada pertanyaan lanjut, ajukan emel kepada: mohdali@ppisjurongfsc.com
Wassalaam
Brother Mohd.
3/3/05 10:35
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
10:00
17
pendapat
12.1.05
009. Hanyut: Dibuai Nafsu
Kita baru sahaja menonton siaran terbaru Suria pada hari Isnin, 3 Jan 2005 jam 8.30mlm tentang realiti hidup sesetengah remaja Singapura yang mungkin agak membimbangkan.
Dalam episod pertama yang disiarkan Isnin lalu, kita dikejutkan dengan kisah dua remaja perempuan yang melakukan hubungan seks pada usia seawal 13 dan 16 tahun. Malahan, salah seorang remaja itu tidak tahu ayah kepada anak yang dikandungnya kerana telah dirogol oleh lebih daripada seorang kenalannya. Yang seorang lagi pula dirogol oleh teman lelakinya di rumah. Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut berlaku semasa ibunya berada di rumah.
Apakah yang bermain di dalam fikiran anda semasa menonton siaran tersebut? Apa pula yang diperbualkan oleh ahli keluarga anda yang menontonnya. Kongsilah pendapat anda dalam ruangan yang disediakan.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
07:04
76
pendapat
11.1.05
008. Kata Pakar: Isu Remaja Lari
Bro. Mohd berpendapat...
Assalaamua'laikum wr.wb.
Wah! Menarik sungguh komen-komen yang ditulis para pembaca! Sehinggakan saya sendiri merasa ghairah untuk memberi pendapat.
Alhamdulillah! Rata-rata komentar para pembaca menunjukkan kematangan dalam fikiran mereka. Semuanya tidak setuju dengan tindakan Arinah yang lari dari rumah kerana inginkan kebebasan keluar malam pada usia 13 tahun. Sebenarnya, banyak perkara yang telah dibentangkan dari isu ini:
- Tidak berfikir panjang. Ramai anak remaja lebih bersikap mengikut resa (impulsive) sehingga menjejas tingkah-laku mereka. Selalunya, mereka juga akan cepat terasa sedar tentang kesilapan ini tetapi merasa malu atau takut untuk berhadapan dengan kesan perbuatan mereka. Oleh itu, mereka terpaku untuk memperbaiki keadaan. Saya rasa Arinah mungkin rasa kesal apabila beliau telah melarikan diri tetapi oleh kerana beliau rasa takut dan malu untuk berhadapan dengan ibu bapanya, beliau membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Masalah ini semakin bertambah apabila ada pula rakan yang bersubahat dengan memberinya tempat tinggal dan bukan nasihat untuk pulang kerumah untuk menjernihkan keadaan.
- Mementingkan diri sendiri. Ramai antara pembaca marah kerana menganggap Arinah bersikap mementingkan diri sendiri. Sebenarnya, naluri seorang anak remaja itu selalunya inginkan kesenangan diri dahulu sebelum memikirkan tentang hal orang lain. Ini adalah aspek normal pembangunan remaja. Tetapi sikap ini perlu diatasi untuk menjadi seorang dewasa yang matang. Saya tidak terperanjat apabila Arinah mengambil keputusan lari dari rumah kerana tidak terfikir tentang masalah yang beliau timbulkan kepada keluarganya. Malangnya, mungkin beliau tidak dinasihati oleh rakan atau ibubapa rakannya tentang ini. Oleh itu, beliau tidak dapat belajar untuk bermuhasabah (menilai perbuatan sendiri). Nampaknya, ibu bapanya perlu membantu menanamkan sifat ini kedalam diri beliau.
- Kemahiran menyelesaikan masalah. Pembaca bersetuju bahawa melarikan diri dari rumah bukan jalan penyelesaian masalah. Ada yang menganjurkan supaya Arinah berbincang dengan ibu bapanya. Saya gembira melihat para pembaca rasa mudah untuk berbincang dengan keluarga. Selalunya, anak remaja lebih suka berbincang dengan rakan sahaja dan kurang berkongsi masalah dengan ibubapa. Malangnya, rakan remaja kita mungkin kurang pengalaman dan tidak dapat memberikan penyelesaian yang baik. Ada juga ibu bapa yang tidak suka mendengar luahan hati anak-anak. Ibu bapa ini lebih cepat menuduh, menegah dan memarahi sebelum mendengar luahan sianak secukupnya. Jadi, ibu bapa Arinah juga perlu menilai semula adakah cara mereka mendampingi Arinah itu bersesuaian kepada usianya yang meningkat remaja; yang bukan lagi seperti anak-anak. Cara mereka menyelesaikan masalah akan ditiru oleh anak-anak.
- Disiplin diri lawan Kawalan Luaran. Isu remaja lari dari rumah seperti Arinah ini menunjukkan tahap disiplin diri seseorang itu. Seorang remaja yang boleh menahan diri dari mengikut resa akan lebih berjaya kerana dia akan juga mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dalam mengharungi masalah dan tidak berputus-asa. Remaja yang memerlukan kawalan luaran seperti undang-undang atau ugutan untuk mengawal kelakuan mereka akan mudah terikut-ikut kepada pengaruh kawan-kawan. Itulah hikmahnya kita digalakkan bersolat dan beramal kerana ianya mengajar kita menahan diri dari melakukan sesuatu mengikut resa sahaja. Bukankah bersolat itu memerlukan disiplin dan kesabaran untuk didirikan??
Semoga para pembaca semua dapat iktibar dari pendapat saya ini. Jika ada soalan lanjutan, saya boleh dihubungi melalui emel:
Wassalaam
Brother Mohd.
8/2/05 10:14
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
06:58
16
pendapat
1.1.05
007. Mukaddimah 2005
Saya pasti mungkin ada di antara anda yang tidak mendapat keputusan peperiksaan yang diingini. Semoga pencapaian yang kurang memuaskan itu tidak mematahkan semangat anda untuk berjaya bahkan ianya menjadi perangsang untuk mencuba lagi dan belajar daripada kesilapan masa lampau. Ambillah iktibar daripada pengalaman kawan-kawan yang telah gagal. Saya pasti bahawa sekiranya anda benar-benar berkemahuan untuk berjaya, ramai yang akan membantu.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
05:03