11.1.06
6.1.06
5.1.06
023. Majalah Remaja Edisi Mei-Jun 2005 (EDN)
Bacalah Majalah Remaja Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut lagi, majalah ini boleh didapati di Perpustakaan Jurong East.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
23:53
0
pendapat
4.1.06
022. Maklum Balas Pelajar Mengenai Penggunaan Blog Dalam Pembelajaran
Selamat sejahtera pelajar budiman,
Memandangkan sudah genap setahun kita menggunakan blog dalam pembelajaran kita, cikgu rasa wajarlah kita membuat sedikit renungan tentang kekuatan dan kelemahan menggunakan wadah ini.
Oleh itu, cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mendengar pendapat-pendapat pelajar tentang cara pembelajaran ini. Cikgu berharap pelajar-pelajar boleh memberikan maklum balas yang sejujur-jujurnya supaya cikgu dapat memperbaiki cara pembelajaran bersama pelajar-pelajar cikgu yang lain.
Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan untuk memberikan pendapat-pendapat anda.
- Setujukah anda bahawa pembelajaran menggunakan wadah blog menarik? Mengapa?
- Sejauh ini, cikgu telah menggunakan wadah blog untuk membincangkan isu-isu remaja dan sosial. Setujukah anda bahawa anda lebih prihatin dan lebih mengetahui tentang isu-isu yang dibincangkan berbanding dengan dahulu? Mengapa?
- Adakah ibu bapa atau ahli keluarga lain sedar tentang perbincangan yang anda lakukan menggunakan wadah blog ini?
- Apakah reaksi atau pendapat mereka tentang perbincangan yang anda lakukan bersama guru dan rakan-rakan lain?
- Selain menggunakan blog untuk membincangkan isu-isu sosial dan remaja, apakah perkara-perkara lain yang boleh kita lakukan menerusi wadah blog untuk pembelajaran bahasa Melayu?
- Lain-lain pendapat.
Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjayakan aktiviti pembelajaran melalui blog ini.
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
18:35
9
pendapat
1.1.06
021. Selamat Tahun Baru 2006
Disampaikan Oleh
Cikgu Faizal
pada
18:20