22.9.05

013. Projek Berkumpulan

Salam sejahtera pelajar budiman,

Projek berkumpulan yang baru sahaja kalian bentangkan tempoh hari amat membanggakan saya. Syabas saya ucapkan kepada semua kerana telah menunjukkan sikap positif dan usaha yang gigih semasa menyediakan bahan-bahan pembentangan.

Apa yang menarik tahun ini adalah kamu semua telah menggunakan pelbagai wadah untuk membentangkan hasil dapatan kamu. Ada yang menggunakan slaid-slaid Powerpoint yang disertakan juga dengan klip-klip video yang kamu hasilkan sendiri dan tidak kurang juga ada di antara kamu yang menggunakan lelaman Blog sebagi wadah pembentangan. Daya kreativiti yang kamu tonjolkan amat membanggakan dan melebihi jangkaan saya. Sekali lagi syabas!

Sebagai rumusan, berikut merupakan tema-tema yang telah kumpulan-kumpulan kamu pilih dan berjaya bentangkan:

  1. Cinta Remaja oleh Kumpulan Srikandi Gagah 003 (Siti Zinnirah, Iffa Iryani & Sharifah Maryam)
  2. Cinta Internet oleh Kumpulan Anak_dara.com (Irma Sakinah, Nurfarahin & Nur Amalina)
  3. Jurang Generasi oleh Pejuang Anak Remaja (Nur Amirah, Nur Hanisah & Adilah)
  4. Remaja Kini oleh Gen M2 (Rosdahliana, Nur Aqilah, Nur Jalilah & Nurdayana)
  5. Kerana Mulut Badan Binasa oleh Anak Adam (Hishamuddin, Omar Taufiq, Shazni & Hafiz)

16 comments:

Anonymous said...

Apabila kumpulan saya melaksanakan projek tersebut, kami telah menghadapi banyak kesukaran dan masalah. Kesukaran dan masalah yang kami hadapi adalah seperti tiada masa untuk berbincang dan sering bertengkar tentang pendapat-pendapat yang berbeza. Tetapi, kita sebagai kumpulan telah belajar bagaimana hendak merancang masa dengan betul dan kami juga cuba memahami antara satu sama lain untuk bekerjasama. Kami juga telah meluahkan perasaan kami antara satu sama lain supaya kami tidak akan mempunyai perselisihan faham.

Anonymous said...

Terdapat beberapa kesukaran yang saya hadapi semasa melakukan projek ini.Kumpulan kami,Anak Adam menghadapi beberapa kesukaran untuk bertemu dan menyelesaikan projek ini.Ada daripada mereka yang sibuk dengan kerja-kerja sendiri.Akhirnya,kami dapat bertemu dan menyelesaikan projek ini dalam masa yang telah diberikan oleh cikgu.Dalam melakukan projek ini,kami tidak menghadapi apa-apa kesukaran kecuali kesukaran untuk bertemu sahaja.Apabila berlakun,kami berlakun secara spontan tanpa membaca atau menghafal skrip.Terdapat beberapa adegan kelakar yang terjadi dalam menyelesaikan projek kami.Projek kami bertema lelucon mengenai samseng-samseng ramaja sekarang.Secara keseluruhan,saya berpuas hati dengan projek yang telah kami lakukan.

Anonymous said...

Kumpulan saya,Srikandi Gagah 003 telah membuat suatu projek tentang cinta remaja.Kami telah menghadapi banyak cabaran dan kesukaran untuk menjayakan projek kami ini.Ada ahli kumpulan saya yang tidak bekerjasama dan lebih mementingkan perkara-perkara lain yang tidak penting.Saya dan seorang lagi ahli kumpulan saya terpaksa membuat kebanyakan kerja.Suatu kelemahan kumpulan kami ialah kami suka berubah fikiran dan bertukar-tukar rancangan.Kami membuat keputusan muktamad pada saat-saat akhir.Satu hari sebelum kami harus hantar projek itu,kami baru bermula dengan blog dan videoklip kami.Apa yang amat mengecewakan saya ialah saya dan seorang sahaja ahli kumpulan saya yang menghabiskan projek kami.Walaupun begitu,saya bersyukur kerana kami dapat menghabiskan segala-galanya pada masa yang ditetapkan. Saya berharap ahli-ahli kumpulan saya yang lain akan bekerjasama dan tidak hanya mementingkan perkara-perkara lain pada masa hadapan.

Anonymous said...

Kumpulan kami,AnAk_dAra.com telah menghasilkan powerpoint tentang isu mejalinkan hubungan anak remaja melalui internet sebagai projek kami.Semasa penghasilan projek,kami mempunyai beberapa masalah.Kami mendapati bahawa topik bagi projek kami amat sukar kerana ia sungguh luas untuk dibicarakan.Kami juga kurang mahir dalam bidang lakonan dan membuat videoklip.Keseluruhannya,saya rasa bahawa kami telah memberikan yang terbaik dan masih ada ruang untuk mempertingkatkan lagi kualiti projek-projek yang akan datang.Ia adalah penting bagi kami untuk menggunakan dan mempelajari cara yang lebih kreatif di masa akan datang.

Anonymous said...

Kumpulan saya,Srikandi Gagah 003, menghadapi banyak cabaran untuk melaksanakan prokjek kami. Tajuk projek yang telah kami pilih ialah Cinta Remaja. Semasa kami sedang merancang projek kami, kami ada banyak perselisihan faham. Kumpulan kami agak sukar hendak bekerjasama. Seorang daripada ahli kumpulan kami agak sukar hendak bertemu bersamanya kerana dia selalunya ada suatu perkara yang akan timbul pada saat-saat terakhir.
Tetapi,ia tidak menjejaskan projek yang kami rasa agak memuaskan hati kami. Saya harap kami dapat bekerjasama sekali lagi dan mengatasi masalah-masalah yang kami akan hadapi bersama-sama.

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa, dengan projek ini, saya dapat mengenal rakan sekumpulan saya dengan lebih baik. Kami bertiga, berkongsi pendapat tentang ibubapa kami sendiri semasa membuat projek ini. Ini kerana, kami membuat projek tentang layanan yang ibubapa sekarang berikan dan bagaimana remaja masa kini inginkan layanan daripada ibubapa mereka. Kami juga remaja, jadi kami semua memberikan pendapat kami sendiri sebagai individu. Dalam projek ini, kami menggunakan wadah yang lain, iaitu dengan menggunakan 'blog'. Kami bertiga tidak pernah menggunakan blog, jadi kami ada menghadapi beberapa masalah semasa kami membuat blog kami itu. Tetapi kami meminta pertolongan dari kawan kita yang lain untuk meminta tunjuk ajar. Akhirnya, kami berjaya menyelesaikan sebuah blog untuk projek kami. Kami amat berpuas hati dengan blog kami itu.
Dari blog kami ini juga, kami juga dapat mempelajari langkah-langkah untuk menjadi ibubapa yang efektif kepada anak. Ini penting untuk masa hadapan kami nanti. Projek yang setersnya(jika ada), akan lebih menarik. Kami akan mungkin menambahkan gambar, video dan juga lagu. Insyaallah. Ini akan membuat blog kami lebih menarik dan efektif.

Anonymous said...

Jangka waktu yang kami bertiga ada untuk membuat projek ini amatlah singkat kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Terpaksalah kami mencari waktu yang amat sesuai untuk menghasilkan projek yang tidak seberapa ini. Temubual, mencari bahan rujukan dan mencari informasi dari internet harus dibuat dengan pantas agar tidak membuang masa. Itulah kesukaran yang kami hadapi. Selain itu, kita bertiga pernah mengalami masalah dan situasi yang serupa sama ada dari segi peribadi, ibu bapa, teman-teman, pelajaran dan sebagainya. Itulah sebabnya kami memilih topik ini. Sudah tiba masanya untuk ibu bapa lebih memahami isi hati remaja, memberi peluang, menghargai anak-anak remaja mereka dan juga kami memberikan tips-tips agar menjadi ibu bapa yang lebih efektif. Itulah objektif yang kami ingin mengetengahkan. Saya amatlah berharap setelah melungsuri blog kami, ibu bapa dapat mempelajari sesuatu dan memperbaiki kesalahan yang tidak disedari. Jikalau diberi peluang sekali lagi, kami akan cuba menghasilkan projek yang lebih baik dan diikuti dengan klip video, lagu yang akan menarik minat lebih ramai ibu bapa dan para remaja....... Insya'Allah....

Anonymous said...

Saya rasa projek kami telah diterima baik oleh rakan-rakan sedarjah. Walaupun projek kami bertajuk 'kerana mulut badan binasa' dan kami seharusnya membuat sebuah cerita yang berunsur komedi kerana kami tidak mahu menonjolkan kegiatan sebenar remaja samseng. Kami pun membuat cerita ini dengan secara spontan kerana kami tidak bersedia sangat dan juga kerana masa yang suntuk selepas cuti pertengahan. Kami tidak mengikut skrip yang sudah ditulis tetapi kami sama-sama memikirkan plot cerita yang akan dilakonkan. Cerita itu memang lucu sekali. Selepas penggambaran itu, kami ada masalah yang serius iaitu untuk memindahkan klip video ke CD. Mujurlah ada Cikgu Faizal yang sudi menolong kami ini. Secara keseluruhan,kami sangat bangga dengan projek kami.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, projek yang kami telah lakukan itu berfaedah kerana ketika membuat projek tersebut,kami baru tahu kami mempunyai bakat yang tersembunyi.
Walaupun kami menghadapi berbagai masalah, projek kami tetap berjaya.
Saya bangga dapat membuat projek ini kerana ketika membuatnya, kita dapat mempelajari banyak benda dan sementara itu, kami tetap ada masa untuk berhibur sambil membuat lawak.Saya ingin mengaku bahawa walaupun projek ini berjaya, kita tidak mengikut skrip. Ini mengakibatkan berbagai masalah yang timbul.
Apabila filem itu diselesaikan pula, kami tidak boleh memasukkannya ke dalam CD.Walau bagaimanapun, saya berbangga dengan pencapaian kumpulan kami kerana telah dapat buat sebuah filem yang dapat menarik hati ramai orang.

Anonymous said...

Kumpulan saya, Gen-M2 telah menghasilkan Video dan Persembahan Powerpoint mengenai Remaja Kini. Kami juga telah mengambil khidmat beberapa pelajar kelas lain seperti Hon Farhanah 3N1,Farhana Saleh 3N1 untuk menggubah dan menyanyikan lagu yang bertajuk Remaja kini. Dan tidak lupa kepada jurukamera kami, Siti Nor Zuliani 3C yang telah meluangkan masa untuk kami. Saya sungguh terharu akan kerjasama mereka. Saya tidak menyangka bahawa kami semua boleh berlakon dengan baik. Saya sungguh terkejut apabila Cikgu Faizal memuji bahawa kumpulan kami bagai "profesional". Ini kerana kami telah menghasilkan kontrak untuk penyanyi dan jurukamera dan juga skrip untuk video kami. Walaupun ada sedikit perselisihan antara kami, kami tidak menggunakan ia sebagai suatu alasan untuk tidak menyelesaikan projek ini dengan baik. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Faizal yang telah meluangkan masanya untuk diwawancara kami. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih terhadap abang saya, Rino yang telah meminjamkan video kameranya untuk menjayakan projek ini. Saya berharap Gen-M2 akan bergabung tenaga lagi untuk projek yang akan datang. Insya-allah.. HiDoP GeN-M2!

Anonymous said...

Kumpulan saya,aNaK_dArA.com,telah membuat projek mengenai cinta remaja melalui internet.Kami memilih tajuk tersebut kerana ia adalah popular di kalangan remaja.Sewaktu membuat perbincangan projek kami,saya dan rakan sekumpulan saya telah menghadapi pelbagai masalah.Ini juga termasuk masalah topik perbincangan yang kami pilih.Topik "cinta remaja melalui internet" itu agak luas kerana terdapat banyak kesimpulannya.Ia agak membingungkan kami.Kami pun terpaksa pandai membahagikan masa antara pelajaran kami dan projek tersebut.Masalah utama kumpulan saya adalah kami kurang mempunyai kemahiran dalam komputer.Yang hanya kami mampu adalah membuat persembahan powerpoint dan videoklip wawancara.Walau bagaimanapun,saya rasa bangga dengan hasil kerjasama kita bersama kerana kami tahu kami tidak berputus asa dan memberi yang sepenuhnya untuk membuat projek tersebut.Selain itu,walaupun projek kami tidak setanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain yang telah membuat 'blogger' dan videoklip yang menarik belaka,kumpulan kita telah menghasilkan kuiz yang lain daripada yang lain.Saya berasa puas hati dengan apa yang kami telah buat dan berharap akan membuatnya dengan lebih baik lagi jika diberikan peluang lagi.Ia amat menyeronokkan untuk berkerjasama dengan rakan sekumpulan saya.Mujur kami tidak mempunyai perselisihan faham antara satu sama lain semasa cuba mengatasi pelbagai masalah yang kami hadapi.

Anonymous said...

Membuat projek berkumpulan ini susah kerana banyak usaha gigih yang diperlukan oleh setiap ahli kumpulan.Bagi kumpulan saya,Gen-M2,ianya tidaklah begitu susah kerana setiap ahli kumpulan faham akan masalah satu sama lain seperti ada yang ibunya tidak membenarkannya keluar untuk membuat projek ini lalu kita menggunakan alternatif lain seperti membuat projek di rumah ahli kumpulan yang tidak dibenarkan untuk keluar.Projek kami ialah membuat video mengenai remaja kini.

Kami juga telah mengambil khidmat daripada beberapa remaja dari kelas lain seperti Siti Nor Zuliani(jurukamera),3C,Hon Nur Farhanah dan Farhana Saleh(penggubah lagu),3N1.Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi meluangkan masa untuk menolong kami menjayakan projek ini.

Ada juga masalah yang kami hadapi seperti ada yang tidak dapat mengahadirkan diri untuk beberapa perjumpaan kerana ada hal yang yang lebih penting.Lalu kami menukar tarikh perjumpaan atau tidak membuat situasi yang mana ahli kumpulan itu terlibat.

Kesuluruhannya,saya berasa puas hati dan amat gembira sekali kerana ini merupakan kali pertama kami membuat sesuatu projek yang besar dan ia telah berjaya. Apa yang saya pelajari daripada projek ini ialah sikap bekerjasama, memahami antara satu sama lain dan usaha gigih amat penting bagi menjayakan sesebuah projek.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,saya dan ahli-ahli kumpulan saya telah dapat menghasilkan sebuah projek yang agak baik dan ia mempunyai kelebihan yang tersendiri.Saya rasa bahawa idea kami untuk mengetengahkan isu-isu tentang pemikiran ibubapa masakini adalah bagus kerana para remaja dapat meluahkan perasaan mereka tentang ibubapa mereka.Dalam proces menghasilkan blog ini,kami telah mengalami berbagai rintangan.Contohnya,kami sering sibuk dengan perkara-perkara lain.Oleh itu,kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk menghabiskan blog ini.Walau bagaimanapun,saya berharap agar ibubapa yang telah melungsuri blog kami ini dapat meluaskan minda mereka dan dapat memahami remaja-remaja masakini.

Donnyisaku said...

Kami mengaku bahawa kami tidak menghasilkannya dengan begitu serius. Kami tidak menunjukkan erti keburukan samseng-samseng tetapi hasil projek kami diterima baik oleh rakan-rakan sedarjah kami. Susah untuk kami bekerjasama kerana hisham dan hafiz suka membuat lawak. Setiap minit mereka akan membuat lawak semasa membuat projek tersebut. Kami juga kekurangan pelakon pada hari pertama membuat projek ini kerana shazni tidak tiba untuk membuat video ini. Kami juga menghadapi kesusahan apabila hendak memindahkan fail video itu ke dalam CD-ROM. Kami mengambil masa sehingga malam di rumah rakan kami untuk membuat perkara itu tetapi kami tidak dapat memindahkan fail tersebut. Kemudian, kami bertanya cikgu kalau kami boleh menunjuk video itu dengan menggunakan alatnya. Secara keseluruhan, saya berasa amat bangga dengan projek kami ini. Omar 3B

Anonymous said...

Kumpulan saya telah membuat projek tentang cinta remaja melalui internet. Pada mulanya, kumpulan saya ingat topik ini senang untuk dibentangkan. Namun bergitu, topik ini sebenarnya sangat luas dan banyak yang boleh dibualkan tentang cinta remaja melaui alam siber. Itu yang menjadi sukar bagi kita untuk fokus pada satu perkara saja. Selain itu, ahli-ahli kumpulan ini tidak ada kemahiran IT. Oleh itu, ia agak sukar bagi kami untuk membuat videoclip atau diari maya. Namun begitu, semua itu tidak melunturkan semangat kami untuk meneruskan projek ini. Kami menggunakan kemahiran serta pengetahuan yang dalam untuk menjayakan projek ini. Kami telah membuat persembahan powerpoint, wawancara antara remaja dan orang dewasa dan juga menyelitkan kuiz pada akhir persembahan powerpoint nanti. Mujur ahli-ahli kumpulan anak_dara.com ini semuanya boleh bekerjasama dalam melakukan projek ini.Walaupun kami sibuk dangan kerja sekolah lain, kami masih dapat meluangkan sedikit masa untuk membuat projek ini. Sebenarnya, kami telah merancang untuk melakukan lakonan videoclip dan merakamkan wawancara. Namun, kami tidak mempunyai kemahiran IT dan kami tidak mengambil berat tentang projek ini. Akhirnya, kami telah mengambil keputusan untuk melakukan apa yang termampu saja. Setelah projek ini semua selesai, saya amat berpuas hati dengan pencapaian yang kita perolehi walaupun ia tidaklah sebaik projek lain yang membuat video dan diari maya.

Anonymous said...

Kumpulan saya ialah GEN-M2. Topik yang dibincangkan ialah tentang remaja kini.

Kumpulan saya senang untuk bekerjasama antara satu sama lain, mudah berkomunikasi, dan kami sempat bergurau semasa melakukan projek tersebut. Kerja kami juga dibahagikan sama rata.

Bukan itu sahaja, ada sedikit cabaran yang kami hadapi seperti perselisihan faham antara kawan-kawan yang menolong kumpulan saya dan kesuntukan masa semasa membuat projek tersebut. Namun,cabaran-cabaran ini tidak menghalang kumpulan saya.

Pada keseluruhannya,saya amat bangga dengan kumpulan saya kerana kami telah menghasilkan suatu projek yang memuaskan. Penat lelah kami tidak disia-siakan.