22.9.05

014. Diari Maya Berbau Perkauman

Pelajar yang budiman,
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita tentang bagaimana segolongan minoriti pengguna diari maya yang telah menyalah gunakan wadah ini untuk menulis perkara-perkara yang berbau perkauman.
  1. Apakah reaksi anda terhadap berita tersebut?
  2. Apakah yang anda boleh lakukan untuk meyakinkan rakan-rakan lain bahawa ini hanyalah tindakan golongan minoriti masyarakat Singapura yang sempit pemikirannya?
  3. Bagaimanakah anda boleh mewujudkan persefahaman antara kaum?
Berikut merupakan artikel berita yang cikgu dapatkan daripada Cyberita sebagai bahan renungan.
DIARI MAYA BERBAU PERKAUMAN
PEGUAM TERTUDUH BERUSAHA CUBA KURANGI TUDUHAN
Oleh Khalid Khamis
Dipetik daripada http://cyberita.asia1.com.sg/
PEGUAM bagi Lim Yew Nicholas, 25 tahun, yang dituduh menyiarkan diari maya atau blog yang berbau perkauman, akan cuba mengurangkan tuduhan terhadapnya.
Seorang lagi tertuduh, Benjamin Koh Song Huat, 27 tahun, pula akan membuat perwakilan dalam beberapa hari ini.
Masing-masing menghadapi dua dan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan berkaitan forum anti-Melayu dan anti-Islam.
Mereka, individu pertama yang dituduh di bawah Akta tersebut, hadir di mahkamah dengan diwakili peguam masing-masing semalam selepas dituduh 12 September lalu.
Ketika dihubungi, peguam Lim, Cik Helen Chia, mengesahkan bahawa pihaknya akan cuba mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tuduhan atau mungkin meneruskan dengan satu daripada dua tuduhan yang dihadapinya.
'Kami akan menulis kepada Peguam Negara jika boleh meringankan tuduhan terhadapnya dan akan berusaha sedaya upaya walaupun agak berat,' katanya.
Peguam Koh pula, Encik Irving Choh, ketika dihubungi berkata pihaknya hanya akan membuat perwakilan dalam beberapa hari ini.
Beliau akan bertemu kliennya hari ini untuk mendapatkan arahan seterusnya.
Kes mereka akan didengar lagi Selasa ini.
Jumaat lalu, seorang pelajar sekolah swasta, Gan Huai Shi, 17 tahun, turut dituduh bagi kesalahan yang sama di bawah Akta tersebut.
Dia hadir di mahkamah Selasa lalu tetapi kesnya akan didengar lagi 7 Oktober ini.
Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, menyatakan pemerintah kini sedang menyemak jika Akta Hasutan perlu dipinda untuk menyesuaikan hukuman kepada kesalahan dalam konteks masyarakat sekarang.
Akta Hasutan digubal sekitar 1948 dan dipinda dua kali dalam 1972 dan 1985.

22 comments:

Anonymous said...

Mendengar berita tersebut,saya amat terperanjat dan khuatir dengan tindakan mereka itu.Saya amat terperanjat kerana,mereka tidak sepatutnya menyalahgunakan wadah ini untuk menyakitkan hati orang.Memang benar bahawa,di sinilah tempat mereka meluahkan perasaan mereka tetapi di Singapura ini,kami hidup dalam negara yang berbilang kaum.Bagaimana jikalau terdapat orang lain yang akan mengutuk bangsa mereka?Pastinya mereka akan berasa sakit hati kerana dikutuk.Saya khuatir kerana ini boleh mengakibatkan kebencian sesama kaum.Dengan ini,kami boleh membuat ruang bagi membincang tentang perkauman di Singapura dan mengenai segelintir golongan Singapura yang tidak berfikiran positif.Kami boleh membincangkan mengenai isu-isu perkauman dan memahami cara kehidupan bangsa lain.Ini boleh membantu mewujudkan persefahaman antara kaum Singapura supaya kami dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur.

Anonymous said...

Saya amat terkejut apabila mendengar tentang berita tersebut kerana setelah diari maya itu dibaca, masyarakat ramai akan rasa marah dan akan benci-membenci antara satu sama lain.
Untuk meyakinkan rakan-rakan lain bahawa ini hanyalah tindakan golongan minoriti masyarakat Singapura yang sempit pemikiran, saya akan memberitahu mereka bahawa saya juga menggunakan diari maya untuk melakukan projek sekolah saya dan bukannya melalukan perkara yang tidak sopan yang boleh menyakiti perasaan orang ramai.
Dengan membincangkan tentang budaya antara satu sama lain, kami akan mengatahui lebih tentang bangsa lain yang boleh membantu mewujudkan persefahaman antara kaum Singapura supaya kami dapat hidup degan aman.

Anonymous said...

Berita tentang anti-perkauman ini amat mengecewakan lagi-lagi apabila ia terjadi di Singapura kerana negera kami ini ialah sebuah negara yang berbilang bangsa.Saya berpendapat bahawa tidak semua orang yang anti-perkauman. Di Singapura,ada banyak aktiviti yang dijalankan untuk menggalakkan persefahaman antara kaum.Kita juga harus memikirkan tentang perasaan orang lain sebelum kita katakan apa-apa yang boleh menyakitkan hati orang.Singapura harus menyediakan suatu platfom untuk membincangkan isu-isu yang sensitif secara terbuka tetapi bijaksana.

Anonymous said...

Setalah membaca akhbar dan dapat tahu tentang perkara begini,saya terperanjat kerana saya memikirkan bahawa kaum Singapura tidak lagi peduli tentang warna kulit kami.Walaupun memang betul di sinilah kami boleh meluahkan tentang apa-apa benda, mereka tetap sedar bahawa negara kami ini melibatkan berbagai bangsa dan perkara mereka seperti begitu boleh mengakibatkan kebencian antara kaum. Ruang ini tidak sepatutnya digunakan dengan salah dan saya harap perkara ini boleh diberhentikan dan kedamaian di negara ini boleh dianjurkan.

Anonymous said...

Setelah mengetahui tentang berita tersebut,saya berasa kecewa dan khuatir tentang tindakan mereka itu.Saya kecewa dengan sikap mereka yang tidak wajar itu.Mereka tidak sepatutnya menyalahgunakan wadah ini untuk mengutuk kaum lain yang tidak disukai mereka.Mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri.Selain daripada itu,mereka lupa bahawa wadah ini boleh dilihat oleh orang-orang lain.Oleh itu,saya ingin menyarankan bahawa kita harus memikirkan perasaan orang lain apabila kita ingin menulis apa-apa di dalam blog kita.

Anonymous said...

Setelah mendengar berita itu,sya amat terperanjat akan apa yang telah dilakukan oleh 3 orang yang diberkas polis itu tetapi,sebelum ini,saya telah pun mendengar berita daripada kawan-kawan saya yang mempunyai blog.Saya sering tertanya-tanya,mengapa mereka membuat kerja yang anti-sosial ini?Bukankah Singapura sebuah negara yang berbilang kaum?

Pemerintah telah banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti persefahaman kaum kerana apabila kita tidak memahami kaum lain,mungkin apa yang kita lakukan terhadap kaum itu akan menyinggung perasaan mereka.Ini akan menimbulkan konflik yang amat buruk.Lagipun,kami telah lama tinggal di negara yang berbilang kaum.Jadi,mengapa hendak memulakan perkara anti-sosial itu?

Pada pendapat saya,perkara ini tidak akan berlaku jika ketiga-tiga orang itu memahami kaum lain.

Anonymous said...

Saya sangat marah terhadap "blogger-blogger" tersebut kerana mereka mengutuk Islam tanpa beralas. Saya juga ada terbaca blogspot yang sedemikian. Adakah patut "blogger" itu berkata kami, orang Islam pergi ke Mekah untuk melihat batu-bata sahaja, sedangkan di longkang pun ada? Saya tidak berpuas hati dengan ayat itu! Mengapa dia berkata sedemikian.. Apakahkah yang dia dapati setelah mengutuk bangsa lain? Inilah reaksi saya setelah membaca blogspotnya. Saya berharap tiada orang lain yang akan membuat sedemikian lagi kerana Singapura adalah negara yang berbilang kaum. Saya berharap "blogger" tidak akan menyalah guna blogspot ini.

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa "blogging" tidak seharusnya disalahgunakan. Memang benar bahawa "blogging"itu digunakan untuk meluahkan pendapat.Tetapi ia harus mempunyai batasnya.Ia merupakan perkara yang menyedihkan untuk melihat warga Singapura mengutuk kaum dan agama yang lain di dalam lelaman blognya yang terbuka pada orang ramai.Perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana Singapura dikenali sebagai negara yang berbilang kaum dan bangsa dan yang mementingkan keharmonian kaum.
Keharmonian kaum terlalu rapuh untuk diperkecilkan oleh orang-orang yang sempit pemikirannya.

Anonymous said...

Saya amat terkejut mendengar berita yang baru sahaja dibaca tadi. Saya tidak menyangka ada orang di Singapura ini yang tergamak melakukan perkara seperti itu. Setahu saya, kami semua hidup dalam harmoni. Sepatutnya, diari maya ini didakan sebagai ruang untuk meluahkan perasaan seseorang dan satu cara bagi mendekatkan lagi tali persahabatan antara kawan.Ia tidak sepatutnya disalah gunakan untuk mengutuk dan mengata tentang kaum lain yang tidak bersalah.Namun, saya percaya selepas tiga orang ini, tidak ada lagi yang berani melakukan perkara sebegitu.

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa tindakan ini tidak sepatutnya terjadi. Mereka haruslah tahu, bahawa blog mereka dapat dilihat oleh orang ramai di merata dunia. Jika mereka mengutuk kaum lain, pasti kaum lain akan berasa tersinggung dan marah. Sama juga keadaanya jika orang lain mengutuk kaumnya. Pasti dia berasa marah bukan?

Jadi pada pendapat saya, bloggers haruslah tahu batas untuk apa yang mereka boleh tulis di blog masing-masing. Saya rasa bloggers yang membuat tuduhan melulu seperti yang dibincangkan tadi harus diharamkan daripada menggunakan blog.

Persefahaman kaum harus dibina di peringkat sekolah lagi.

Anonymous said...

Berdasarkan berita itu, saya tidak menyangka sama sekali bahawa ada juga orang yang berani membuat perbuatan yang sedemikian. Ia amat mendukacitakan. Saya begitu marah dan risau jikalau ia boleh menjejas perspektif masyarakat tentang hubungan kaum. Kami boleh mengikuti dan mempelajari tentang kaum lain dan ia boleh dibawa berbincang agar tidak timbulnya ketidaksefahaman di antara kaum.

Anonymous said...

Sekarang kita dengar pula pendapat pelajar-pelajar 3NA.

Anonymous said...

Selepas mendengar kejadian berikut,saya terperanjat kerana ia melibatkan dua jejaka muda yang sanggup membuat perbuatan yang akhirnya akan meninggalkan kesan buruk kepada keharmonian kaum di Singapura. Saya amat marah dengan orang-orang seperti itu.

Saya berharap,masyarakat Melayu tidak akan membuat kerja yang tidak baik ini dan tidak akan megecewakan kaum-kaum yang lain.

Saya juga berharap,bangsa yang lain boleh hidup dengan harmoni.

Anonymous said...

Setelah mendengar berita itu, saya berasa amat kecewa dengan sikap mereka. Mereka tidak sepatutnya menghina bangsa kita. Ini akan mengakibatkan pergaduhan antara satu sama lain.

Saya tidak sangka bahawa mereka sanggup mencaci bangsa kita sedangkan Singapura ini adalah negara berbilang kaum dan hidup berharmuni.

Saya berharap agar selepas tiga orang itu, tiada lagi orang berlainan bangsa yang mencaci kita.

Pada waktu yang sama, orang-orang Melayu juga tidak harus meghina bangsa lain. Kita harus bertindak adil antara kaum di Singapura supaya boleh hidup dalam aman dan harmuni.

Anonymous said...

Setelah membaca blog tersebut, saya berasa amat marah apbila mereka berkata kepada kaum islam kerana kita tidak pernah memaki hamun terhadap mereka walaupun ada juga orang-orang islam yang mebenci orang-orang cina. Pada pendapat saya, setiap manusia di bumi ini harus menghormati satu sama lain tidak kira bangsa, atau agama.

Anonymous said...

Setelah mendengar berita tersebut, saya terasa amat marah. selama ini, saya tidak sangka bahawa mereka sanggup membuat demikian.
saya amat risau jikalau ia boleh menjejeas perspektif masyarakat tentang hubungan kaum.

saya berharap bahawa tiada orang yang akan membuat sedemikian kerana Singapura adalah negara yang berbilang kaum. kita harus menghormati kaum yang lain.

Anonymous said...

Selepas sahaja membaca beritu itu, saya amat kecewa dan marah dengan sikap mereka itu. Berani betul mereka membuat kerja sedemikian.

Perkara yang mereka buat itu akan menjejas perhubungan antara kaum. Mereka telah memburukkan nama baik kaum Melayu.

Saya tidak sangka perkara ini akan berlaku di Singapura. Saya berharap masyarakat Melayu tidak akan bertindak keterlaluan kerana tindakan pemuda-pemuda itu tidak disokong oleh kebanyakan manusia di dunia.

Anonymous said...

Selama ini saya tidak sangka bahawa kejadiaan ini boleh terjadi, kerana semua rakyat Singapura telah hidup dengan aman-damai.

Saya juga berasa marah dan amat risau kerana kejadian itu boleh mengakibatkan pergaduhan.

Saya berdoa agar orang lain tidak mencontohi sikap ini yang cukup memalukan.

Anonymous said...

Saya terasa amat dukacita apabila mendengar berita yang sungguh memalukan. Saya tidak menyangka bahawa kelakuan yang amat keji itu berlaku.

Dengan adanya diari maya ini, kami dapat meluahkan perasaan marah dan risau.

Walau bagaimanapun kami sebagai bangsa Melayu tidak seharusnya membalas dendam. Kami hanya boleh mengambil perkara ini sebagai satu cubaan.

Kita boleh mewujudkan persefahaman antara kaum dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menunjukkan sikap prihatin kita terhadap bangsa dan agama lain.

Anonymous said...

Setelah membaca blog tersebut,saya berasa amat marah kerana kami, kaum Melayu tidak pernah memaki hamun mereka walaupun mungkin ada juga orang-orang Melayu yang membenci orang-orang Cina.

Pada pendapat saya, setiap manusia di dunia harus menghormati satu sama lain tidak kira bangsa atau agama.

Anonymous said...

Berita ini sungguh mengecewakan saya, saya tidak sangka bahawa ini boleh terjadi. Ia membuat saya berasa marah kerana bangsa saya telah dihina dan dimaki hamun.

Saya rasa perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana negara Singapura ini berbilang bangsa dan kita harus menghormati bangsa yang lain.

Pada pendapat saya, kita sebagai umat Islam hartus bertindak secara rasional.

Saya berharap perkara ini tidak diulangi oleh sesiapapun. Anggaplah ini semua sebagai suatu cubaan bagi umat Islam kerana jikalau kita membalas penghinaan mereka dengan mengeji mereka, kami tidak akan menang dalam perbalahan itu. Malah, ia akan membuat mereka menghina kami lagi.
Biarkanlah pihak berkuasa yang mengadili mereka.

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada para pembaca sekelian,

Setelah membaca berita itu, saya tidak percaya bahawa ada rakyat yang sungguh berani membuat perkara yang terkutuk ini.

Saya tidak mengerti mengapa orang dari agama lain mengutuk agama kita. Mengapakah mereka pandang serong pada kita?

Bagi saya, perbicaraan tentang ini harus di hadapankan kepada semua rakyat Singapura agar ketidaksefahaman di antara kaum timbul di masa kelak.

Sekian,terima kasih kerana meluangkan masa membaca komen saya.