27.10.05

018. Sukma Budaya 2005

Salam sejahtera pelajar yang budiman,
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar menengah tiga Sekolah Menengah Hong Kah yang telah berjaya menganjurkan acara Sukma Budaya pada 27 Oktober lalu.
Cikgu pasti pelajar-pelajar menengah satu dan dua pasti telah terhibur dan meraih manfaat daripada bengkel-bengkel yang telah anda semua anjurkan. Cikgu sendiri amat berpuas hati dengan pencapaian anda semua.
Apa pula maklum balas pelajar yang lain?
Cikgu rasa elok sekiranya anda dapat menuliskan laporan mengenai acara tersebut supaya boleh dikongsi bersama remaja-remaja lain. Mungkin Aidil, Hisham, Abbas, Zinnirah, Rosdahliana, Irma Sakinah, Siti Farhana atau yang lain boleh menulisnya?
Sekiranya ingin melihat gamabr-gambar yang telah saya muat naikkan, sila ke http://cikgufaizal.fotopages.com/

2 comments:

fArAh said...

Sukma budaya telah berjaya dianjurkan oleh kami,menengah 3 pada tarikh 27 oktober 2005.Saya amat berbangga dengan apa yang kami sediakan untuk pelajar menengah 1 dan 2.Sebelum acara itu dianjurkan,terdapat banyak rintangan yang kami hadapi kerana tidak mencukupi masa.Saya telah menjadi wakil bagi bengkel tarian.Saya pun berasa tertekan semasa mengaturkan apa yang akan berlaku pada hari tersebut dan apa yang saya akan mengajar mereka yang mengunjung ke bengkel saya.Selain itu,saya pun ada bersama rakan-rakan saya yang lain yang turut menghadapi masalah mereka.Saya kasihan melihat mereka.Walau bagaimanapun,keseluruhan acara tersebut amat memuaskan hati saya.Kami semua bekerjasama untuk menjayakan acara Sukma Budaya.Semasa acara tersebut,kami pun sempat menghiburkan hati kami.Yang membuat saya bangga adalah pada akhir acara tersebut,kami telah mengadakan satu persembahan yang tidak dirancangkan khas untuk menengah 1 & 2 dan semuanya berjalan dengan lancar.Saya berharap bahawa semua pelajar yang menghadiri acara Sukma Budaya tersebut dapat mempelajari sesuatu yang baru dan manfaat daripadanya.

Sekian terima kasih,
nUrfArAhIn 3A

Anonymous said...

Salam sejahtera. Sukma budaya telah dijayakan oleh pelajar-pelajar menengah tiga dengan baik sekali. Walaupun mempunyai beberapa masalah seperti perasaan kurang senang diantara satu sama lain semasa menjalankan tugas dan tempoh waktu bagi latihan yang agak singkat untuk berlatih,kami masih dapat meneruskan program ini dengan lancar. Bagi saya pula, ia adalah suatu pengalaman yang mencabar walaupun saya hanya berperanan sebagai narator di belakang pentas dalam Talindra. Ia kerana saya memerlukan suara yang mantap dan jelas supaya para penonton dapat mendengar dan memahami jalan cerita tersebut. Ia bukan sahaja suatu kejayaan kecil bagi saya malah juga satu percubaan yang berani. Secara keseluruhan, rakan-rakan saya terutama sekali Siti Zinnirah dan Rosdahliana telah melakukan tugas mereka dengan baik dan sempurna serta mereka banyak bersabar menghadapi segala masalah. Saya pasti para peserta dari menengah dua dapat mempelajari sesuatu melalui bengkel-bengkel yang disediakan dan rasa terhibur dengan lakonan daripada para pelakon dalam Talindra.

Sekian terima kasih,
Siti Farhana 3N1