16.2.06

030. Ilham Pujangga: Di Bilik Darjah

Lagu Ilham Dari Pujangga dipilih kerana kata-kata nasihat yang jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Cikgu berharap pelajar-pelajar yang menonton persembahan daripada pelajar-pelajar tempoh hari terhibur dan pada waktu yang sama mendapat manfaat daripada kata-kata yang disampaikan oleh Farhan, Aidil, Shazni dan Hafiz.

Selain daripada mempersembahkan lirik lagu ini sebagai puisi, Cikgu juga telah menggunakan lirik lagu ini sebagai bahan pembelajaran bersama pelajar-pelajar Menengah 2 Normal Teknikal di kelas. Cikgu berharap, pelajar-pelajar tersebut mendapat manfaat daripada sesi pembelajaran tersebut.

Cikgu juga akan menyertakan pendapat-pendapat yang diberikan oleh pelajar-pelajar 2T1 (2006) semasa sesi pembelajaran tersebut.

22 comments:

nakhodabts said...

Syabas! Saya ingin bertanya bagaimana cikgu menjalankan pengajaran itu dengan pelajar-pelajar NT?

Dari,
Cikgu Fawziyah
Sekolah Menengah Bedok Town

Cikgu Faizal said...

Terima kasih cikgu kerana bertanya.

Maaf kerana tidak boleh memberikan respons dengan cepat tetapi insyaAllah, akan saya kongsi rancangan pembelajaran saya bersama mereka di sini.

Cg Faizal

Anonymous said...

Saya mempelajari bahawa saya perlu bersatu hati dengan orang lain dalam perkara kebaikan.

Sumbangan yang boleh saya berikan kepada kedua orang tua saya ialah membanggakan mereka dengan pelajaran dan kesopanan saya.

Sumbangan yang saya boleh berikan kepada negara ialah menjaga kebersihan sekitar negara.

Anonymous said...

Saya mempelajari tentang pentingnya menyokong dan menolong satu sama lain tidak kira bangsa.

Sumbangan yang boleh saya berikan kepada ibu bapa ialah membantu mereka bila diperlukan.

Sumbangan yang boleh saya berikan kepada negara ialah memberikan sokongan kepada mereka yang ingin membuat kebaikan.

Anonymous said...

Saya pelajari bahawa saya harus menyokong negara saya dan harus berbaik antara satu sama lain.

Saya akan menyayangi ibu bapa saya dan menolong mereka.

Saya akan memberitahu kawan-kawan saya supaya jangan berbuat jahat.

Anonymous said...

Saya pelajari tentang berbudi bahasa dan menunjukkan kasih saya pada negara.

Saya ingin mula membaca buku dan belajar bersungguh-sungguh sebagai sumbangan kepada ibu bapa.

Anonymous said...

Saya rasa lagu ini sangat bererti pada saya.

Saya akan sampaikan kepada abang, adik, mak tiri, mak, bapak tiri dan babak saya. Saya akan tunjukkan bahawa saya boleh menjadi pandai.

Anonymous said...

Saya pelajari bahawa kita harus bersatu hati.

Sumbangan saya pada ayah dan ibu ialah untuk membuat mereka bangga dengan belajar rajin-rajin.

Sumbangan yang boleh saya buat untuk negara ialah jangan membuang sampah sembarangan.

Anonymous said...

Saya telah pelajari untuk bersabar.

Saya boleh berikan ibu bapa kesenangan dengan tidak menyusahkan mereka.

Anonymous said...

Saya pelajari bahawa perlu membuat benda baik, menghormati, berani untuk bersuara pada benda yang tak betul dan menolong satu sama lain.

Anonymous said...

Saya pelajari tentang keharmonian negara dan kewajipan muda mudi.

Saya ingin membantu keluarga dengan mengemas bilik dan menolong apa yang patut

Anonymous said...

Saya pelajari untuk berbuat baik kepada negara dan bangsa atau masyarakat lain.

Sumbangan yang saya boleh berikan ialah saya akan belajar betul-betul dan mencari kerja yang bagus dan menjaga mereka apabila mereka tua.

Anonymous said...

Kita harus bersatu dalam kumpulan dan memberi sokongan dengan ikhlas.

Saya mahu membanggakan mereka dengan belajar rajin-rajin.

Anonymous said...

Saya dapat tahu yang kami harus berikan tenaga untuk nusa dan negara.

Saya boleh berikan sumbangan kepada ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.

Saya boleh menolong negara dengan jangan membuang sampah sembarangan.

Anonymous said...

Saya belajar untuk bertenang dan diam dahulu apabila dimarah oleh orang. Saya akan menjelaskan perkara yang sebenar setelah orang yang marah itu bertenang.

Saya juga belajar harus bersatu hati kepada perkara yang baik.

Saya boleh menjaga ibu bapa bila mereka sakit.

Anonymous said...

Saya sudah pelajari banyak benda yang saya tidak ketahui dalam cerita ini dan sudah tahu kerana cikgu berikan makna kepada kita.

Saya boleh tolong ibu saya membersihkan rumah dan mencuci mangkuk di dapur.

Anonymous said...

Saya pelajari bahawa kita tidak boleh putus asa dan bersatu hati untuk negara.

Saya akan menolong ibu saya mengurus rumah, basuh baju dan macam-macam lagi. Dan saya akan menolong ayah saya membuat kopi dan kemaskan beg armynya.

Anonymous said...

Saya akan menyuruh rakyat negara kami untuk bersatu dan sehati sejiwa. Saya juga akan menyuruh mereka menolong seseorang jikalau mereka dalam kesusahan.

Anonymous said...

Saya pelajari daripada petikan lagu Ilham Pujangga ialah jangan kutuk negara kita ataupun menghinanya.

Sumbangan yang boleh saya berikan kepada ibu bapa saya ialah duit, belajar dengan tekun dan menolong ibu bapa kemas rumah.

Sumbangan yang boleh saya berikan kepada negara ialah menolong orang yang susah, bersihkan negara kita dan bekerja keras.

Anonymous said...

Saya pelajari bahawa perlu membuat benda baik, menghormati, berani untuk bersuara pada benda yang tak betul dan menolong satu sama lain.

Anonymous said...

Saya pelajari buat benda baik, menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain.

Saya boleh memberitahu ibu bapa supaya tidak bergaduh dan buat benda baik.

Saya akan mengutip sampah yang di lantai dan membuangnya di tong sampah.

3/3/06 07:01

Anonymous said...

Saya pelajari sesuatu yang menarik.

Saya boleh menolong ibu bapa saya mengemas rumah.

Saya akan menjaga kebersihan negara.