30.1.07

049. Projek Lisan: Bicara Ilmu 2






Cikgu mahu pelajar-pelajar yang telah membuat pembentangan lisan pagi tadi membuat suatu renungan terhadap apa yang telah disampaikan. Anda boleh menuliskan tentang kekuatan ucapan kamu dan juga kelemahan yang ada. Perkara-perkara ini akan membantu untuk mempertingkatkan lagi kemahiran lisan anda.

Pembentang 6: Firdaus (Filem Kegemaran Saya)
Pembentang 7: Shahrie (Permainan Tradisional Dipinggirkan)
Pembentang 8: Nadhrah (Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja)
Pembentang 9: Nurul Ramizah (Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet)
Pembentang 10: Salleh (Juadah Tradisional)

048. Projek Lisan: Bicara Ilmu






Syabas kepada pelajar-pelajar yang telah membuat pembentangan projek lisan mereka. Cikgu berharap pelajar yang lain boleh mengambil iktibar daripada pembentangan mereka dan menghasilkan sesuatu yang sebaik atau lebih baik daripada mereka.


Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 43, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda diambil kira dalam penilaian cikgu.
Pembentang 1: Afiq (Bencana Alam)
Pembentang 2: Yazid (Pencemaran Alam Sekitar)
Pembentang 3: Farhana (Orang yang Saya Kagumi)
Pembentang 4: Khairunnisa (Kerja Kemasyarakatan)
Pembentang 5: Idayu (Pentingnya Memakan Makanan Yang Seimbang)

29.1.07

047. Puisi Untuk Teristimewa 3: Ibu





Cikgu hanya akan menaikmuatkan sajak-sajak ini sahaja. Karya-karya lain akan dinaikmuatkan kemudianya.

046. Puisi Untuk Teristimewa 2: Ibu






Untuk tidak mengecewakan pelajar-pelajar saya yang lain, inilah tambahan sajak-sajak untuk ibu.

045. Puisi Untuk Teristimewa: Ibu







Berikut merupakan beberapa kuntum sajak yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar 5NA untuk seorang insan teristimewa... ibu. Semoga pelajar lain meraih manfaat apabila membaca sajak-sajak mereka dan terus menghargai ibu bapa masing-masing.

28.1.07

044. Sesi Apresiasi Sajak




Pada tarikh 26 Jan 07, Jumaat yang lalu, cikgu telah mengadakan suatu sesi apresiasi sajak bersama pelajar-pelajar 5NA. Sajak pilihan kami adalah sajak hasil karya Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) yang juga dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant. Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, sila lungsuri lelaman berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Usman_Awang


Cikgu bernasib baik kerana terjumpa video klip sajak Usman Awang yang dijadikan lagu oleh kumpulan Unic. Sekiranya berminat untuk menontonnya, klik pada:
Ke Makam Bonda
Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

19.1.07

043. Projek Lisan Pelajar 5NA

Selamat sejahtera pelajar budiman,
Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut:

  1. Tajuk Lisan
  2. Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
  3. Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
  4. Apakah skop pembentangan lisan kamu?
  5. Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?

Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan. Sila rujuk kepada entri saya pada tahun 2004 tentang "Prosedur Memberikan Pendapat" sebelum memberikan maklum balas anda. Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini.

Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu.

Berikut merupakan jadual pembentangan lisan. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.

Isnin, 29 Jan 2007

  1. Afiq: Bencana Alam
  2. Salleh: Juadah Tradisional
  3. Firdaus: Filem Kegemaran Saya
  4. Yazid: Pencemaran Alam Sekitar
  5. Farhana: Orang yang Saya Kagumi
  6. Khairunnisa: Kerja Kemasyarakatan
  7. Haziq: Tabiat Merokok Membawa Padah
  8. Shahrie: Permainan Tradisional Dipinggirkan
  9. Idayu: Pentingnya Memakan Makanan Yang Seimbang
  10. Nadhrah: Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja
  11. Nurul Ramizah: Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet

Selasa, 30 Jan 2007

  1. Sahmina: Pencemaran Alam
  2. Sakinah: Orang yang Saya Kagumi
  3. Fazeelah: Orang yang Saya Kagumi
  4. Ridzwan: Tabiat Merokok Membawa Padah
  5. Nadia: Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja
  6. Noraini: Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja
  7. Siti Farhana: Pentingnya Memakan Makanan yang Seimbang

Empat orang pelajar masih belum memilih tajuk lisan. Sila lakukan dengan segera supaya bersedia pada hari pembentangan nanti.