19.1.07

043. Projek Lisan Pelajar 5NA

Selamat sejahtera pelajar budiman,
Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut:

  1. Tajuk Lisan
  2. Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
  3. Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
  4. Apakah skop pembentangan lisan kamu?
  5. Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?

Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan. Sila rujuk kepada entri saya pada tahun 2004 tentang "Prosedur Memberikan Pendapat" sebelum memberikan maklum balas anda. Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini.

Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu.

Berikut merupakan jadual pembentangan lisan. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.

Isnin, 29 Jan 2007

  1. Afiq: Bencana Alam
  2. Salleh: Juadah Tradisional
  3. Firdaus: Filem Kegemaran Saya
  4. Yazid: Pencemaran Alam Sekitar
  5. Farhana: Orang yang Saya Kagumi
  6. Khairunnisa: Kerja Kemasyarakatan
  7. Haziq: Tabiat Merokok Membawa Padah
  8. Shahrie: Permainan Tradisional Dipinggirkan
  9. Idayu: Pentingnya Memakan Makanan Yang Seimbang
  10. Nadhrah: Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja
  11. Nurul Ramizah: Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet

Selasa, 30 Jan 2007

  1. Sahmina: Pencemaran Alam
  2. Sakinah: Orang yang Saya Kagumi
  3. Fazeelah: Orang yang Saya Kagumi
  4. Ridzwan: Tabiat Merokok Membawa Padah
  5. Nadia: Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja
  6. Noraini: Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Remaja
  7. Siti Farhana: Pentingnya Memakan Makanan yang Seimbang

Empat orang pelajar masih belum memilih tajuk lisan. Sila lakukan dengan segera supaya bersedia pada hari pembentangan nanti.

15 comments:

Anonymous said...

Siti Farhana 5N1

1. Pentingnya Memakan Makanan yang Seimbang

2. Saya rasa lebih berpengetahuan dalam tajuk ini. Saya juga ingin mencuba untuk menyedarkan rakan-rakan betapa pentingnya memakan makanan yang seimbang.

3. Saya akan membentangkan projek saya melalui cara lisan. Saya juga memerlukan nota-nota kecil sebagai panduan.

4. Skop pembentangan lisan saya
- definisi mekanan seimbang
- mengapa penting untuk kita memakan makanan yang seimbang dan apa akibatnya jika tidak memakan makanan seimbang
- contoh-contoh makanan seimbang
- cara-cara untuk menggalakkan para remaja serta orang awam agar sentiasa memakan makanan yang seimbang

5. Cabaran-cabarannya ialah untuk memuatkan segala maklumat yang saya ada dalam waktu yang singkat. Juga, untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan dan guru semasa membentangkan projek saya.

Anonymous said...

Tajuk Lisan:Kerja kemasyarakatan
Mengapa: Untuk menyedarkan orang bahawa kerja kemsyarakatan ini bukan sahaja baik tetapi ada juga buruknya.
Bagaimana: Saya akan menerangkan, dan memberi contoh-contoh, apa itu kerja kemsyarakatan. Selepas itu, menerangkan kebaikan, serta faedahnya, dan kemudian keburukannya.
Skop: Banjir di Johor Bahru
- menghantar van-van palang merah untuk memberi makanan dan ubat-ubatan
- memberi pakaian dan keperluan yang lain-lain.
Cabaran-cabaran: Saya harus cuba sedaya-upaya mencari maklumat-maklumat tentang kerja kemasyarakatan. Dengan tiada suratkhabar mengenai isu-isu kemsyarakatan dan banjir-banjir.

Cikgu Faizal said...

Penulis yang kedua lupa menyertakan nama dan kelas. Sila salin semula dan bubuh nama serta kelas anda supaya saya dapat memberi penilaian.

Cg Faizal

shamin said...

Sahmina 5N1
1.Pencemaran alam sekitar dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

2.Saya lihat bahawa pencemaran alam sekitar pada hari ini semakin bertambah.Dan dengan itu, saya ingin mengongsi pendapat saya tentang pencemaran alam dan menyedarkan kepada rakan-rakan sekelas saya tentang bahayanya pencemaran alam.

3.Saya akan membicarakan secara lisan dan juga menggunakan sedikit informasi yang dipetik dari internet eebagai bahan bukti.

4.Skop:
-Pencemaran udara dan pencemaran sungai
-Proses pencemaran
-langkah penyelesaian dan cara-cara mengawal..

5.Cabaran-cabaranya adalah agar sukar untuk saya memilih salah satu dari pelbagai pencemaran-pencemaran alam sekitar untuk diperbualkan dalam waktu yang singkat.Dan juga rasa agar gementar bila berhadapan dengan rakan sekelas saya.

Anonymous said...

Nadiah 5N1

1. Penggunaan Bahasa Melayu Dikalangan Remaja.

2. Saya memilih tajuk ini kerana saya ingin meningkatkan kesedaran para remaja tentang pentingnya penggunaan Bahasa Melayu.

3. Projek saya akan dibentangkan dengan menyatakan segala fakta-fakta yang telah saya kumpulkan terlebih dahulu.

4. Skop pembentangan lisan
- mengapa para remaja mengambil sikap sambil lewa terhadap Bahasa Melayu.
- mengapa penggunaan Bahasa Melayu amat penting.
- cara-cara bagi menggalakkan para remaja untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul ketika bertutur.
- berikan contoh.

5. Cabaran-cabaran yang saya hadapi adalah saya tidak dapat mengumpulkan maklumat-maklumat yang selebihnya bagi membuatlisan saya tampak lebih menarik. kedua, saya tidak mempunyai semangat yang kukuh untuk bertutur dengan baik ketika berhadapan dengan rakan sekelas saya.

Anonymous said...

Sakinah 5N2

1.Orang yang saya kagumi ialah ibu saya.

2.Saya mengenali sungguh dengan ibu saya.Saya berasa selesa membuat tajuk ini.Saya mahu memberitahu kawan-kawan saya betapa kagumnya saya dengan ibu saya.

3.Skop pembentangan lisan saya
-mengapa saya mengkagumi ibu saya lebih dari orang lain
-apa yang saya kagumi dengan ibu saya
-contoh-contoh mengenai ibu saya

4.Ini amat mencabar bagi saya kerana saya harus mempersembahkan lisan ini di hadapan kelas.Tidak macam lisan peperiksaan di mana saya harus mempersembahkan di hadapan dua guru yang tidak saya kenali.Saya harap saya dapat membuat ini dengan baik menggunakan bahasa yang betul.

Anonymous said...

1.Orang yang saya kagumi.

2.Saya lebih selesa dan boleh membentangkan banyak maklumat tentang tajuk ini.

3.Saya akan membentangkan projek saya ini dengan pengalaman sendiri.
Dan jugu akan menanya orang lain untuk mendapat lebih maklumat.

4.Skop pembentangan lisan
-apa keistimewaan orang tersebut
-mengapa saya kagum sangat dengannya
-contoh-contoh yang saya mengalami
-contoh-contoh yang positif tentang orang tersebut

5.Cabaran-cabarannya ialah saya tidak ada masa untuk menyelesaikann projek tersebut kerana terlalu sibuk dengan pelajaran lain.

Anonymous said...

Tajuk Lisan:Kerja kemasyarakatan
Mengapa: Untuk menyedarkan orang bahawa kerja kemsyarakatan ini bukan sahaja baik tetapi ada juga buruknya.
Bagaimana: Saya akan menerangkan, dan memberi contoh-contoh, apa itu kerja kemsyarakatan. Selepas itu, menerangkan kebaikan, serta faedahnya, dan kemudian keburukannya.
Skop: Banjir di Johor Bahru
- menghantar van-van palang merah untuk memberi makanan dan ubat-ubatan
- memberi pakaian dan keperluan yang lain-lain.
Cabaran-cabaran: Saya harus cuba sedaya-upaya mencari maklumat-maklumat tentang kerja kemasyarakatan. Dengan tiada suratkhabar mengenai isu-isu kemsyarakatan dan banjir-banjir.

Anonymous said...

Nurfazlin 5N2

1. Tabiat Merokok Membawa Padah

2. Saya memilih tajuk ini kerana saya ingin memberitahu kepada semua tentang bahayanya menghisap rokok itu.

3. Saya akan mencari maklumat tentang tabiat merokok ini. Saya juga akan membuktikan bahawa merokok itu amat merbahaya.

4. Skop pembentangan lisan saya
- Merokok Menjejaskan Kesihatan
- Merokok Mengundang Pelbagai Penyakit
- Kesan-Kesan Asap Rokok
- Merokok menjejas kesihatan orang lain yang bukan perokok.

5. Cabaran-cabarannya ialah saya harus mencari maklumat dengan masa yang singkat. Saya harus berani mempersembahkan lisan saya didepan kelas.

Cikgu Faizal said...

Penulis yang memilih topik 'Orang yang Saya Kagumi' terlupa untuk menuliskan nama serta kelasnya. Harap memperbetulkannya. :)

Anonymous said...

1. Filem Kegemaran Saya

2. Ia sebab tajuk itu senang dapat informasi dengan menggunakan internet.

3. Saya akan membentangkan projek saya melalui cara lisan.Saya juga perlukan nota-nota untuk rujukan.

4.Skop pembentangkan projek aku:
-memnunjukkan berbagai jenis filem ada dalam industri pemfileman.
-saya akan memilih satu jenis filem dan mengapa saya memilih jenis berikut.
-contoh-contoh jenis filem yang saya pilih.

5.Cabaran-cabaran yang saya hadapi ialah di rumah saya tidak ada komputer. Jadi, susah untuk saya untuk mencari informasi-informasi untuk projek saya.

Anonymous said...

1.Orang yang saya kagumi.

2.saya tepegun dengan kebolehan dan kekuatan nenek saya walaupun umurnya yang sudah lanjut.saya ingin mengongsi pengalaman yang nenek saya lalui selama 65 tahun.

3.- membentang secara lisan.
- menulis nota-nota yang
penting di atas ketas yang
kecil.

4.Skop
- mengapa saya memilih nenek saya
sebagai orang yang saya amat
kagumi.
- contoh-contohnya yang membuat
saya kagumi.

5.cabaran yang dihadapi.
-ada kesempitan masa untuk
menaip di lelaman ini kerana
komputer saya dijangkiti
virus.harus mengunakan komputer
sedara.
-saya tidak ada semangat untuk
mempersembahkan lisan ini di
hadapan rakan-rakan.mengalami
kesusahan untuk mengatasi
perasaan takut.

Anonymous said...

Nuridayu Safee 5N1

1. Pentingnya makanan yang seimbang

2. Saya memilih tajuk ini kerana saya mahu setiap orang mengerti lebih lanjut mengenai isu ini, juga sebab dan akibatnya.

3. Saya akan membentangkan projek saya secara lisan dan saya akan menggunakan sedikit informasi yang saya ada.

4. Skop pembentangan lisan saya
- saya akan memberitahu sebab dan akibatnya kepada semua teman-teman sedarjah.
- contoh-contoh makanan seimbang.
- cara-cara bagi menggalakan rakan-rakan saya yang lain untuk memakan makanan yang seimbang.

5. Cabaran-cabaran yang saya hadapi ialah kurang bahan rujukan. Lalu menulis semua yang kita tahu melalui ilmu pengetahuan sendiri.

Anonymous said...

Siti Nooraini 5N1

1. Pengunaan bahasa melayu dikalangan remaja.

2. Saya memilih tajuk itu kerana saya rasa itulah tajuk yang sesuai untuk saya dan sebagai seorang pelajar, saya rasa saya akan mengetahui apa yang harus saya lakukan.

3. Saya akan membentangkan projek saya melalui lisan da menggunakan sedikit ilmu pengetahuan sendiri.

4. Skop pembentangan lisan
- saya akan memberitahu mengapa pelajar harus menggunakan bahasa melayu. Walaupun Inggeris penting, tetapi bahasa ibunda tidak harus kita lupakan.

5. Cabaran yang saya hadapi ialah kurang bahan rujukan. Justeru, saya menggunakan ilmu pengetahuan sendiri.

Ririn said...

1. Keburukan dan kebaikan menggunakan internet.

2. Saya rasa tajuk ini penting kerana zaman sekarang, ramai anak-anak yang bersekolah di tadika sudah terdedah dengan teknologi ini. Dengan itu, saya hendak mengongsi topik ini terhadap rakan-rakan saya.

3. Saya akan membentangkan projek saya melalui cara lisan. Dan juga saya memerlukan nota-nota yang telah saya kumpulkan.

4. Skop pembentangan lisan saya
- Contoh-contoh kebaikan dan keburukan menggunakan komputer
- langkah penylesaian untuk orang-orang yang lalai terhadap komputer

5. Cabaran-cabarannya ialah ia agak sukar untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dalam waktu yang singkat dan juga agak gementar apabila membicarakan topik saya terhadap rakan-rakan sekelas saya.