21.10.04
Sebagai seorang insan budiman, kamu harus menunjukkan kesopanan pada setiap masa. Oleh itu, cikgu benar-benar mengharapkan agar kamu dapat memperlihatkan kesopanan ini semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat. Perkara-perkara yang boleh dijadikan garis pandu adalah seperti berikut:
Gunakan bahasa yang baik semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.
Jangan menggunakan bahasa pasar ataupun singkatan-singkatan apabila menulis.
Jangan menggunakan bahasa kesat semasa memberikan pendapat.
Sampaikan pendapat kamu dengan hikmah dan kebijaksanaan.
Hormati pendapat setiap orang.