032. Sesi Pelita Ilmu 1
Pelajar-pelajar Menengah 4 akan menganjurkan suatu sesi perkongsian ilmu (Pelita Ilmu 1) bersama pelajar-pelajar Hong Kah pada cuti sekolah bulan Mac nanti. Sejauh ini, hanya beberapa pelajar sahaja yang akan menyertai sesi tersebut. Antaranya, pelajar-pelajar Menengah 1N3, 2N2, 2N3 dan beberapa pelajar terpilih daripada peringkat Menengah 3 Ekspres dan Normal Akademik.
Tujuan mengadakan sesi perkongsian ini ialah untuk:-
- memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Menengah 4 Ekspres untuk mempersembahkan projek-projek mereka,
- membina keyakinan diri pelajar-pelajar Menengah 4 Ekspres untuk mengetengahkan dapatan-dapatan yang mereka perolehi semasa melaksanakan projek,
- memberikan pelajar-pelajar muda gambaran projek yang boleh mereka laksanakan nanti.
Berikut merupakan butir-butir lanjut Sesi Pelita Ilmu:-
- Tempat: Oditorium Sekolah Menengah Hong Kah
- Tarikh: 16 Mac 2006 (Khamis)
- Masa: 0745 - 1000
- Kod Pakaian: Pakaian Seragam Sekolah
No comments:
Post a Comment