25.12.07

055. Penutup Tirai

Salam sejahtera pelajar budiman,

Cikgu fikir inilah kali terakhir cikgu menulis entri dalam blog Luahan Minda Kritis sebagai seorang guru Sekolah Menengah Hong Kah. Cikgu masih ingat lagi kali pertama menggunakan blog sebagai salah satu wadah pembelajaran bahasa Melayu pada akhir tahun 2004. Pada masa itu, cikgu bermula dengan pelajar-pelajar menengah 2 Ekspress di antara mereka seperti Hafiz, Dayana, Zinnirah, Hisham, Iffa, Rosdahliana dan lain-lain lagi. Pada masa itu cikgu ingat lagi bagaimana cikgu memikirkan cara terbaik untuk merangsang minat pelajar-pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Cikgu mahu pelajar-pelajar melihat bahasa Melayu sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. Pembelajaran bahasa yang cikgu maksudkan bukan terhad terhadap pembelajaran aspek tatabahasa tetapi bagaimana bahasa itu digunakan untuk perbincangan dan sebagainya.

Pada tahap peninjauan, cikgu mendapati bahawa blog merupakan sesuatu yang amat diminati pelajar. Oleh itu, rugi rasanya jika cikgu tidak memanfaatkan peluang ini untuk menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu. Projek kami bermula secara rasmi pada awal tahun 2005 di mana bersama pelajar-pelajar dan cikgu bersama-sama memikirkan isu-isu apa yang boleh dibincangkan menggunakan blog sebagai wadah pembelajaran. Cikgu mahu pelajar-pelajar sendiri yang memikirkan tentang isu-isu yang ingin dibincangkan supaya mereka rasa lebih seronok dan menganggap perbincangan itu relevan dengan kehidupan mereka. Antara perkara-perkara yang kami bincangkan ialah isu remaja lari dari, isu keseksualan remaja, isu pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Cikgu gembira kerana pelajar-pelajar dapat membincangkan isu-isu yang diketengahkan dengan matang dan berusaha untuk menyampaikan pendapat mereka menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cikgu rasa pengalaman yang dilalui bersama pelajar amat berharga kerana dengan bantuan pelajar-pelajar, cikgu dapat memahami persepsi para pelajar tentang isu-isu yang berlaku di persekitaran mereka.

Cikgu rasa sungguh bertuah juga kerana perbincangan kami disertai seorang pakar iaitu Encik Mohd Ali Mahmood, pengarah Pusat Khidmat Keluarga PPIS-Jurong. Setiap kali selesai perbincangan tentang sesuatu isu, beliau pasti akan memberikan ulasan. Kepakaran beliau dalam hal-hal berkenaan pelajar dan masyarakat pasti telah membuka minda pelajar-pelajar terhadap dilema yang dialami mereka.

Cikgu juga gembira kerana dapat berkongsi dengan guru-guru lain tentang bagaimana kami menggunakan blog sebagai wadah pembelajaran. Tanpa kerjasama dan keghairahan pelajar, cikgu pasti blog yang kami gunakan ini tidak akan berjaya.

Cikgu sudah tidak mahu cerita panjang-panjang lagi. Sekiranya anda berkesempatan, lungsurilah lelaman YouTube cikgu yang merakamkan pengalaman-pengalaman cikgu bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Hong Kah.

Sebelum cikgu mengundur diri, cikgu ingin berpesan kepada murid-murid yang pernah cikgu ajar supaya menjadi anak-anak yang baik dan sayangilah diri anda.

Terima kasih pelajar-pelajar Sekolah Menengah Hong Kah!

http://www.youtube.com/watch?v=sekZNCcmLAA
http://www.youtube.com/watch?v=Ok6p3uD0CFM
http://www.youtube.com/watch?v=9pnQV8z4S1A
http://www.youtube.com/watch?v=2bmqwYwgnDs
http://www.youtube.com/watch?v=2aK9zAKJTKE
http://www.youtube.com/watch?v=HJsDXEia_q0
http://www.youtube.com/watch?v=D7aL7A_mMfg
http://www.youtube.com/watch?v=h8za5T-RwlM

13 comments:

Dayana said...
This comment has been removed by the author.
Dayana said...

Assalamualaikum..
Apa khabar cikgu faizal dan kawan-kawan yang sedang membaca blog ini?

Cikgu Faizal, entry cikgu sungguh menyedihkan. Saya hampir-hampir menitiskan air mata, hampir sahaja. hehe.

Setelah menonton klip-klip video itu, saya merasakan bahawa kenangan manis antara kami semua tidak dapat kami lupakan. Kenangan yang pahit itu biarlah menjadi satu pengajaran bagi kami semua.

Cikgu, walaupun cikgu setakat mengajar kami bahasa melayu untuk tiga tahun sahaja, ramai anak-anak murid cikgu yang menganggap cikgu sebagai mentor dan 'bapa angkat' kami. Kami banyak berkongsi masalah dengan cikgu. Cikgu pula telah banyak memberi perangsang dan nasihat kepada kami.

Cikgu, YOU'RE THE BEST TEACHER WE'VE EVER HAD!!!

Cahaya Mentari Menembusi Awan,
Bagaikan Cikgu Menyinari Kehidupan Kami.
Jasa Cikgu Tidak Akan Kami Lupakan,
Terima Kasih Cikgu,iklas dari kami.


Saya serta yang lain mendoakan yang terbaik untuk cikgu. Semoga cikgu senantiasa bahagia disamping keluarga dan dapat menyelesakan diri di pekerjaan baharu cikgu. Kami mengharap cikgu tidak akan lupakan kami dan tentunya, kami akan selalu mengingati cikgu.

Yang benar,
Nurdayana
p/s: Cikgu hutang anak-anak murid cikgu satu perkara...nyehehe...

Rosqylynn said...

Assalamualaikum.
Apa khabar cikgu? Harap sihat ya?

Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengajar kami selama tiga tahun. Cikgu telah memberikan kami perangsang untuk membuat yang terbaik dalam segala apa yang kami lakukan.

Semoga cikgu bahagia selalu dan berjaya dalam segala apa yang cikgu lakukan.

Amalina

Rosqylynn said...

"Selamat sejahtera murid-murid."

Selamat sejahteralah saya ucapkan kepada cikgu Faizal, semoga sihat-sihat selalu.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Faizal yang telah membimbing kami sejak menengah satu. Kira-kira tiga tahun setengahlah cikgu mengajar kami. Cikgulah yang selalu mendorong kita untuk menuju kearah kejayaan (macam paham.heeheehee)tapi betul lah. Heh.

Sebenarnya, saya ada sikit stres menulis komen ini sebab saya dah lama tidak menulis bahasa Melayu. Sampai saya keluarkan kamus. Adoi...

Pada pendapat saya, cikgu ROCK! hahahahaha. Cikgulah orang yang paling senang untuk kami bekerjasama sekiranya ada apa-apa projek seperti Sukma Budaya. Instead of pressuring us, cikgu selalu memberi kita semangat untuk tidak putus asa.

Semoga cikgu berjaya dengan apa yang cikgu lakukan pada masa sekarang dan juga hadapan.

Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak :D

Nur Aqilah Bte Ibrahim

Anonymous said...

Assalamualaikum...
cikgu apa khabar...

Saya tidak menyangka bahawa masa berlalu dengan cepat sekali...
saya merasakan seperti semalam cikgu mengajar kami dan hari ini cikgu meninggalkan kami...

hmm...entry cikgu yang bertajuk penutup tirai benar-benar membuat saya terharu..cikgu telah menulis nama saya di dalam entry cikgu itu...ia bermakna cikgu masih ingatkan pada saya...

mungkin kerana saya nakal di dalam kelas semasa dulu eh??nyehehe

jasa cikgu tidak pernah saya lupakan..walaupun saya tahu di dalam kelas saya suka membuat lawak dan kadang kala boleh menyebabkan gangguan di dalam kelas..dan mungkin cikgu marah terhadap tingkah laku saya...

Cikgu telah menjadi idola saya sewaktu dibangku sekolah dahulu...
kerana saya terasa "motivate" apabila melihat cikgu boleh berjaya dan pergi ke menara gading dan menjadi seorang guru yang dihormati oleh anak muridnya walaupun hanya untuk 3 tahun cikgu mengajar kami..

saya telah banyak belajar dari cikgu..sehingga saya mempunyai markah yang cemerlang untuk bahasa melayu saya..saya tidak akan kecapi ini semua tanpa pertolongan cikgu..

cikgu bukan sahaja mengambil berat tentang pelajaran kami, malahan cikgu juga mengajak kami untuk melakukan sembahyang jumaat...

cikgu tidak teragak-agak untuk menumpangkan kami ke masjid...itu sesuatu yang sukar untuk dicari dalam seorang guru...sungguh prihatin dan mengambil berat tentang anak muridnya...

cikgu juga mempunyai kepercayaan terhadap kami untuk melakukan sesuatu...

well in short i should say...cikgu you are the best and you rawks man...

its hard to find someone like you cikgu faizal...

ok sampai di sini sahaja...penat saya taip cikgu...wahahaha...jaga diri baik-baik ya...

dan terima kasih atas segala-galanya...

yang benar,
Mohd. Hishamuddin Bin Kamal

Rosqylynn said...

Assalamualaikum...

Sebenarnya saya stres nak tulis komen ni pasal dah lama tak tulis Melayu. Dah setahun dah. haha. Minta maaf ye kalau ada tersalah bahasa. haha. Saya pun dah lama tak buat kerja macam ni. hahaha. Inilah komen saya yang terakhir.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Cikgu Faizal kerana telah banyak berkongsi ilmu dengan kami semua. Masa tiga tahun bersama Cikgu amatlah dihargai dan diingati. Suatu kenangan manis. Tapi tak boleh manis sangat. Nanti kena kencing manis. hahahahaha. Nasihat-nasihat yang Cikgu berikan akan saya ingat sampai mati. Cikgulah tempat kami mengadu apabila ada masalah semasa hidup kami di Hong Kah. Cikgu jugalah yang banyak memberi kami motivasi untuk menjalani kehidupan yang semakin mencabar ini.

Saya mendoakan Cikgu agar dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dirahmati Tuhan dan berjaya dalam apa sahaja yang Cikgu lakukan. Kalau boleh doakanlah saya sekali. Terima kasih :) ! hehe.

" Orang yang tidak pernah merasa susah apabila sedang mencari ilmu, akan merasa susah seumur hidupnya nanti..."


Rosdahliana Dahlan

isnani shariff said...

Assalamualaikum cikgu!

maaflah sekiranya saya lambat sikit memberi komen :)

apa-apa pun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala jasa yang telah cikgu haburkan buat semua murid-murid cikgu.alhamdulillah, segala tunjuk ajar cikgu, membuahkan hasil. saya rasa, kami semua, telah menjadi insan yang lebih baik,mempunyai peribadi yang elok dan berwarna-warni :)

saya amat bersyukur!walaupun, hanya setahun ckigu mengajar saya. pengalaman belajar dengan cikgu amat berharga dan tidak ternilai.

sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU FAIZAL!

semoga pengalaman bekerja di keadaan sekeliling yang berlainan, juga memberi pengalaman yang membawa sinaran dan kepuasan buat diri cikgu.insyallah!


jaga diri hiasa peribadi ya cikgu! =D


Nur Isnani Mohd Shariff

Cg Faizal said...

Salam Dayana
Terima kasih di atas coretan ikhlas yang diberi. Semoga ada kesempatan bertemu dengan para pelajar sekalian suatu hari nanti, insyaaAllah.

Cg Faizal said...

Salam Amalina
Amiin terhadap doa yang diberi. Semoga berkesempatan bertemu bersama pelajar-pelajar lain suatu hari nanti, insyaaAllah.

Cg Faizal said...

Salam Aqilah
Terima kasih di atas doa yang diberi. Semoga berkesempatan bertemu para pelajar sekalian pada suatu masa nanti. InsyaaAllah.

Cg Faizal said...

Terima kasih juga, Hisham. InsyaaAllah bertemu lagi.

Cg Faizal said...

Salam Rosdahliana
Semoga kekal berjaya dunia dan akhirat. Amiin.

Cg Faizal said...

Salam Isnani
Terima kasih di atas ucapan yang diberi. Kalau awak terlambat, saya lagi lambat menjawab. Semoga memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. InyaaAllah berkesempatan berjumpa dengan para pelajar sekalian.