28.10.04

004. Ada Isu Hangat?

Salam sejahtera pelajar budiman.

Saya ingin memberikan peluang kepada anda untuk mencadangkan isu-isu yang dirasakan menarik perhatian anda sebagai remaja. Isu-isu yang kamu cadangkan boleh meliputi berbagai perkara sama ada isu-isu tentang keremajaan ataupun hal ehwal semasa.


Ambillah peluang ini dengan sebaik-baiknya kerana saya akan memilih isu-isu yang dicadangkan untuk dibincangkan nanti.

Terima kasih dan selamat berpuasa.

18 comments:

Cikgu Faizal said...

Terima Kasih Iffa kerana anda merupakan orang yang pertama memberikan pendapat melalui Blog ini. Saya berharap rakan-rakan yang lain akan mengikut jejak langkah Iffa.

Saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh Iffa tadi. Saya sendiri amat terkejut dengan berita kehilangan pelajar Hong Kah itu. Saya pasti ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain sedang gusar memikirkan keadaannya. Saya berharap pelajar-pelajar lain akan dapat menilaikan perbuatan remaja itu secara adil dan menggunakannya sebagai suatu iktibar.

Mungkin persoalan-persoalan yang saya ajukan sebentar nanti boleh kamu gunakan sebagai panduan untuk memberikan pendapat-pendapat seterusnya:

Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga apabila seseorang remaja mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tanpa sebarang berita? Agaknya apa pula yang akan kamu lakukan sekiranya rakan kamu mengambil keputusan untuk lari dari rumah? Bayangkan pula bagaimana keadaan seseorang remaja apabila lari dari rumah?

Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelajar-pelajar yang saya kasihi dan mengambil kesempatan ini juga untuk menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kesilapan ataupun kelemahan saya sepanjang bersama pelajar-pelajar semua.

Cikgu Faizal

Cikgu Faizal said...

Terima Kasih Rosdahliana kerana menyumbangkan satu lagu isu yang menarik untuk dibincangkan.

Jadi, sejauh ini kita ada 2 isu untuk dibincangkan nanti iaitu 1. Masalah Remaja Lari Dari Rumah 2. Masalah Penglibatan Remaja Dalam Kegiatan-Kegiatan Kelab Malam & Karaoke.

Sekiranya pelajar-pelajar lain mempunyai isu-isu berbeza untuk dibincangkan, jangan segan untuk mengemukakannya. Sekiranya ada maklum balas bagi isu-isu yang dibentangkan oleh Iffa dan Rosdahliana, sila berikan dengan segera.

Nampaknya, cuma dua sahaja pelajar yang telah memberikan respons bagi tugasan yang diberikan. Di mana hilangnya pelajar-pelajar saya yang lain? Tiada suara yang mewakili pelajar lelaki sayakah?

Cikgu Faizal

Anonymous said...

Isu hangat yang saya telah baca ialah mengenai keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah(PSLE).Foo Xiang Peng dari Sekolah Rendah Seng Kang mendapat aggregat setinggi 285 sementara seorang murid perempuan berbangsa melayu, Lyana Shaffiee dari Sekolah Rendah Perempuan Raffles pula mendapat aggregate 280. Dia adalah pelajar melayu terbaik. Saya juga berasa gembira terhadap pelajar-pelajar yang lain telah mendapat aggregat yang baik. Sementara itu, saya juga terfikir, mengapa tiada seorang lelaki berbangsa melayu yang boleh mencapai aggregat yang setinggi seperti Lyana Shaffiee selama ini? Adakah ini adalah sesuatu kenyataan untuk melihat seorang pelajar perempuan melayu yang sahaja boleh mencapai aggregat yang tinggi? Adakah sebabnya pelajar lelaki asyik bermain? Adakah pelajar perempuan khusyuk belajar? Hmm...

Cikgu Faizal said...

Assalamualaikum

Terima kasih Lisa dan Anonymous yang telah memberikan satu lagi isu yang boleh dibincangkan iaitu mengenai pencapaian akademik pelajar-pelajar Melayu dan juga perbezaan pencapaian antara orang lelaki dan perempuan.

Cuma saya berharap bagi yang Anonymous, adalah lebih baik sekiranya anda menuliskan nama setelah memberikan pendapat. Ini membolehkan saya mengenali diri anda apabila membaca nanti.

Terima kasih sekali lagi.

Cikgu Faizal

Cikgu Faizal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cikgu Faizal said...

Assalamualaikum

Terima kasih Dayana di atas sumbangan anda dalam topik perbincangan akan datang. Saya amat gembira dengan pengamatan anda yang telah timbul daripada 'demam' Idola Singapura yang sedang dialami oleh sebahagian besar masyarakat Singapura dewasa ini.

Isu yang kamu timbulkan boleh dilihat dari suatu sudut yang lebih luas iaitu sama ada seseorang itu akan dinilaikan mengikut sistem meritokrasi; mengukur kepada pencapaian, kebolehan atau kemahiran masing-masing ataupun seseorang itu akan dinilaikan bedasarkan warna kulit, agama ataupun bahasa.

Jadi, saya ucapkan syabas sekali lagi kepada Dayana kerana telah menimbulkan satu lagi isu yang amat penting untuk dibincangkan nanti.

Suatu peringatan untuk semua pelajar saya ialah untuk memeriksa semula apa yang telah ditaip supaya kesilapan ejaan ataupun bahasa dapat dikurangkan. Mungkin dalam kegopohan kita, ada ejaan ataupun bahasa yang tersilap.

Juga, jangan lupa untuk membaca perkara nombor 3 iaitu tentang 'Prosedur Memberikan Pendapat' sebelum menaip.

Saya juga meminta jasa baik mereka yang telah membaca dan memberikan pendapat untuk menelefon rakan-rakan lain supaya memberikan pendapat masing-masing. Mungkin mereka yang belum memberikan pendapat terlupa tentang tugasan yang telah saya berikan.

Terima kasih dan semoga bertemu lagi.

Cikgu Faizal

Anonymous said...

isu hangat yang baru sahaja dipaparkan di akhbar adalah mengenai seorang murid perempuan melayu yg berusia 16 tahun....beliau dipercayai telah membuang seorang bayi yg baru sahaja lahir dari tingkat yg tinggi...sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung tindakan beliau itu!apakah dosa bayi itu sehingga diperlakukan sebegitu sekali?!moga budak perempuan yg tidak bertanggungjwb itu mendapat hukuman yg setimpal dgn perbuatannya!dan semoga roh bayi itu sentiasa dicucuri rahmat...insya'allah....

Cikgu Faizal said...

Terima kasih Anonymous.

Suatu peringatan sekali lagi untuk semua. Jangan lupa menuliskan nama di akhir sumbangan kamu supaya senang saya mengenali nanti. :)

Anonymous said...

Tahun 2005 akhirnya kini tiba!!!Walaupun tahun ini disambut dengan sederhana oleh kerana tragedi tsunami yang lepas,saya berharap sangat bahawa kita sedunia bersatu dan insyaallah tahun 2005 akan menjadi tahun yang lebih bermakna...Mungkin tahun ini kita boleh membincangkan isu yang lebih mengenai remaja kini dan mungkin juga politiks...
Nur Amalina 3A

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Masyarakat Singapura terlalu terpengaruh tentang budaya barat. Mereka mengikut cara pemakaian masyarakat barat dan juga cara budaya mereka. Bersalaman sudah digantikan dengan memeluk ataupun memberikan ciuman walaupun kepada rakan yang berlainan jantina. Perasaan malu masyarakat Singapura sudah tiada lagi. Pada mereka,ini semua perkara biasa. Pakaian yang sangat singkat dah terdedah juga sudah menjadi budaya bagi zaman sekarang kerana mereka terpengaruh dari negeri barat. Saya faham bahawa masyarakat Singapura juga mahu mengikut cara pemakaian terbaru dan tidak ketinggalan zaman tetapi pakaian mereka terlalu terdedah. Saya mendapat tahu dari ibu saya bahawa mereka yang pergi ke Sentosa untuk ‘countdown’ tidak memakai baju tetapi hanya seluar. Jika mereka lelaki, ia tidak mengapa tetapi yang wanita juga turut sama. Rakan saya yang pergi ke Sentosa tahun lepas juga mengatakan bahawa mereka di sana tidak rasa malu apabila tidak memakai baju. Mereka tetap berdansa dan berseronok seperti biasa. Saya rasa masyarakat Singapura lemah kerana senang terpengaruh dengan budaya barat.
Siti Zinnirah 3B

Anonymous said...

peristiwa pahit tsunami telah meragut beribu-ribu jiwa.namun,siapa yg benar-benar bersalah dalam perkara ini?memang benar peristiwa sebegini boleh terjadi tanpa diduga.saya juga ada terbaca yang ia agak sukar untuk mengesan kedatangan sesebuah tsunami itu tetapi ahli pakar di thailand sudah maklum akan kejadian tsunami di aceh,jadi mengapa mereka tidak memberi amaran kepada para penduduk di phuket untuk melarikan diri daripada terkena tsunami jika pada waktu itu tsunami akan melanda daerah itu?saya rasa jika mereka telah memberi amaran terawal,mungkin tidak ramai yang akan terkorban.siapa yang benar-benr bersalah dalm hal ini??

Anonymous said...

Singapura menghantar badut-badut yang berpotensi ke Pulau Bukom untuk menceriakan orang-orang yang terselamat dari bencana yang tidak terkata. dasyat sungguh bencana itu mengakibatkan buah-buahan gugur ke kepala orang-orang asing dan tempatan. mereka didapati brain tumour. Ada orang meninggal akibat dihempap buah durian yang banyak jumlahnya. Ada yang tergigit jari akibat melihat insiden itu.

Anonymous said...

Sekolah Menengah Hong Kah telah memulakan 'Home Room System' yang mengakibatkan ramai pelajar tidak bersetuju kerana perlu naik dan turun hanya untuk bertukar subjek dengan buku-buku yg berat dan tebal.Saya rasa perkara ini perlu difikir masak-masak sebelum guru-guru semuanya memulakan system ini.

Muhd Shazni

Anonymous said...

Isu yang paling hangat di sekolah hongkah ialah mengenai isu "homeroom system".Kami sudah tidak ada kelas sendiri.Pada pendapat saya,ia sungguh menyusahkan!!Terutama sekali pelajar kelas 3A!Setiap hari,saya harus bawa beg berat sekali!Ada buku "pure science",A-maths dan macam-macam lagi.Beg sudah berat dipikul,lagi kena naik turun tangga untuk pergi ke kelas seterusnya setiap jam..haiz..kesihani kami pelajar 3A wahai cikgu..!!Sungguh leceh dan apa kebaikan mangadakan "homeroom system" ini?
by:nurfarahin

Cikgu Faizal said...

Alhamdulillah...

Gembira saya melihat mereka yang belum memberikan pendapat atau isu untuk dibincangkan sebelum ini, mula memberikannya. Berikut merupakan rumusan bagi isu-isu yang boleh kita bincangkan nanti.
1. Remaja Lari Rumah. (Iffa)
2. Antara Maruah & Wang Ringgit. (Rosdahliana)
3. Pencapaian Akademik Masyarakat. (Lisa)
4. Sistem Meritokrasi. (Dayana)
5. Remaja Terlanjur Membunuh Bayi. (Anonymous)
6. Kelonggaran Nilai Masyarakat, Haruskah Barat Disalahkan? (Siti Zinnirah)
7. Bencana Alam Tsunami: Apakah Hikmahnya? (Anonymous)
8. Sistem "Home Room": Rasional, Kekuatan dan Kelemahannya? (Mohd Shazni & Nurfarahin)

Saya ingin memberikan peringatan kepada pelajar semua agar memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut apabila memberikan pendapat dalam Blog ini.
1. Tuliskan nama dan kelas pada bahagian akhir sebelum menghantarkannya. Contoh : Siti Zinnirah 2B.
2. Semak ejaan dan bahasa sebelum menghantarkannya.
3. Elakkan daripada menulis perkara-perkara yang tidak benar semata-mata untuk membuat lawak seperti yang ditulis oleh Anonymous pada 1/6/2005 04:10:43 PM. Saya sengaja membiarkan lawak tersebut sebagai contoh yang tidak harus diikuti oleh pelajar-pelajar lain.

Anonymous said...

Isu yang ingin saya ketengahkan ialah mengenai pakaian guru-guru di sekolah.Maksud saya ialah guru-guru di sekolah selalu menyuruh kami memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik dari segi pemakaian.Contohnya,guru-guru mewarnakan rambut,menyimpan kuku panjang yang berwarna,memakai pakaian yang ketat(bagi baju),skirt yang pendek dan sebagainya.Saya harap guru-guru akan mengubah cara penampilan mereka ketika di sekolah.
Nur Aqilah 3A

Cikgu Faizal said...

Baiklah, dengan kiriman Nur Aqilah ini, saya kira sudah cukuplah pemberian isu-isu yang boleh kita bincangkan nanti.

Sekali lagi, saya rumuskan isu-isu yang bakal kita bincangkan sebagai berikut:

1. Remaja Lari Rumah. (Iffa)
2. Antara Maruah & Wang Ringgit. (Rosdahliana)
3. Pencapaian Akademik Masyarakat. (Lisa)
4. Sistem Meritokrasi. (Dayana)
5. Remaja Terlanjur Membunuh Bayi. (Anonymous)
6. Kelonggaran Nilai Masyarakat, Haruskah Barat Disalahkan? (Siti Zinnirah)
7. Bencana Alam Tsunami: Apakah Hikmahnya? (Anonymous)
8. Sistem "Home Room": Rasional, Kekuatan dan Kelemahannya? (Mohd Shazni & Nurfarahin)
9. Penampilan Guru-Guru di Sekolah. (Nur Aqilah)