30.6.06

040. Interpretasi Gambar 1

12 comments:

Anonymous said...

Gambar ini menunjukkan bahawa apabila kita terlalu asyik misal kata terlalu asyik dengan musim bola, kita akan mengabaikan kerja sekolah kita dan ini akan menjejaskan pelajaran.

Pada pendapat kami, pelukis mahu mengingatkan para pelajar supaya jangan terlalu asyik dan juga inginkan para pelajar agar tetap fokus dalam pelajaran. Juga, kita, sebagai para pelajar harus bijak mengimbangkan masa di antara hiburan dan pelajaran.

Anonymous said...

Pada pendapat kami, pelukis ini ingin memberitahu para pelajar bahawa mereka tidak harus terlalu menumpukan perhatian terhadap bola sepak terutama sekali sekarang sedang musim bola.Mereka juga harus meluangkan masa untuk pelajaran mereka.Jikalau terlalu leka,pelajaran akan merosot.

Kami telah mempelajari bahawa kami harus membahagikan masa untuk bersuka ria dan belajar supaya pelajran kita tidak akan terjejas.

Rosdahliana dan Nurjalilah.

Anonymous said...

Pendapat yang mungkin pelukis hendak meninggalkan ialah seseorang pelajar itu jika menonton bola sehinggakan tidak ingat dengan pelajarannya akan gagal.

Mungkin dia mahu menyampaikan mesej yang dia benci bola ataupun dia mahu pelajar-pelajar tidak mengabaikan pelajaran mereka untuk bola.

Kesan yang gambar itu berikan kepada kami adalah kami tidak menonton piala dunia 2006 sehingga kami tidur lewat dan tidak fokus di sekolah.

Omar 4B
Shazni 4A

Anonymous said...

Pada pendapat saya,pelukis ingin menyampaikan bahawa ramai orang yang sanggup menahan mata kerana ingin menonton piala dunia di malam hari.Ini menyebabkan mereka berasa terlalu penat dan ngantuk apabila siang hari.Seperti di lukisan ini,kartun yang dilukis ialah seorang pelajar.Akibat menonton bola di malam hari dan asyik bermain bola di siang hari,dia telah mengabaikan pelajarannya dan telah mendapat markah kosong untuk peperiksaannya.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pelukis itu ingin membuat murid-murid sedar bahawa pelajaran lebih penting daripada menonton televisyen dan tidak mengulangkaji pelajaran.Pelajaran itu amat penting sekali dan jika kami mangambil perkara itu dengan sambil lewa,pelajaran kami akan terjejas dan kami sendiri yang akan rugi.

Muhammad Hafiz bin Mohd Yassin.
Mohd Hishamuddin Bin Kamal

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pelukis ini ingin menyampaikan tentang demam bola yang telah melanda orang-orang di musim piala dunia ini. pelukis ini ingin menunjukkan bahawa bola boleh menjejaskan hidup seharian manusia. mereka sanggup tidur lewat malam semata-mata untuk menonton bola. bagi pelajar-pelajar pula, pelajaran mereka terjejas kerana asyik memikirkan tentang pelawanan bola sahaja. saya berasa kasihan terhadap mereka yang tidak tahu mengimbangi masa belajar dan masa bermain. saya mempelajari bahawa kita boleh menonton piala dunia tetapi harus ada batasannya supaya tidak sampai melalaikan pelajaran.

irma sakinah 4A

Anonymous said...

Pada pendapat kami, pelukis ingin menyampaikan bahawa murid-murid boleh menonton atau bermain bola pada waktu siang mahupun malam tetapi jangan keterlaluan hingga tidak dapat memberikan perhatian yang penuh pada pelajaran.

Pelukis mencipta lukisan-lukisan tersebut untuk mengingatkan kami bahawa pelajaran lagi penting daripada bola. Kami boleh melakukan apa sahaja asalkan kami meluangkan waktu untuk mengulangkaji pelajaran.

Kesannya ialah menonton atau bermain bola tanpa batas, pelajaran akan terjejas lalu markah yang kami akan perolehi tidak baik.

Nurdayana 4A
Sharifah Maryam 4B

Anonymous said...

Pada pendapat saya,gambar ini ingin menyampaikan kepada para pelajar bahawa jangan terlalu mengikutkan keinginan untuk menonton perlawanan pesta piala dunia pada lewat malam.Pelukis itu juga ingin menyampaikan bahawa pelajaran pelajar akan terabai jika asyik mononton setiap perlawanan pada lewat malam.Ini juga akan menyebabkan seorang pelajar itu untuk berasa ngantuk ketika dia sedang belajar di sekolah.

Nur Hanisah 4A

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pelukis ini ingin menyampaikan tentang kesan-kesannya apabila seseorang itu sering menonton bola.
Contohnya, di dalam lukisan itu, ada seorang lelaki ini yang amat gemar bermain bola. Pada waktu siang, dia bermain bola, di waktu malam dia menonton bola dan akhirnya, keputusannya tidak memuaskan hati bapanya.

Pada pendapat saya, pelukis ini mencipta lukisan ini kerana dia ingin mengetengahkan isu remaja yang sanggup tidur lewat malam untuk menonton bola sampai pelajaran mereka terabai.

Saya merasakan bahawa bola itu tidak penting kerana pelajaran ialah kunci kejayaan.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,pelukis ingin menyampaikan bahawa ramai orang yang sanggup menahan mata kerana ingin menonton piala dunia.Ini menyebabkan mereka berasa terlalu penat dan ngantuk apabila siang hari.Seperti di lukisan ini,kartun yang dilukis ialah seorang pelajar.Akibat menonton bola di malam hari dan asyik bermain bola di siang hari,dia telah mengabaikan pelajarannya dan telah mendapat markah kosong untuk peperiksaannya.

Pada pendapat saya,pelukis melukis gambar ini untuk menyedarkan orang ramai bahawa jikalau kita gila bola,ia boleh mengakibatkan kita mengabaikan perkara-perkara yang penting dalam kehidupan kita.

Kesan dan pengajaran yang ada pada diri saya ialah saya merasakan bahawa menonton bola itu tidak berfaedah kerana pelajaran ialah sesuatu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita kerana ia ialah kunci kejayaan.

Anonymous said...

Lukisan ini menunjukkan seorang pelajar yang mengabaikan pelajannya kerana sangat sibuk dengan permainan bola sepak, tambahn pula, dengan Pesta Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang.

Pelukis ingin menyampaikan mesej bahawa pelajar-pelajar berkemungkinan besar menonton pertandingan-pertandingan permainan bola sepak sempana Pesta Piala Dunia yang akan diadakan empat tahun sekali sahaja, sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Pelajar, khusyuk sangat menonton dan bermain bola sehingga mereka mengambil lewa dengan pelajaran mereka.

Saya berasa kesal, jika ada yang serupa terjadi di dunia ini. Ini kerana, saya rasa pelajar atau sesiapa pun harus membahagikan masa untuk kerjaya atau pelajaran mereka dengan waktu untuk menonton perlawanan bola sepak yang akan ditayangkan tiga kali sehari. Mereka patut meengimbangkan perkara ini dengan matang dan sedar yang mana lebih penting.

Nur Amirah. Mathuri (15) 4a

Anonymous said...

Gambar ini menunjukkan seorang pelajar yang amat minat dengan bola.Pada waktu siang,dia bermain bola dan pada waktu malam pula,dia menengok bola.Oleh kerana sikapnya yang leka terhadap pelajaran dan asyik dengan bola sahaja,maka keputusannya dalam pelajaran pun tidak baik.Dia gagal dalam ujian sekolah.Pada pendapat saya,penulis mungkin ingin menyindir orang-orang yang minat bola hingga pelajaran mereka terabai.Pengajaran yang saya dapati adalah jika kita minati sesuatu benda,kita harus pandai mengimbangi masa antara belajar dan benda yang lain.Jangan sesekali mengabaikan pelajaran kerana pelajaran itu sangat penting untuk masa depan kita.