30.6.06

041. Interpretasi Gambar 2

11 comments:

Anonymous said...

Gambar ini menunjukkan bahawa kesalahan yang dilakukan itu jangn diambil ringan akan kesalahan yang bibuat pasti ada hukumannya. Hukaman yang diberi mengikut tahap kesalahan seseorang itu. Kesannya terhadap saya ialah supaya jangan membuat sebarang kesalahan atau menerima padah.

Mohd Hishamuddin Bin Kamal
Muhammad Hafiz Bin Mohd Yassin

Anonymous said...

Pada pendapat kami, pelukis ingin memberitahu orang awam terutama sekali para pelajar bahawa setiap kesalahan akan menerima hukuman yang berbeza. Pelukis juga ingin menasihatkan pelajar supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerana setiap perbuatan ada akibatnya.

Kami sedar bahawa kami harus mengikut peraturan di mana sahaja kami berada supaya tidak dikenakan hukuman.

Rosdahliana & Nurjalilah =)

Anonymous said...

Mungkin pelukis ingin menyampaikan apa segi masalah pun ada akibatnya.

Mungkin pelukis itu pernah mengalami sesuatu kesalahan yang telah merosakkan kehidupannya.

Kesannya adalah beliau mahu kami sebagai remaja-remaja tidak mengikut kesalahannya dahulu.

Muhd Shazni (4A)
Omar Taufiq (4B)

Anonymous said...

pelukis di sini ingin mngatakan yang setiap kesalahan itu ada hukumannya walau sekcil manapun.namun begitu, kesalahan itu harus diberi hukuman mengikut tahap kesalahan itu. pengajaran yang ada terhadap diri saya ialah kita tidak harus membuat kesalahan walau sekecil manapun kerana kita akan tetap dihukum.


irma sakinah 4A

Anonymous said...

Pada pendapat kami, pelukis ingin menyampaikan bahawa walaupun kesalahan itu kecil tetap mempunyai hukuman-hukumannya. Pelukis juga ingin mengingatkan bahawa, jika kami melakukan kesalahan, kami akan mendapat balasannya.

Kami rasa bawaha kami harus mengikut undang-undang yang diberikan supaya kami tidak dihukum walaupun kesalahan itu kecil.

Nurdayana 4A
Sharifah Maryam 4B

Anonymous said...

Gambar ini menunjukkan yang para pelajar kini semakin berani untuk melanggar undang-undang kerana hukuman-hukuman yang diberikan semasa sekolah tidak meninggalkan kesan dan mereka menganggap bahawa hukuman itu adalah suatu perkara yang biasa. Sebab itulah tiada kesan yang mendalam yang tersemat ke dalam pelajar tersebut.

Pada pendapat kami, pelukis mahukan guru-guru untuk sedar bahawa hukuman-hukuman yang dilukis itu tidak menolong pelajar-pelajar untuk berubah hinggalah mereka memasuki penjara (gambar gari tangan) kerana hukuman yang diberikan semasa sekolah tidak begitu tegas. Kami berpendapat bahawa para pelajar harus menyedari bahawa segala apa yang dilakukan semasa di sekolah sedikit sebanyak memastikan masa hadapan mereka.

Anonymous said...

Pada pendapt saya,gambar ini menunjukkan bahawa hukuman yang kecil diberikan untuk kesalahan yang kecil dan hukuman yang berat diberikan untuk kesalahan yang berat.Ini adalah untuk membuat seseorang tersebut berfikir dahulu sebelum ingin membuat sesuatu yang tidak betul.Penulis mungkin ingin membuat pelajar berubah dan tidak membuat kesalahan yang tidak boleh mengakibatkan hukuman besar.Kesannya terhadap saya adalah saya akan berfikir panjang tentang akibat yang buruk yang akan menimpa saya jika saya membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,pelukis ingin menyampaikan bahawa setiap kesalahan yang kita lakukan,pasti ada hukumannya.Setiap jenis kesalahan ada hukuman yang berlainan bergantung kepada berapa besar ataupun kecil kesalahan itu.

Pada pendapat saya pelukis melukis gambar ini kerana dia ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa setiap kesalahan yang kita lakukan boleh dihukum dengan pelbagai cara yang berbeza.

Kesan dan pengajaran yang ada pada diri saya ialah saya akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kesalahan kerana takut akan hukuman-hukumannya.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pelukis itu ingin menyampaikan bahawa ada beberapa jenis kesalahan di sekolah. Dia melukiskan pembaris untuk kesalahan yang kecil kerana saya rasa seseorang itu hanya akan dihukum oleh pembaris apabila mereka membuat kesalahan yang kecil.
Akhirnya, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan yang serius, dia mungkin akan dibawa ke penjara.

Pelukis menciptakan lukisan tersebut kerana mungkin dia mahu kita sedar apa yang akan jadi pada kita pada tahap-tahap kesalahan.

Ia membuat saya rasa takut untuk membuat kesalahan kerana kini saya tahu apa yang akan terjadi.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pelukis itu ingin menyampaikan bahawa ada beberapa jenis kesalahan di sekolah. Dia melukiskan pembaris untuk kesalahan yang kecil kerana saya rasa seseorang itu hanya akan dihukum oleh pembaris apabila mereka membuat kesalahan yang kecil.
Akhirnya, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan yang serius, dia mungkin akan dibawa ke penjara.

Pelukis menciptakan lukisan tersebut kerana mungkin dia mahu kita sedar apa yang akan jadi pada kita pada tahap-tahap kesalahan.

Ia membuat saya rasa takut untuk membuat kesalahan kerana kini saya tahu apa yang akan terjadi.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,pelukis ingin menyampaikan cara-cara penghukuman yang akan dikenakan kepada pelajar yang bersalah,mengikut tahap kesalahan yang telah mereka lakukan.Contohnya,jika kesalahan itu ringan,mereka akan dihukum dengan bantaian menggunakan pembaris.Jika mereka melakukan kesalahan yang paling serius,mereka akan dimasukkan ke dalam rumah pertumpangan kanak-kanak nakal.

Selain daripada itu,pelukis juga ingin memberitahu pelajar agar jangan melakukan sesuatu sehingga,akan melibatkan diri mereka untuk dihukum sebegitu.

Nur Hanisah dan Nur Amirah 4A