6.12.04

006. Isu Remaja Lari

Salam sejahtera pelajar budiman.

Sebagai memulakan perbicangan, saya telah memilih isu yang diketengahkan Iffa Iryani pada 12 Nov 2004 mengenai kes seorang pelajar Sekolah Menengah Hong Kah yang lari dari rumah sedikit masa dahulu.

Iffa mengatakan bahawa, "Isu yang hangat yang saya telah terbaca di "New Paper" ialah mengenai kehilangan seorang murid sekolah kita. Namanya Arinah. Saya rasa perkara ini membuat saya fikirkan tentang keselamatan dia dan juga bagaimana kita boleh membantu keluarganya kerana saya ada juga kenal sedikit tentang budak itu. Sudah sebulan dia menghilang dari rumah dan sekolah.Saya amat kasihan pada keluarganya yang menunggu kepulangannya hingga ke saat ini. Perkara tentang budak-budak lari dari rumah amat membimbangkan sekali".

Apa pula komen anda tentang perkara ini? Mungkin persoalan-persoalan yang saya ajukan sebentar nanti boleh kamu gunakan sebagai panduan untuk memberikan pendapat-pendapat seterusnya.

  1. Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga apabila seseorang remaja mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tanpa sebarang berita?
  2. Bayangkan bagaimana keadaan seseorang remaja apabila lari dari rumah?
  3. Apakah bahaya-bahaya ataupun risiko-risiko yang mungkin dihadapi semasa lari dari rumah?
  4. Agaknya apa yang akan kamu lakukan sekiranya rakan kamu mengambil keputusan untuk lari dari rumah?

12 comments:

Cikgu Faizal said...

Saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh Iffa. Saya sendiri amat terkejut dengan berita kehilangan pelajar Hong Kah itu. Saya pasti ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain sedang gusar memikirkan keadaannya. Saya berharap pelajar-pelajar lain akan dapat menilaikan perbuatan remaja itu secara adil dan menggunakannya sebagai suatu iktibar.

Cikgu Faizal

Anonymous said...

Bagi saya, saya juga terperanjat apabila terlihat muka Arinah tersiar di 'The Straits Times' dan membaca berita tentangnya itu.Selepas membacanya,baru saya memahami mengapa dia ingin meninggalkan rumah.Saya rasa dia berasa tertekan kerana ibubapanya memberi tekanan kepadanya.Mungkin Arinah meninggalkan rumah kerana dia rasa dengan berbuat sedemikian dia dapat lari dari semua masalahnya.
Pada pendapat saya,ibubapa harus cuba memahami perasaan remaja-remaja zaman sekarang.Mereka tidak harus memarahi mereka kerana tidak mengikut kehendak mereka disebaliknya,mereka harus cuba memahami mengapa anak remaja mereka tidak ingin berbuat sedemikian.Saya tidak boleh menafikan bahawa risikonya tinggi untuk meninggalkan rumah,oleh itu,saya ingin menasihatkan pada para remaja bahawa berbuat sedemikian bukanlah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah anda.

Anonymous said...

Saya terperanjat apabila saya mendengar tentang Arinah. Saya sebenarnya tidak tahu tentang kehilangan Arinah sehingga beberapa rakan saya dari sekolah lain menanyakan tentangnya. Saya pasti keluarganya dalam keadaan kelam-kabut apabila mendapat tahu bahawa Arinah telah menghilangkan diri. Orang tuanya tentu bimbang tentang keadaannya pada masa itu. Saya tidak pasti apa perasaan Arinah apabila dia melarikan diri. Saya rasa dia telah melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Dia tentu harus memikirkan di mana dia akan tinggal dan apa dia akan makan. Hidupnya pasti tidak tentu arah dan tiada tujuan. Risiko yang akan dihadapinya sangat tinggi kerana dia seorang budak perempuan. Dia boleh diculik oleh sesiapa sahaja dan mungkin ada yang mengambil peluang terhadapnya. Jika saya ada kawan sperti Arinah, sya tentu akan menasihatinya dan memberitahunya risiko-risiko yang dia mungkin hadapi.

Anonymous said...

Bagi saya,saya juga terkejut akan berita tentang kehilangan arinah apabila saya membaca mengenainya di suratkhabar.saya rasa ini adalah satu perbuatan yang bodoh.dia tidak sepatutnya lari dari rumah hanya semata-mata masalah yang kecil.dia sepatutnya berunding dengan ibu bapanya dan jangan buat keputusan yang terburu-buru.bagaimana dengan perasaan ibu bapa dan teman-temannya?dia tidak patut fikirkan diri sendiri.saya berharap peristiwa ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita supaya tidak lari rumah disebabkan perkara yang kecil.

irma sakinah 3a

Anonymous said...

Saya rasa tidak sedikit pun terkejut dengan pelarian Arinah dari rumahnya kerana budak yang nakal selalu melakukan perkara yang tidak wajar seperti lari dari rumah. Remaja seperti Arinah selalu membuat perkara sedemikian untuk mendapatkan perhatian khalayak ramai. Arinah tidak sedar bahawa perkara yang dilakukan oleh nya itu mungkin menyakitkan hati orang dan juga menyusahkan orang dan juga keluarganya. Remaja seperti Arinah tidak memikirkan hati dan perasaan ibu bapanya kerana dia sanggup melarikan diri untuk membuat ibu bapanya didalam kerisauan dan kebimbangan mereka. ini sahaja yang boleh saya bentangkan.


Hisham 3A

Anonymous said...

Saya setuju dengan bob_hisham komennya tentang pelarian arinah dari rumahnya. Remaja-remaja seperti Arinah kadang-kala sanggup membuat berbagai perkara,hanya untuk mendapat perhatian. Dia pula sanggup membuat ibu bapanya bimbang dan langsung tidak menghiraukan perasaan mereka.Dia tidak patut membuat sedemikian kerana dia bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah dia pun munyusahkan dirinya sendiri.

Anonymous said...

Saya setuju dengan bob_hisham komennya tentang pelarian arinah dari rumahnya. Remaja-remaja seperti Arinah kadang-kala sanggup membuat berbagai perkara,hanya untuk mendapat perhatian. Dia pula sanggup membuat ibu bapanya bimbang dan langsung tidak menghiraukan perasaan mereka.Dia tidak patut membuat sedemikian kerana dia bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah dia pun munyusahkan dirinya sendiri.

Muhd Shazni

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan iffa mengenai arina melarikan diri.Saya amat terkejut bila mendapat tahu bahawa salah seorang dari budak sekolah hongkah telah melarikan diri sampai berita kehilangannya dipapar di "newpaper".Pelbagai soalan yang bermain di fikiran saya kenapa dia melarikan diri sampai 2bulan.Bagaimana dia menanggung dirinya sendiri tanpa duit dan perlindungan?!Rupa-rupanya dia larikan diri kerana tidak dapat kebebasan untuk keluar malam.Pada saya,itu alasan yang paling bodoh!Ibu bapa mana yang akan membiarkan anak perempuannya keluar waktu malam.Saya yang berumur setahun tua daripadannya pun tidak dapat kebebasan yang dikehendaki.Dia telah menyusahkan dan membuat ibu bapanya risau mengenai keselamatannya.Nasib baik ibunya menerima kepulangannya dengan tangan terbuka dan tidak memarahinya.Saya berharap dia tidak akan mengulangi kesilapannya dan berubah.Dia beruntung dapat ibu yang sungguh sayang terhadapnya dan cuba menghargai ibu bapanya.
by:nurfarahin

Anonymous said...

Saya tidak tahu menahu tentang kehilangan Arinah sehingga ia dilaporkan di suratkhabar.Bagi saya,apa yang dilakukan olehnya salah.Ini kerana dia tidak memikirkan tentang keselamatan dirinya dan juga perasaan ibu bapanya.Sepatutnya,dia tidak harus melarikan diri kerana sedikit masalah yang di alaminya.Ini mungkin boleh di atasi dengan membincangkan masalahnya kepada ibu bapanya.Saya setuju degan apa Farahin katakan.Dia sungguh bodoh melarikan diri gara-gara tidak dapat keluar rumah pada waktu malam.Ibu bapanya melarangnya kerana tidak manis seorang gadis keluar malam dan malam itu penuh dengan bahaya.Apa-apa boleh berlaku.Arinah pula baru berusia 13 tahun.Tentunya,ibu bapa Arinah risau akan keselamatan anaknya dan juga bingung mengapa Arinah melarikan diri.Saya juga setuju dengan Dayana,yang mengatakan bahawa kawan Arinah bersubahat dengannya supaya tidak memberitahu sesiapa akan di mana Arinah berada.Saya berharap dia tidak akan melakukan perkara itu lagi.Jadi fikirlah sebelum kamu bertindak.

Jalilah(3B)

Anonymous said...

Pada pendapat saya tentang remaja lari rumah ini kini semakin meningkat. Remaja- remaja ini semuanya tidak memikirkan tentang bahaya di luar dan kebimbangan famili mereka. Saya berpendapat bahawa mereka melarikan diri dari rumah kerena mungkin mereka ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka ataupun mereka sedang menghadapi banyak masalah keluarga di rumah.

Tetapi, pada pendapat saya, melarikan diri dari rumah tidak akan dapat menyelesaikan masalah atau membaiki keadaan lagi.Mereka tidak boleh mengambil jalan mudah dan lari dari rumah. Apa mereka boleh buat adalah, meminta nasihat kawan baik atau lagi baik lagi jika mereka pergi menghadiri sesi kaunselling.

Kami tidak tahu apa yang akan terjadi apabila kita sedang berada di luar. Bahaya sentiasa mengekori kami.
Jadi tidak patutlah kita berfoya-foya di luar tanpa lindungan siapa-siapa. Ini sangat mebahaya lagi-lagi jika seseorang yang lari rumah itu adalah seorang remaja perempuan.

Sebagai seorang remaja, kami haruslah berfikir dengan lebih matang dan jangan buat keputusan terburu-buru ataupun apabila sedang emosi.

nUr aMirah.MathUri 3a

Anonymous said...

Pada 6 Februari lalu,saya terbaca satu artikel mengenai seorang budak yang telah dirogol oleh bapa tirinya sendiri berkali-kali.Saya memilih kisah ini kerana kita boleh mengambil pengajaran dari sini dan bersikap lebih berhati-hati.Setelah saya membaca artikel ini,rasa kasihan timbul dalam diri saya.

Sememangnya 'Shikin' tidak tahu apa-apa kerana beliau telah mula dirogol pada usia 10 tahun.Tetapi,ia tidak bermaksud bahawa bapa tirinya boleh melakukan perbuatan keji itu terhadapnya.Saya pasti beliau hanya melapaskan rasa nafsunya sendiri!Apabila 'Shikin' berumur 12 tahun,beliau telah mula sedar perbuatan bapa tirinya itu adalah salah dan haram disisi ugama Islam.'Shikin' juga telah mula menjauhi diri dari bapa tirinya dan sekaligus mula tidak pulang ke rumah.

Pada pendapat saya,keputusan yang diambil olehnya itu tidak betul.Ya,saya sutuju bahawa beliau patut menjauhkan diri dari bapa tirinya.Tetapi,beliau juga harus fikir bahawa dengan kerap tidak pulang ke rumah,beliau telah membuat ibunya berasa risau.Sebaliknya,'Shikin' boleh memberitahu ibu kandungnya akan masalahnya selain daripada Guru Disiplinnya sahaja.

Secara kesuluruhan,kita harus berhati-hati dengan orang yang kita kurang kenal.Walaupun,dia adalah saudara kita yang terdekat,kita tidak tahu apakah muslihatnya.Selain itu,saya harus sering memberitahu masalah kepada ahli keluarga ataupun rakan terdekat supaya mereka boleh mambantu dan memberikan nasihat kepada kita dari kita membuat keputusan terburu-buru. Sekian.

Siti Farhana
3N1

Cikgu Faizal said...

Dengan pendapat yang diberikan oleh Siti Farhana, saya akan menutup perbincangan kita bagi isu remaja yang lari dari rumah.

Pendapat-pendapat kalian ini akan diberikan maklum balas oleh seorang pakar nanti. Oleh itu, ringan-ringankanlah jari-jemari anda untuk kembali ke Blog ini nanti. :)