30.6.06

042. Interpretasi Gambar 3

Gambar 1, 2 & 3 telah dipetik dari Portal Pendidikan Utusan di alamat www.tutor.net.my

11 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat kami berdua,pelukis ingin menyampaikan mesej kepada pelajar-pelajar agar jangan salah gunakan internet yang telah diajarkan kepada mereka di skolah.Lukisan ini menunjukkan bahawa pelajar itu apabila di sekolah,beliau menggunakan internet sebagai wadah pelajaran tetapi apabila di rumah,beliau menyalahgunakannya.

hisham & hafiz co.

Anonymous said...

pada pendapat saya tentang apa yang inging disampaikan oleh penulis adalah komputer ada kegunaannya apabila membuat projek sekolah atau kerja-kerja sekolah.Tetapi penulis ingin menyampaikan bahawa pelajar tidak menunjukkan minat yang sepenuhnya untuk menggunakan komputer untuk menyelesaikan kerja-kerja sekola.Di sebaliknya,pada waktu malam berbeza pula. Gambar tersebut menunjukkan seorang pelajar yang sedang asyik bermain komputer hingga pagi.Kesan pada diri saya pula adalah saya berasa kecewa dengan sikap pelajar tersebut kerana dia telah menyalahgunakan kegunaan komputer.Dia sanggup untuk bermain komputer hingga larut malam tetapi apabila di sekolah,dia kelihatan tidak bermaya untuk membuat kerja sekolah dengan menggunakan komputer.Pengajaran yang saya dapati adalah kita harus pandai mengguna komputer pada waktu yang tertentu sahaja dan juga untuk keperluan yang penting agar kita dapat memperolehi sesuatu yang baik.Selain itu,masa itu juga penting.Kita harus mengimbangi masa untuk belajar dengan bermain komputer.

Anonymous said...

Pelukis mungkin ingin menyampaikan bahawa jangan menyalah-gunakan komputer hinggakan komputer itu mengawal hidupnya.

Mungkin pelukis hendak meninggalkan sesuatu yang boleh menunjukkan kepada pelajar2 yang ia pernah terjadi pada kawan-kawannya dan dirinya sendiri.

Kami akan mengawal masa kami dengan lebih cermat.

Anonymous said...

Pelukis mungkin ingin menyampaikan bahawa jangan menyalah-gunakan komputer hinggakan komputer itu mengawal hidupnya.

Mungkin pelukis hendak meninggalkan sesuatu yang boleh menunjukkan kepada pelajar2 yang ia pernah terjadi pada kawan-kawannya dan dirinya sendiri.

Kami akan mengawal masa kami dengan lebih cermat.

Omar n Shazni (kita baguz) tk mcm tu co. kat atas sekali

Anonymous said...

pelukis ini ingin menunjukkan bahawa kegunaan komputer itu ada baik dan buruknya. dia ingin menyatakan bahawa kebanyakan remaja zaman sekarang yang menyalahgunakan komputer untuk bermain dan melungusri ke tempat-yempat yang tidak berfaedah selain belajar. saya bersa sedih apabila melihat gambar ini kerana pelajar itu tidak tahu mengimbangi masa belajar dan bermain. saya mempelajari bahawa kita harus pandai membahagikan masa antara pelajaran dan main supaya prestasi pelajaran kita tidak jatuh.

irma sakinah 4A

Anonymous said...

Pada pendapat kami, pelukis ingin memberitahu orang awam bahawa menggunakan komputer mempunyai kebaikan dan keburukan. Salah satu kebaikan menggunakan komputer ialah seseorang itu boleh mendapatkan informasi dengan cepat dan mudah. Salah satu keburukannya ialah seseorang itu boleh leka menggunakan komputer sehingga kerja mereka tergendala. Selain daripada itu, mereka akan melungsuri lelaman yang kurang baik.

Kami sedar bahawa kami tidak boleh menyalah gunakan komputer kerana setiap perbuatan ada akibatnya. Kami harus belajar memanfaatkan komputer. Kami juga tidak boleh meluangkan terlalu banyak masa menggunakan komputer.

Rosdahliana dan Nurjalilah...

Anonymous said...

Pada pendapat kami, pelukis ingin menyampaikan kepada kami bahawa menggunakan komputer ada baik dan buruknya. Pelajaran boleh meransang kami untuk menggunakan komputer. Contohnya, kami boleh melungsuri Internet untuk pelajaran atau mencari sebarang maklumat. Walau bagaimanapun, komputer merangsang kami untuk menyalahkan penggunaan komputer seperti melihat gambar-gambar yang tidak patut dilihat.

Pelukis mencipta lukisan-lukisan tersebut kerana mahu menasihati kami supaya tidak mengambil kesempatan untuk membuat perkara yang tidak harus dilaksanakan. Kami harus bijak membahagikan masa untuk pelajaran dan bersuka ria apabila menggunakan komputer.

Kesannya ialah kami telah meluangkan banyak masa untuk melakukan kerja sendiri apabila menggunakan komputer. Kartun ini telah menyedarkan kami bahawa kami harus menggunakan komputer dengan bijak. Kami boleh mencari informasi yang lebih untuk pelajaran kami.

Nurdayana 4A
Sharifah Maryam 4B

Anonymous said...

Pada pendapat saya,pelukis ingin menyampaikan bahawa menggunakan komputer ada kebaikan dan keburukkannya juga.

Pada pendapat saya,pelukis melukis gambar ini kerana ingin memberitahu para ibu bapa supaya memerhatikan anak mereka apabila anak mereka sedang menggunakan komputer kerana komputer juga ada pengaruh yang negatif.

Saya mempelajari bahawa kita harus menggunakan kaedah internet dengan betul.

Anonymous said...

Lukisan ini,ingin menyampaikan kebaikan dan keburukan kegunaan komputer.

Kebaikannya ialah,para pelajar akan dapat menggunakan komputer untuk pelajaran.Keburukannya pula,sesetengah pelajar akan melungsuri lelaman 'web' yang mengandungi isi yang kurang sopan.

Pada pendapat kami,keburukan ini tidak harus terjadi.

Nur Hanisah dan Nur Amirah 4A

Anonymous said...

Komputer bukan sahaja digunakan sebagai satu sumber untuk belajar namun para pelajar sering menyalahgunakan komputer untuk mendapatkan hiburan.
Hiburan tersebut boleh membuat para pelajar mengabaikan kerja sekolah kerana ketagihan dan juga, ini boleh menjejaskan kesihatan
meraka kerana tidak mendapat tidur yang cukup. Apabila menggunakan komputer hingga lewat malam.

Pada pendapat kami, penulis ingin menunjukkan kebaikan dan keburukan adanya komputer dan internet. Kami rasa bahawa para pelajar harus tahu
membahagikan masa di antara belajar, menghiburkan diri dan sebagainya dan apabila melungsuri internet kita harus berjaga-jaga untuk tidak ke lelaman yang tidak patut dilungsuri.

Anonymous said...

Pada pendapat saya mesej yang ingin disampaikan iala kita searusnya menggunakan sesuatu kemudaan dengan sebaiknya dan dengan penu minat