11.1.05

008. Kata Pakar: Isu Remaja Lari

Pakar yang akan berkongsi pendapat mengenai isu ini ialah Encik Mohd Ali Mahmood, juga dikenali sebagai Bro Mohd. Beliau merupakan seseorang yang amat berpengalaman dalam bidang kaunseling keluarga. Bro Mohd sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah di sekolah dan pendapat-pendapat beliau sering disiarkan di Berita Harian. Beliau juga baru sahaja diwawancara untuk salah sebuah episod Hanyut pada Isnin, 7 Feb 2005. Kini, Bro Mohd merupakan Pengarah Pusat di Pusat Khidmat Keluarga PPIS-Jurong.

Bro. Mohd berpendapat...


Assalaamua'laikum wr.wb.

Wah! Menarik sungguh komen-komen yang ditulis para pembaca! Sehinggakan saya sendiri merasa ghairah untuk memberi pendapat.

Alhamdulillah! Rata-rata komentar para pembaca menunjukkan kematangan dalam fikiran mereka. Semuanya tidak setuju dengan tindakan Arinah yang lari dari rumah kerana inginkan kebebasan keluar malam pada usia 13 tahun. Sebenarnya, banyak perkara yang telah dibentangkan dari isu ini:

  1. Tidak berfikir panjang. Ramai anak remaja lebih bersikap mengikut resa (impulsive) sehingga menjejas tingkah-laku mereka. Selalunya, mereka juga akan cepat terasa sedar tentang kesilapan ini tetapi merasa malu atau takut untuk berhadapan dengan kesan perbuatan mereka. Oleh itu, mereka terpaku untuk memperbaiki keadaan. Saya rasa Arinah mungkin rasa kesal apabila beliau telah melarikan diri tetapi oleh kerana beliau rasa takut dan malu untuk berhadapan dengan ibu bapanya, beliau membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Masalah ini semakin bertambah apabila ada pula rakan yang bersubahat dengan memberinya tempat tinggal dan bukan nasihat untuk pulang kerumah untuk menjernihkan keadaan.
  2. Mementingkan diri sendiri. Ramai antara pembaca marah kerana menganggap Arinah bersikap mementingkan diri sendiri. Sebenarnya, naluri seorang anak remaja itu selalunya inginkan kesenangan diri dahulu sebelum memikirkan tentang hal orang lain. Ini adalah aspek normal pembangunan remaja. Tetapi sikap ini perlu diatasi untuk menjadi seorang dewasa yang matang. Saya tidak terperanjat apabila Arinah mengambil keputusan lari dari rumah kerana tidak terfikir tentang masalah yang beliau timbulkan kepada keluarganya. Malangnya, mungkin beliau tidak dinasihati oleh rakan atau ibubapa rakannya tentang ini. Oleh itu, beliau tidak dapat belajar untuk bermuhasabah (menilai perbuatan sendiri). Nampaknya, ibu bapanya perlu membantu menanamkan sifat ini kedalam diri beliau.
  3. Kemahiran menyelesaikan masalah. Pembaca bersetuju bahawa melarikan diri dari rumah bukan jalan penyelesaian masalah. Ada yang menganjurkan supaya Arinah berbincang dengan ibu bapanya. Saya gembira melihat para pembaca rasa mudah untuk berbincang dengan keluarga. Selalunya, anak remaja lebih suka berbincang dengan rakan sahaja dan kurang berkongsi masalah dengan ibubapa. Malangnya, rakan remaja kita mungkin kurang pengalaman dan tidak dapat memberikan penyelesaian yang baik. Ada juga ibu bapa yang tidak suka mendengar luahan hati anak-anak. Ibu bapa ini lebih cepat menuduh, menegah dan memarahi sebelum mendengar luahan sianak secukupnya. Jadi, ibu bapa Arinah juga perlu menilai semula adakah cara mereka mendampingi Arinah itu bersesuaian kepada usianya yang meningkat remaja; yang bukan lagi seperti anak-anak. Cara mereka menyelesaikan masalah akan ditiru oleh anak-anak.
  4. Disiplin diri lawan Kawalan Luaran. Isu remaja lari dari rumah seperti Arinah ini menunjukkan tahap disiplin diri seseorang itu. Seorang remaja yang boleh menahan diri dari mengikut resa akan lebih berjaya kerana dia akan juga mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dalam mengharungi masalah dan tidak berputus-asa. Remaja yang memerlukan kawalan luaran seperti undang-undang atau ugutan untuk mengawal kelakuan mereka akan mudah terikut-ikut kepada pengaruh kawan-kawan. Itulah hikmahnya kita digalakkan bersolat dan beramal kerana ianya mengajar kita menahan diri dari melakukan sesuatu mengikut resa sahaja. Bukankah bersolat itu memerlukan disiplin dan kesabaran untuk didirikan??

Semoga para pembaca semua dapat iktibar dari pendapat saya ini. Jika ada soalan lanjutan, saya boleh dihubungi melalui emel:

mohdali@ppisjurongfsc.com

Wassalaam

Brother Mohd.
8/2/05 10:14

16 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh brother mohd. Saya memang setuju tentang remaja-remaja yang tidak berfikir panjang dan juga mengikut resa sehingga menjejas tingkah laku mereka. Ia boleh menyedarkan remaja-remaja seperti itu.

Sharifah 3B

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan segala apa yang encik muhammad telah katakan.Ramai remaja sekarang suka mengambil keputusan terburu-buru.kebanyakan daripada mereka yang mementingkan diri sendiri.remaja sebenarnya inginkan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka.sebab itulah,arina melarikan diri dari rumah kerana ingin perhatian ibunya.bagi saya,melarikan diri dari rumah bukan jalan penyelesaiannya.kalau saya arina,saya akan duduk berbincang dengan ibu bapa saya dan beritahu masalah saya.

Irma Sakinah(3a)

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Bro.Mohd.Semua yang dikatakannya memang benar. Remaja-remaja masa kini, termasuk diri saya juga kadangkala tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Kita tidak memikirkan tentang apa yang akan berlaku di belakang hari. Saya telah pelajari bahawa kita harus memikirkan tentang akibat-akibat yang akan berlaku sebelum melakukan sesuatu sama ada ia perkara yang besar ataupun kecil.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan apa yang telah dikatakan tentang tidak berfikir panjang sebelum membuat suatu keputusan. Saya pasti, ramai remaja juga berasa malu dan takut untuk berhadapan dengan ibubapanya, mungkin kerana beliau takut bahawa beliau tidak bersetuju dengan reaksi ibubapanya dan lalu menyelesaikan masalah dengan cara yang mudah iaitu melarikan diri dari rumah. Saya juga bersetuju dengan perkara lain yang telah dikatakan oleh bro. mohd.

Nur Amirah.Mathuri 3a

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa Brother Mohd telah katakan. Saya paling setuju dengan apa dia katakan tentang remaja-remaja yang berdisiplin boleh menahan diri dari mengikut resa akan lebih berjaya kerana dia akan mempunyai sifat kesabaran dan dia juga boleh membuat satu perkara dengan tidak berputus-asa kerana dia seorang yang berdisiplin.

Anonymous said...

Memang betul apa yang dikatakan. Arinah bukanlah bertindak mengikut kepentingan diri sendiri. Malahan, mesti ada juga sebab-sebabnya mengapa beliau bertindak sedemikian. Sebab-sebab yang ada ialah seperti ibu bapa tidak mengambil peduli, pilih kasih atau sebagainya. Sebab perkara sebegini, remaja itu rasa tidak dihargai atau dikasihi. Jadi, ibu bapa harus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.


Adilah Othman 3A

Anonymous said...

Setelah membaca komen Bro. Mohd Ali,memang betul bahawa remaja-remaja sekarang suka membincang dengan kawan-kawan mereka tanpa berbincang dengan ibu bapa mereka sendiri.Sepatutnya mereka harus berbincang dengan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa kerana mereka lebih berpengalaman dari kawan-kawan mereka itu.Orang yang lebih dewasa boleh memberi cadangan yang lebih baik dan mereka boleh mengajar cara yang baik untuk menyelesaikan masalah mereka itu manakala kawan-kawan ini kadangkala boleh memberi cadangan yang tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka itu.Sebaliknya ia boleh mengakibatkan remaja itu untuk mengikut cadangan yang diberi kawan-kawan tanpa memikir akan akibatnya.

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen bro Mohd.Kami sebagai anak muda masih tidak memikirkan sesuatu perkara dengan panjang dan baik.Itu adalah satu kelemahan bagi kita.Oleh kerana hendak membuat sesuatu,kami tidak sedar tentang keadaan kesekitaran kita,ibu bapa dan keluarga.Pada pendapat saya,kami sebagai remaja,seharusnya tidak sahaja mementingkan diri sendiri tetapi juga untuk orang yang disayangi.Pada saya,berbincang dengan ibu bapa adalah penyelesaian yang lebih baik dan berkesan.
Nur Amalina 3A

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam..
Saya setuju dengan pendapat bro. muhd.Ramai remaja akan membuat susuatu benda tidak kira betul atau tidak untuk mengikuti rakan-rakan mereka. Mereka hanya mementingkan tentang diri mereka tanpa memikirkan tentang perasaan orang tersayang yg sekeliling mereka. Walaubagaimanapun, ini semua bukan salah mereka, ibu bapa mereka juga bersalah kerana tidak kawal anak mereka dengan betul.

Anonymous said...

Saya rasa bahawa seorang anak remaja itu harus berdisiplin.Ini ialah penting kerana ia akan menjamin masa depan mereka dan juga cara mereka menangani sesuatu masalah.
Selain daripada berdisiplin,iman seseorang itu harus kuat.Kalau iman seseorang itu kuat,dia tidak akan terpengaruh dengan perkara-perkara yang buruk.
Nur Aqilah,3A

Anonymous said...

Setelah membaca komen Bro. Mohd Ali, saya setuju dengan ke semua komen- komen tersebut. Anak remaja sekarang ini lebih suka berbincang perkara perkara yang dihadapi mereka kepada kawan kawan. Tetapi pada saya, meluahkan perkara kepada ibu bapa itu lebih selesa kerana fikiran ibu bapa lebih matang dan boleh menolong saya jika dalam kesusahan. Tetapi kawan tidak boleh kerana mereka selalunya memberi pendapat yang negatif dan itulah yang dihadapi remaja sekarang. Jadi pada saya, rujuk masalah kepada ibu bapa ialah cadangan yang terbaik.

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen kata pakar kita.Kami sebagai remaja pun menghadapi masalah yang sama iaitu ingin kebebasan tapi ada batasannya.Memang tidak boleh dinafikan remaja kini bersikap mengikut resa kerana saya sendiri pun pernah berasa begitu tapi saya cuba untuk bertenang dan berfikir panjang seperti apa yang dikomenkan oleh encik bro_mohd.Ini untuk mengelakkan rasa menyesal setelah sesuatu perkara buruk yang saya akan hadapi atas tingkah laku saya kurang bijak.Mungkin ARinah melarikan rumah untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapanya walaupun saya berpendapat bahawa dia telah membuat keluarganya sungguh risau atas keselamatannya.Akhir kata dari saya,kita sebagai remaja harus mengatasi untuk mahir dalam membuat keputusan yang tepat.DEngan itu,kita akan tukar menjadi seorang dewasa yang matang yang dihormati oleh orang ramai.

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen abang mohd. Ramai remaja sekarang suka mengikuti perangai kawan-kawan mereka. Mereka melarikan diri tanpa memikirkan tentang akibat yang akan dihadapi mereka seperti fikiran ibu bapa mereka. Pada saya ibu bapa mereka akan risaukan lebih lagi dengan anak perempuan. Mereka tidak patut mendengar kata-kata kawan mereka. Ini selalu terjadi dan saya berasa sedih akan perbuatan mereka.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat bro mohd bahawa ada sesetengah remaja kita ini tidak dapat mendisiplinkan diri untuk melawan kawalan luaran.Pada pendapat saya,sebagai seorang remaja,kita sudah boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk.Malangnya kelemahan kita ialah unutk mengawal emosi kita.Mungkin dipersebabkan kelemahan dalam segi mengawal emosi,telah menyebabkan kita membuat keputusan yang kurang baik.Contohnya,apabila kita tidak dapat melawan kawalan luaran,kita akan mula memberontak dan akan bercadang untuk melarikan diri dari rumah.Oleh itu,remaja masa kini harus banyak bersabar menghadapi segala rintangan yang dihadapinya dan harus pandai mengawal emosi mereka.

Anonymous said...

Walaikummussalam wr.wb.
Saya amat setuju sekali dengan pendapat bro mohd.Seseorang itu seharusnya berfikir panjang dahulu sebelum membuat keputusan(melarikan diri).Ini boleh menyebabkan orang yang disekelilingi kami risau.Seseorang itu juga harus menyelesaikan masalahnya dengan banyak bersabar,kalau tidak masalahnya akan makin berat.Saya juga setuju bahawa kami sebagai umat Islam seharusnya mempunyai sifat kesabaran dan ketenangan.Itu sahaja yang boleh saya katakan.Terima kasih akan pendapat bro mohd.

Jalilah(3B)

Anonymous said...

Jangan putus asa