12.1.05

009. Hanyut: Dibuai Nafsu

Pelajar yang budiman,

Kita baru sahaja menonton siaran terbaru Suria pada hari Isnin, 3 Jan 2005 jam 8.30mlm tentang realiti hidup sesetengah remaja Singapura yang mungkin agak membimbangkan.

Dalam episod pertama yang disiarkan Isnin lalu, kita dikejutkan dengan kisah dua remaja perempuan yang melakukan hubungan seks pada usia seawal 13 dan 16 tahun. Malahan, salah seorang remaja itu tidak tahu ayah kepada anak yang dikandungnya kerana telah dirogol oleh lebih daripada seorang kenalannya. Yang seorang lagi pula dirogol oleh teman lelakinya di rumah. Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut berlaku semasa ibunya berada di rumah.

Apakah yang bermain di dalam fikiran anda semasa menonton siaran tersebut? Apa pula yang diperbualkan oleh ahli keluarga anda yang menontonnya. Kongsilah pendapat anda dalam ruangan yang disediakan.

76 comments:

Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang tidak patut membuat hubungan seks pada umur yang kurang dari 18 dan sebelum kahwin. Mereka tidak patut juga memasuki kumpulan seperti samseng-samseng. Mereka juga tidak patut meminum arak serta menghisap rokok lebih kurang dari umar yang patut.
OmAr TaUfIq 3B

Anonymous said...

(mengenai Ana yang melakunkan seks luar nikah.)
Pada pendapat saya, ibu kepada Ana tidak seharusnya menggalakkan lelaki itu menginap di rumahnya walaupun dia mempercayainya tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi seperti lelaki itu akan mengambil kesempatan.
(mengenai Delaila yang berkelakuan nakal ketika remaja.)
pada pendapat saya, delaila mempunyai kekurangan kasih sayang daripada keluarganya. Delaila juga sudah terpengaruh dengan kata-kata kawan-kawanny seperti mengisap roko, minum arak dan perkara-perkara yang kurang baik.

Sharifah Maryam 3B

Anonymous said...

(Mengenai Ana yang melakukan seks luar nikah.)
Pada pendapat saya, ibu kepada Ana tidak seharusnya menggalakkan lelaki itu menginap di rumahnya walaupun dia mempercayainya tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi seperti lelaki itu akan mengambil kesempatan.

(Mengenai Delaila yang berkelakuan nakal ketika remaja.)
Pada pendapat saya, Delaila mempunyai kekurangan kasih sayang daripada keluarganya. Delaila juga sudah terpengaruh dengan kata-kata kawan-kawannya seperti menghisap rokok, minum arak dan perkara-perkara yang kurang baik.

Sharifah Maryam 3B

Anonymous said...

Saya terkejut apabila kawan-kawan Ana tidak berasa segan-silu untuk mengaku bahawa mereka bukan perawan lagi.Saya tidak sangka bahawa mereka begitu berani untuk mengaku.Tergamam saya dibuatnya.Saya juga terkejut apabila mereka memberi tekanan kepada Ana untuk melakukan seks dengan teman lelakinya.Walaupun teman lelaki itu berjanji bahawa beliau akan bertanggungjawab jika gadis itu hamil,gadis itu tidak harus mempercayainya.Entah-entah,beliau bercadang untuk melarikan diri sebelum gadis itu memberitahunya bahawa dia sedang hamil.Pihak ibubapa pula tidak harus membuat keputusan dengan tergesa-gesa jika anak perempuan mereka sedang hamil anak luar nikah.Masa depan anak mereka akan terjejas jika mereka tidak membuat keputusan yang baik dan munasabah.Saya harap sikap bergini tidak akan diulangi lagi pada generasi yang akan datang.

Nur Hanisah 3A

Anonymous said...

Pendapat saya tentang drama realiti 'hanyut'

1)Ibu perempuan itu tidak sepatutnya menyuruh lelaki itu bermalam di rumah itu.
2)Dalam kes ini,ibu dan anak bersalah.Si ibu tidak patut menyingkir anaknya dan sepatutnya mengambil perhatian terhadapnya.Si anak pula tidak seharusnya bergaul dengan teman-teman yang tidak bermoral.
3)Disebabkan tekanan dari teman dan pujuk rayu teman lelakinya,dia menjadi mangsa dan hanyut.
4)Dalam usia yang masih mentah,dia mudah terpengaruh dan percaya pada kata-kata manis lelaki.Jika dia telah menjauhkan diri dari teman-temannya itu,saya rasa dia tidak akan termakan dengan kata-kata teman lelakinya dan menyebabkannya menjadi hamil.Kawan yang baik akan menasihati anda dan bukan memberi tekanan pada anda.
5)Sewktu ibunya mengetahui tentang kandungannya dan ingin menutup malu, dia menyuruh anaknya berkahwin.
6)Mungkin ia adalah satu langkah yang bagus tetapi dia tidak terfikir akan apa yang boleh terjadi setelah berkahwin nanti.Pasangan tidak mungkin akan hidup bahagia dan harus memikirkan akan soal kewangan.Itu boleh membawa kepada keretakan rumahtangga.
7)Dalam saat-saat begitu,semangat dan dorongan keluarga amat diperlukan supaya si mangsa tidak rasa tertekan dan membuat keputusan melulu.

Irma Sakinah(3A)

Anonymous said...

Pendapat saya tentang cerita Hanyut:

Kes Ana ialah tentang seorang remaja perempuan berumur enam belas tahun yang telah melakukan seks luar nikah sejak dia berumur empat belas tahun sahaja. Ana sudah mengenali lelaki itu sejak dia tiga belas tahun dan ibu kepada Ana telah pun mempercayai dan menganggapnya sebagai anaknya sendiri. Ibu Ana tidak sepatutnya mempercayai orang lain dengan senang walaupun mereka sudah berkenalan selama beberapa tahun. Ana pun tidak sepatutnya berkawan dengan lelaki begitu setelah mengetahui perangainya. Saya amat kasihan kepada Ana kerana dia mengalami banyak masalah keluarga. Dia seharusnya memberitahu ibunya tentang masalah-masalah yang dia menghadapi bukan membuat kerja-kerja yang tidak senonoh untuk melepaskan kebingitannya.

Kes Delaila pula ada sedikit berbeza. Cerita Delaila pula ialah tentang seorang remaja yang telah terpengaruh oleh kawan-kawannya. Dia membuat perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh seperti menghisap rokok, meminum arak dan perkara-perkara yang kurang baik. Delaila dirogol akibat mabuk kerana telah meminum terlalu banyak arak. Saya rasa Delaila harus mendapat lebih kasih sayang oleh ibu bapanya supaya dia rasa yang dia tidak dikasihi dan tidak akan membuat benda-benda yang tidak senonoh.

Iffa Iryani Said
3B

Anonymous said...

Pada pendapat saya,remaja-remaja ini telah membuat keputusan yang salah untuk melakukan hubungan seks kerana mereka sepatutnya berfikir sebelum melakukannya.Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam menasihati anak-anak mereka dan untuk menguatkan pegangan agama.Tumpuan harus diberikan kepada anak-anak mereka.Remaja tidak patut diberikan kebebasan yang tidak terbatas. Remaja perempuan tidak mempercayai sangat kepada teman lelaki. Hendaklah berfikir sebelum melakukan kehendak teman lelak.Jangan memberi peluang apabila dipaksa.

Nur Amalina 3A =)

Anonymous said...

Pada pendapat saya mengenai cerita drama siri "hanyut",ia boleh dijadikan contoh kepada remaja-remaja sekarang agar menyedari akan akibatnya setelah mereka hamil anak luar nikah.Yang harus menanggung beban dan kesusahan ialah wanita kerana harus menjaga bayi dalam kandungan sehingga besar.Jikalau cinta sama sekalipun,tidak semestinya kita harus membuat seks sebelum nikah untuk menunjuk kasih sayang kita terhadap seseorang.Adakalanya,seorang remaja diejek atau dicabar oleh kawan mereka untuk membuat seks kerana masih suci.Ada yang ingin mencuba kerana terpengaruh oleh kawan dan rasa ingin tahu.Saya amat terkejut apabila mendapat tahu perkara membuang janin sudah meningkat bilangannya setiap tahun.Mengenai cerita tersebut,ini semua berpunca kerana lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Saya telah menanya ibunya dan dia berpendapat bahawa umur semuda begitu,mereka sepatutnya sibuk belajar atau bekerja cari duit.Ini tidak,keluar dengan kawan-kawan pergi "enjoy",minum arak dan masuk kumpulan samseng.Terpengaruh dengan kawan-kawan,mereka pergi buat kerja yang tidak seronoh itu!Lelaki pula tidak bertanggungjawab.Sudah buat,cabut lari dari tanggunjawab.Mereka hendak kepuasan sahaja! Masyaallah!!
nUrFaRaHiN(17) 3A

Anonymous said...

Pada pendapat saya, siri drama realiti "Hanyut" yang ditayangkan itu sungguh bermanfaatkan kerana drama ini dari cerita dan pengalaman yang benar dan pernah berlaku pada ramai remaja-remaja perompuan yg trlah membuat seks dengan rela ,diambil kesempatan ataupun dirogol. Dalam drama ini, remaja-remaja yang telah mengalami seks itu dapat menasihati penonton supaya jangan membuat perhubungan melainkan apabila sudah kahwin dan juga berapa banyak masalah akan menimbul seperti kedua-dua keluarga dari pihak lelaki dan pihak perempuan untuk membuat keputusan untuk masa depan mereka.Sealain dari perempuan yang rela membuat seks, ada juga yg telah diambil kesempatan.Remaja-remaja ini juga dapat memberitahu penonton bagaimana meraka diambil kesempatan oleh lelaki.

Muhd Shazni 3A

Anonymous said...

Hanyut.(Cerita Ana).

Pada pendapat saya,ibu kepada Ana sungguh bodoh.Walaupun anaknya telah mengenali Rahim,teman lelakinya,selama 4 tahun,ia tidak bermakna bahawa Rahim seorang yang jujur dan boleh dipercayai.Kadangkala,ibu bapa harus berhati-hati akan pergaulan anak-anak mereka.Tetapi ibu Ana seperti tidak tahu menahu akan bahayanya seorang lelaki meniduri di rumahnya.Ibunya telah bercerai dengan suaminya dan keselamatan kaum wanita di rumah akan terjejas.Ibu bapa juga harus bersikap positif akan mengapa kawan-kawan anak mereka mahu menumpang tidur.

Ana pula telah melakukan perkara yang salah dan jijik dalam lingkungan usianya yang muda.Sudah banyak kali.Tetapi nasibnya malang kerana dia tidak mengunci pintu biliknya dan dipaksa oleh Rahim untuk melakukan seks.Kejadian itu membuat Ana mengandung.Pada pendapat saya,Ana lakukan perkara ini semua kerana ibunya tidak kisah langsung akan kebajikan anaknya.Seharusnya,ibu bapa mesti memberikan kasih sayang yang sama terhadap anak-anak mereka.

Ibu saya pula berkata Ana dan ibunya memang bodoh!
Jalilah(3B)

Anonymous said...

Pada pendapat saya, rancangan 'Hanyut' ialah rancangan yang berguna kerana ia memberitahu kita apa yang sedang terjadi pada remaja zaman ini. Isu tentang remaja hamil telah ditayangkan dalam rancangan 'Hanyut' pada kali ini. Pada pendapat saya, remaja-remaja zaman ini tidak memperdulikan tentang maruah mereka dan juga keluarga. Pada mereka, seks ialah sesuatu perkara yang biasa. Kebanyakan dari remaja-remaja sebegini melakukan seks kerana terpengaruh oleh kawan-kawan sendiri dan juga kerana mereka ingin tahu perasaan melakukan seks. Kebanyakan dari mereka menyesal setelah mengandung akibat melakukan seks. Mereka tidak berani memberitahu ibu bapa mereka apabila mereka mengandung. Biasanya, ibu bapa mendapati bahawa anak mereka mengandung setelah beberapa bulan kemudian. Apa yang berlaku juga ialah seorang perempuan, diperkosa oleh beberapa rakan lelaki setelah perempuan itu mabuk. Ia dinamakan 'gang rape'.

Pada pendapat saya, perempuan itu bodoh kerana telah meminum arak sehingga mabuk. Setelah mengandung, mereka tidak tahu siapa bapa kepada kandungan itu. Ia amat menyedihkan untuk dilahirkan di dunia tanpa seorang bapa. Kebanyakan remaja-remaja ini datang dari keluarga yang ibu bapa mereka telah bercerai. Ibu bapa juga dipersalahkan kerana pilih kasih dan terlalu sibuk untuk menganbil berat tentang anak-anak mereka.

Ibu bapa saya sangat terperanjat mengatahui bahawa perkara-perkarta sebegini sedang berlaku pada zaman ini. Ibu saya kata bahawa ibu bapa yang selalu dipersalahkan jika perkara begini berlaku. Padahal anak-anak sendiri yang memilih jalan yang salah. Bapa saya pula kata bahawa remaja-remaja masa kini melakukan perkara-perkara yang salah tanpa memikirkan akibatnya. Ibu bapa saya kata bahawa remaja-remaja masa kini hanya bersuka-ria dan tidak memikirkan tentang masa hadapan.

Siti Zinnirah 3B

Anonymous said...

Pada pendapat saya,rancangan ini baik dibuat sebagai contoh bagi remaja-remaja.Bagi 'Ana',dia termakan pujuk rayu 'Rahim' dan dia juga mendapat tekanan daripada kawannya untuk membuat hubungan seks.Perbuatannya itu,pada saya,ialah salah sebab dia patut tahu membezakan antara mana yang baik atau mana yang buruk.Dia juga patut tahu bahawa mengadakan hubungan seks sebelum bernikah itu berdosa dan kalau membuat seks bebas,dia boleh mendapat penyakit STD tetapi kita tidak boleh seratus peratus menyalahkannya sebab dia berbuat demikian untuk 'mendapat kasih sayang' kerana,katanya,ibunya pilih kasih dan mungkin kerana dia tidak ditekankan perkara yang bersangkut-paut dengan apa yang dilakukan.
Pada pendapat ibu saya pula,dia rasa bahawa ini adalah sesuatu trend yang membingbangkan dan menyedihkan.Padanya,peranan ibu bapa amat penting dalam pembangunan dan keperibadian anak-anak walaupun ibu bapa telah berpisah.Jika anak itu tinggal dengan ibunya,bapanya harus mengambil berat tentang anaknya, menolong membesarkan anaknya dengan sempurna dan tidak sepatutnya berbuat bodoh.
Nur Aqilah 3A

Anonymous said...

Mereka yang melekukan hubungan seks ini semuanya tiada pegangan agama yang kukuh.Ini kerana agama boleh melindungi mereka dari perbuatan yang keji itu. Sivik dan moral juga boleh memberi mereka kesedaran kepada mereka dari bertindak liar dan akan berhati-hati memilih kawan. Jika mereka menghadapi masalah, haruslah patut memberi tahu perkara itu kepada ibu bapa mereka.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam segi membentuk seorang anak kerana apa yang dilakukan oleh ibu bapa, iaitu lah yang akan diikuti oleh anak-anak mereka. Ibu bapa mesti bertindak lebih keras jika anak mereka itu degil dan tidak mahu dengar perintah mereka. Ibu bapa juga harus membendung anak mereka dari menjadi lebih liar dan mereka harus mengenali kawan-kawan anak mereka supaya boleh tahu kegiatan anak mereka di luar pandangan mereka.

Dari: Mohamad. Hishamuddin 3A

Anonymous said...

Dalam hal ini, ibu bapa harus memainkan peranan mereka. Terutama sekali, mereka harus menunjukkkan keprihatinan tentang soal anak-anak. Walaupun sesibuk bagaimanapun, mereka boleh mengambil inisiatif untuk menanya tentang masalah atau perkara-perkara lain. 10 minit pun tak mengapa. Ini untuk memastikan bahawa mereka sayang, tidak mengabaikan tanggungjawab dan ingin membimbing anak-anak mereka ke jalan yang betul. Tentang soal pilih kasih, saya amatlah setuju kerana saya sendiri mengalami perkara tersebut. Mungkin ibu bapa ini tidak adil. Oleh itu, saya akan rasa diperkecilkan. Saya ingin sekali pemikiran mereka berubah. Mereka sering melebihkan anak mereka yang bongsu.
saya tidak boleh menafikan bahawa memanglah perkara sebegitu tidak senonoh dan tidak betul kerana menggugurkan bayi adalah sesuatu perkara yang berdosa. Tuhan laknat mereka kerana mereka dianggap sebagai pembunuh. Jadi, jikalau ada masalah, bawalah berbincang bersama orang tua kita.

Adilah Othman 3A

Anonymous said...

Kes yang pertama adalah tentang 'Ana'. Beliau adalah gadis bawah umur yang telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya oleh teman lelakinya sendiri. Pada pendapat saya, beliau telah membuat satu keputusan yang tidak matang. Beliau seharusnya berfikir masak-masak dahulu sebelum membuat keputusan yang terburu-buru itu. Lelaki itu juga tidak patut memaksanya dan harus menghormati keputusan Ana.

Kes kedua pula adalah tentang 'Dilaila'. Beliau juga adalh gadis bawah umur, yang telah dirogol oleh sekumpulan rakannya sendiri setelah dipaksa meminum arak hingga beliau mabuk. Pada pendapat saya, belaiu haruslah berfikir sebelum menerima cabaran daripada rakan-rakan lelakinya. Beliau harus memikirkan apa kemungkinan yang boleh terjadi padanya. Beliau juga harus ingat bahawa beliau itu seorang gadis dan haruslah pandai menjaga dirinya tiu. Beliau tidak patut terlalu mempercayai rakan-rakannya.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam pendidikan anak- anak remaja mereka. Remaja haruslah diberi tahu batas kebebasan mereka. Remaja juga harus menghormati mereka dan rakan mareka. Ibu bapa harus tahu gerak- geri anak mereka dan juga untuk mengenali sahabat anak mereka. Ibu bapa juga harus menunjak kasih sayang mereka terhadap anak mereka dan tunjuk bahawa mereka perihatin tentang anak mereka.

Nur Amirah. Mathuri 3a

Anonymous said...

Kes yang pertama adalah tentang 'Ana'. Beliau adalah gadis bawah umur yang telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya oleh teman lelakinya sendiri. Pada pendapat saya, beliau telah membuat satu keputusan yang tidak matang. Beliau seharusnya berfikir masak-masak dahulu sebelum membuat keputusan yang terburu-buru itu. Lelaki itu juga tidak patut memaksanya dan harus menghormati keputusan Ana.

Kes kedua pula adalah tentang 'Dilaila'. Beliau juga adalh gadis bawah umur, yang telah dirogol oleh sekumpulan rakannya sendiri setelah dipaksa meminum arak hingga beliau mabuk. Pada pendapat saya, belaiu haruslah berfikir sebelum menerima cabaran daripada rakan-rakan lelakinya. Beliau harus memikirkan apa kemungkinan yang boleh terjadi padanya. Beliau juga harus ingat bahawa beliau itu seorang gadis dan haruslah pandai menjaga dirinya tiu. Beliau tidak patut terlalu mempercayai rakan-rakannya.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam pendidikan anak- anak remaja mereka. Remaja haruslah diberi tahu batas kebebasan mereka. Remaja juga harus menghormati mereka dan rakan mareka. Ibu bapa harus tahu gerak- geri anak mereka dan juga untuk mengenali sahabat anak mereka. Ibu bapa juga harus menunjak kasih sayang mereka terhadap anak mereka dan tunjuk bahawa mereka perihatin tentang anak mereka.

Nur Amirah. Mathuri 3a

Anonymous said...

Remaja-remaja yang terlanjur ini,semua terpedaya dengan kata-kata teman lelaki mereka.Mereka melakukan seks sebelum nikah ini semua tanpa memikirkan apa yang mungkin terjadi pada masa hadapan dan tidak tahu dosa yang mereka dapat apabila melakukan perbuatan yang terkutuk dan keji ini.Mereka melakukannya kerana dicabar kawan-kawan dan terpedaya dengan kata-kata mereka yang mengatakan mereka tidak akan menjadi hamil tetapi ia berlaku juga.Ini mengakibatkan penyesalan yang sangat besar.Setelah hamil,si lelaki pula akan mula menjauhkan diri dari si wanita kerana tidak mahu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.Sebelum kejadian ini,wanita itu telah ditipu kerana lelaki itu berjanji akan bertanggungjawab.Akhirnya,apabila mendpat ank,anak itu mungkin mencari bapanya yang telah menipu ibunya itu dan ia amat susah bagi si ibu untuk menerangkannya.

Muhd Hafiz
3B

Anonymous said...

'Hanyut',satu-stunya rancangan realiti yang membincangkan mengenai isu-isu remaja yang terlanjur.Tidak seperti rancangan 'Anak Metropolitan' yang dikatakan 'mengajar' atau 'memberi galakan' kepada remaja-remaja masa kini,'Hanyut' bertujuan untuk ibu bapa mengenal pasti tentang kejadian-kejadian yang mungkin terjadi pada anak mereka.Ia berdasarkan kegiatan-kegiatan sesetengah remaja masa kini yang telah terlanjur dengan hubungan seks luar nikah dan pelacuran semasa usia yang amat muda.Ia bukan mahu memalukan masyarakat Melayu sendiri tetapi ia menceritakan kejadian sebenar yang berlaku di kalangan remaja.Pada pendapat saya,remaja-remaja ini menganggap kelakuan mereka ini semua terjadi akibat menagihkan kasih sayang ibu bapa adalah tidak betul.Walaupun tidak merasai kasih sayang ini,mereka patut memikirkan dengan menggunakan akal,jikalau perkara yang mereka mahu lakukan itu adalah betul ataupun salah dan apa yang mungkin terjadi jikalau mereka melakukan ini semua.Saya berasa amat terperanjat apabila remaja-remaja ini menganggap perbuatan zina ini semua adalah perbualan biasa di antara kawan-kawan.Mereka sepatutnya merasa malu dengan perbuatan keji mereka itu.Pada pendapat saya,ia memang baik bagi Suria untuk memaparkan rancangan- rancangan ini yang penuh dengan pengajaran.

Muhammad Hafiz bin Mohd Yassin
3B

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan Irma. Ibu perempuan itu tidak sepatutnya mempercayai lelaki itu dan membiarkannya tidur di rumah.Memang benar bahawa ibu dan anak salah.Untuk menutup malu keluarga, ibu mereka mahu mengahwinkan mereka tanpa memikirkan masa hadapan mereka.Apa yang paling penting ialah untuk mengetahui apa cadangan mereka.

Siti Zinnirah 3B

Cikgu Faizal said...

Syabas Zinnirah kerana kamu telah melangkah ke tahap yang kedua apabila kamu mulai memberikan maklum balas kepada pendapat yang diberikan oleh kawan-kawan yang lain.

Saya berharap pelajar yang lain juga akan memberikan maklum balas kepada pendapat-pendapat yang diberikan oleh kawan-kawan yang lain.

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa Amalina telah mengatakan. Dia telah katakan bahawa remaja sekarang diberikan terlalu banyak kebebasan. Remaja perempuan sekarang tidak sepatutnya mempercayai teman lelakinya dengan mudah sekali kerana teman lelakinya boleh mengambil kesempatan terdahap dia. Itu sahaja saya rasa saya boleh katakan.

Iffa Iryani 3B

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan sharifah dan kawan-kawan yang lain yang telah mengatakan bahawa ibu Ana tidak sepatutnya mengizinkan teman lelaki Ana bermalam di rumah mereka! Ini tidak patut, seorang ibu tidak patut sesekali membuat keputusan sebehini. Sekurang-kurangnya, jika ibunya memberi izin sekali pun, lelaki itu tidak patut mengambil kesempatan, dan ibunya juga haruslah memberinya tidur di kamar yang lain, dan tidak harus memberi mereka berdua kebebasan bersama walaupun di rumah.
Saya juga berpendapat bahawa kita harus mempelajari dan membuat sesuatu tentang sikap remaja generasi kini, supaya peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi pada generasi anak-anak kami.

NUR AMIRAH.MATHURI. 3A

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan kawan-kawan saya yang lain bahawa ibu Ana tidak harus membenarkan teman lelakinya untuk bermalam di rumahnya.Pada pendapat saya,ibu Ana tidak harus terlalu mempercayai teman lelaki Ana walaupun dia telah menganggap remaja lelaki tersebut seperti anak kandungnya sendiri.Ibu Ana harus bertindak dengan lebih bijak supaya masa depan anaknya tidak akan terhancur...

Nur Hanisah 3A

Anonymous said...

Pada pendapat saya, remaja-remaja kini yang telah melakukan hubungan seks ini tidak berfikir secara matang. mereka tidak patut melakukan perkara sebegini kerana ia akan memalukan kaum wanita dan maruah diri sendiri. telemovie 'Hanyut' itu telah menunjukkan realiti dan telah menyedarikan remaja-remaja yang telah hanyut untuk berubah fikiran untuk kebaikan dirinya sendiri. Saya sebagai remaja ingin memberitahu kepada remaja-remaja yang lain supaya berfikir berkali-kali sebelum melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan akan mendatangkan maut.

Anonymous said...

Bagi pendapat saya, dengan menggadakan lelaki bermalaman di rumah, adalah satu risiko yg tinggi. kerana apa saja boleh berlaku. Nafsu yg tidak dapat dikawal boleh membawa ke seks. Bagi kes Ana, saya rasa, ibunya tidak sepatut membernarkan lelaki itu bermalaman di rumahnya. Tetapi, saya rasa, seks sebegitu dapat dielak jikalau dua2 pihak berfikiran positif dan juga mengawal nafsu mereka. Hanya mereka yg dpt menetukan perbuatan itu, bkn org lain.

Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang membuat hubungan seks kerana diperanguhi oleh teman-teman yang lebih liar.Mereka yang belom pernah cuba,mula ingin cuba kerana mereka juga ingin merasakan pengalaman membuatnya.Tetapi pada pendapat saya itu semua tidak perlu kerana ia adalah kerja yang bodoh.Jika kita tidak membuatnya,kita tidak akan kehilangan apa-apa.Selain dari membuat maksiat,kami juga akan hilkang maruah dan harga diri.Contohnya jika kami berpisah dengan teman lelaki itu,kita akan rasa kekok jika ingin menjadi kawan semula kerana kita akan rasa malu akan perbuatan kita yang dahulu.

Anonymous said...

saya rasa remaja sekarang semakin berani untuk melakukan semua perkara yg dilarang undang-undang Islam seperti membuat hubungan seks,merokok dah meminum arak.mereka tidak berfikir sebelum membuat perkara-perkara tersebut.Kebanyakan daripada mereka mula melangar undang-undang islam apabila mereka bercampur dengan kawan yang jahat dah memasuki kumpulan seperti samseng-samseng.

iskandar shah

Anonymous said...

terkejut..tergamam..malu.itulah antara reaksi yang saya rasa apabila menonton hanyut-dibuai nafsu.pada usia yang hanya belasan tahun suda berani berbuat perkara terkutuk sehingga menyebabkan kehamilan.remaja itu hanya mengikutkan nafsu buas mereka dari berfikir kemudian hari.remaja dai pandangan saya berfikiran kurang matang dan sering mengambil langkah yg salah mengikut pengaruh kawan tanpa ada pendirian sendiri sedangkan mereka tahu perkara itu sala..apalagi dalam melakukan seks/maksiat melanggar hukum agama.

remaja harus memilih kawan yang memepunyai pengaruh yang baik agar dapat menghindar diri dari perkara-perkara yang tak elok berlaku dan ingatlah,kawan yang baik tidak akan menyuruh kita terjebak kan diri dalam perkara yang merosakkan diri.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pada pendapat saya, ramai remaja-remaja sekarang kurang pendidikan dari segi agama dan akhlak. Oleh sebab itu, ramai remaja terlibat dalam seks luar nikah. Mereka juga tidak dapat menahan nafsu dan remaja selalunya suka membuat keputusan secara terburu-buru. Sebagai contoh, ramai remaja perempuan berpakaian tidak senonoh dan sering mendedahkan aurat. Apabila si lelaki melihat, nafsu mereka meningkat. Ini boleh menyebabkan seks luar nikah dan juga kes rogol untuk berlaku. Dari itu untuk mengelakkan ini, remaja-remaja dinasihatkan supaya bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif dari segi akhlak dan agama.

Muhammad Zulhilmi Sec 4N2

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pada pendapat kami,rancangan hanyut ialah sesuatu rancangan realiti yang bermanfaatkan.Rancangan itu memaparkan kisah-kisah remaja melayu kita yg telah HANYUT.Mereka telah memilih jalan yg "wrong way"....seperti membuat seks di bawah umur,menghisap rokok,memasuki kumpulan SaMseNg dan sebagainya.

Kita harus menonton rancangan realiti seperti begini supaya kita boleh sedikit-sebanyak mendapat nasihat dari pakar-pakar yg telah ditemu-duga di rancangan ini.....!!

SuHaImI & rAzALy 4N1

Anonymous said...

Pendapat saya tentang siri ini ialah tidak patut remaja sekarang membuat hubungan seks awal-awal lagi,semasa mereka berumur lanjutan 13.mereka tidak harus buat sedemikian kerana mereka tidak ingat kepada tuhan dan utama dgn ibu bapa mereka.Mereka pasti tidak tahu mana hendak letak muka mereka selepas anak mereka mengandung bawa umur.kerana itu,ia akan menhancurkan masa depan.Itu akan terjejas kesihatannya,utama kali mengisap rokok dan mengambil dadah,itu akan merosakkan diri mereka,Jikalau budak perempuan itu yang mengandung,dan dia masih menghisap rokok,itu akan terjejas anak mereka di dalam perut dan anak itu akan gugur.... atawpun tidak sihat dan menghadapi beberapa penyakit....yang serius. dan ini,remaja sekarang tidak harus membuat benda2 yang tidak bermanfaatkan dan yang bolehy merosakkan masa depan mereka.... dengan ini PEACE OFF!!!!!!!! Assalammulaikum...

Muhammad Khairul Bin Ahmad Durasid Dan Muhammad Hafiz Bin Misari (4N1)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

pada pendapat saya...dengan zaman yang serba moden dan tren barat yang makin dipengaruhi oleh remaja-remaja disini dari media,pergaulan sex juga semakin meningkat.dengan adanya rancangan hanyut,remaja-remaja dan para ibu bapa dapat lebih pengetahuan dan kesedaran tentang hal yang dilarang atas undang-undang agama.untuk mengelakkan dari segala gejala-gejala buruk berlaku,ibubapa juga harus lebih prihatin tentang anak-anak mereka.ibubapa dan remaja tidak harus mengambil perkara ini dengan remeh.
silah

Anonymous said...

pada pendapat saya, ana tidak seharusnya membawa pemuda itu pulang ke rumah beliau. membawa pemuda ke rumah itu, tidak sopan dan masyarakat akn pandang serong kepada anak muda itu. ibu kepada ana harus membiri prihatin kepada anaknya dan tidak harus membernarkan anaknya membawa pulang pemuda itu. ibu ana tidak sepatutnya membiarkan anaknya berseorangan bersama pemuda itu kerana pemuda itu mungkin akan mengambil kesempatan untuk mencerobohi anak perumpuan itu.
nUrfaDiLah 4N2

Anonymous said...

kita mesti berhati2 dgn siapa yg kita berkwn.. lelaki2 skrg sukanya memuaskan diri mereka dgn perkara sebegini.. ana pada mulanya, terkejut apabila teman lelakinya masuk ke bilik.. dahlah tu dah terkejot lps tu kene pakse pulak adekan seks.. ibunya pula patut memperhatikan bdk itu.. ibunya yg benarkan tdo di sana sekali senang2 sahaja lelaki ade seks.. kite mesti berhati2 dgn siapa yg kita berkwn.. remaja pompan yg baru 14 tahun ini semua fikir mereka sudah cukup dewasa dan tahu tentang hidop.. ah nanti bile dah rosak baru nk nangis, menyesal sendiri.. pade pendapat saya, pki lah otak remaje2 skrg.. jgn jadi bodoh.. nanti korg yg menyesal.. ingat kate perangsang aku ni..

Anonymous said...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....Pada pendapat saya,remaja-remaja zaman sekarang terlalu bebas dan terlalu manja.Bagi saya,ada beberapa faktor yang menyebabkan remaja itu hanyut dibuai nafsu seperti kekurangan pendidikan agama,kekurangan kasih sayang dan perhatian oleh ibubapa dan terakhir mereka tidak tahu mengawal perasaan dan nafsu sendiri.Remaja sekarang tidak tahu takut dengan dosa dan balasan dari tuhan sedangkan telah banyak contoh yg telah diberikan oleh tuhan kepada org yang kafir.Remaja bawah umur selalunya fikir mereka telah cukup matang dan boleh membuat apa yg mereka suka.Mereka tidak memikirkan apa yg akan terjadi selepas itu...bagi saya perkara yg penting sekali untuk mengelakkan perbuatan ini ialah dengan mendirikan solat dan takut kepada tuhan...sekian terima kasih..wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
ustaz muhd.dzuhir

Anonymous said...

semasa menonton rancangan hantut tersebut, sebagai seorang remaja sendiri, saya berpendapat bahawa ibu ana juga bersalah dalam hal ini kerana membiarkan teman lelaki anak perempuannya menumpang tidur di rumahnya. sebagai seorang ibu yang bertanggungjawap, dia tidak sepatutnya berbuat demikian walaupun dia telah mengenali keluarga lelaki tersebut. bagi ana pula, dia juga bersalah kerana sepatutnya dia harus tahu bahawa apa yang telah di buat itu adalah salah dan dari itu dia harus menolak.dia harus bersikap tegas dengan teman lelakinya itu. pada pendapat saya, mungkin ana kurang diberi didikan agama dan dari itu, dia tidak dapat membezekan antara yang haram dan yang halal. dia juga bergaul dgn teman2 yang kurang bermoral. dari itu, sedikit sebanyak dia terpengaruh dgn sikap mereka yg suka bersosial dan tiada batas antara lelaki dan perempuan. akhir sekali, saya rasa ana harus sedikit sebanyak tahu tentang hukum halal dan haram demi tidak ditipu dan di jadikan mangsa nafsu lelaki di masa hadapan. akhir sekali, jauhi diri anda dari sex sebelum bernikah.

azura hashim 4n2

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Cerita "Hanyut" merupakan cerita yang amat bermanfaat bagi penonton untuk mempelajari sikap-sikap remaja di zaman moden ini.
Mengenai episod pertama di cerita "Hanyut" ia menceritakan tentang dua remaja melakukan hubungan seks diluar nikah. Perbuatan mereka salah dan tidak patut dilakukan mengikut undang-undang islam. Oleh kerana dibuai nafsu, Ana dan lelaki itu harus bertanggungjawab tentang perbuatan mereka. Oleh kerana percayaan Ibu Ana terhadap lelaki itu meyebabkan lelaki itu mengambil kesempatan terhadap Ana. Disebabkan kejadian itu, kedua ibu bapa dari dua pihak harus mengambil berat untuk membuat keputasan yang mutamat dan tidak secara yang terburu-buru untuk menutup malu. Saya harap ramai remaja dapat mempelajari bahawa banyak tanggungjawab harus dihadapi dan tidak patut melarikan dari masalah itu.
Reihana - 4N2 (13)

Anonymous said...

Pada pendapat saya, ibu ana berada di kedudukan yang salah dalam hal sebegini. Dia tidak berfikir dengan secara realiti tentang remaja-remaja zaman sekarang. Tidak seharusnya ibu ana memberi penuh kepercayaan kepada lelaki itu tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi oleh anak gadisnya. Dia juga tidak seharusnya membiarkan anak remajanya keseorangan bersama teman lelakinya. Dia harus lebih prihatin tentang kehidupan anak gadisnya di dalam mahupun diluar. Sikap disiplin harus diamalkan hingga dia ke dewasa.

Bagi delalila, dia mahukan prihatin dari kedua ibu-bapanya. Dia dahagakan kasih sayang dari mereka. Delaila senang terpengaruh dengan sikap-sikap temannya diluar. Kelakuan dia itu salah. membantah larangan islam.

Ramai gadis senang terpedaya dengan kata-kata lelaki yang boleh menggodakan perasaan wanita menggunakan kata manis mereka yang hanya ada dibibir sahaja. Dari situlah mereka dibuai nafsu tanpa sedari apa yang akan berlaku di hari selanjutnya.

noor shahidah a.k.a shida`vespa

Anonymous said...

Remaja sekarang tidak berfikir dengan mendalam. Apa yang mereka rasa mereka suka dan selesa, mereka buat tanpa berfikir apa akan terjadi. Bagaimana pun ibubapa adalah peranan penting kerana jika ibubapa asyik marah remaja-remaja ini, remaja tersebut aka berasa tersinggung dan menenangkan fikiran mereka dengan membuat benda yang tidak senonoh.Ibubapa tidak sepatutnya memarah anak mereka atau ini akan menyebab anaknya rasa mereka tidak berguna.(Nur Athifah Bte Azmian 5) 1A

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang patutnya mereka tidak boleh mingikut nafsu mereka untuk membuat seks di kalangan kawan-kawan diluar.Kalau mereka membuat seks,mereka harus tempuhi masalah yang mereka akan menghadapi seperti membayar wang untuk melahirkan anak dan merawat anak.mereka juga akan berasa malu bila mereka keluar dengan anak mereka di kalangan ramai.

Muhammad Syaful B Buang
1A

Anonymous said...

dalam kisah ana, saya rasa kedua-dua mak dan anak bersalah dalam hal ini, kerana makbapa tidak boleh membising di rumah kerana itu akan menyebabkan anak-anak berasa menyampah dan tidak mahu tinggal di rumah. kedua anak-anak juga keluar dari rumah kerana mereka berasa bosan tidak ada kerja untuk di buat di dalam rumah. yang saya tidak setuju ialah apabila kawan-kawannya mengalakkan dia membuat hubungan seks bersama teman laki dan tidak menyuruhnya supaya jangan berasa segan. apalagi ketika emaknya menjemput teman lkinya tidor di rumahnya, dan ketika waktu malam mereka membuat hubungan seks itu. dalam hal ini, saya rasa kedua-dua anak mak bersalah.
nur iman maliki 1A

Anonymous said...

kita tahu bahawa membuat seks pada usia yang muda itu dilarang danmereka masih membuatnya kerana nafsu.seperti remaja remaja sekarang, kita tahu bahawa ramai yang menghisab rokok dan sebagainya.mereka tidak sepatutnya berbuat bergini.

md luqman 1b

Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang patutnya mereka tidak boleh mengikut nafsu mereka untuk membuat seks di kalangan kawan-kawan diluar.Kalau mereka membuat seks,mereka harus tempuhi masalah yang mereka akan menghadapi seperti membayar wang untuk melahirkan anak dan merawat anak.mereka juga akan berasa malu bila mereka keluar dengan anak mereka di kalangan ramai

Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang patutnya mereka tidak boleh mingikut nafsu mereka untuk membuat seks di kalangan kawan-kawan diluar.Kalau mereka membuat seks,mereka harus tempuhi masalah yang mereka akan menghadapi seperti membayar wang untuk melahirkan anak dan merawat anak.mereka juga akan berasa malu bila mereka keluar dengan anak mereka di kalangan ramai.

Muhammad Syaful B Buang
1A

Anonymous said...

Saya rasa remaja-remaja harus berfikir sebelum mereka membuat apa-apa yang tidak mendatangkan faedah.Kaum wanita ada risiko yang lebih tinggi apabila melakukan seks
dengan seorang lelaki. Setelah mendapat anak mereka harus tempuhi masalah-masalah seperti merawat anak, duit untuk membayar pelajaran anak dan banyak-banyak lagi. Selepas melakukan seks, kaum lelaki tidak bertanggungjawab untuk menjaga anak itu dan membiarkannya dengan wanita tersebut. Akhirnya, wanita-wanita akan meninggalkan anaknya begitu sahaja.

Muhammad Sharil Reiza Bin Ismail
1A

Anonymous said...

Pada pendapat saya, mereka yang melakukan hubungan seks luar nikah hanya ingin memuaskan nafsu mereka. Mereka yang melakukannya juga tidak berfikir dengan lebih mendalam tentang risiko apa yang akan mereka lalui apatah lagi hal ugama yang mereka telah langgar. Mungkin kerana mereka di abai oleh ibu bapa membuatkan anak menjadi tertekan dan mula membuat perkara yang tidak senonoh dan juga mungkin dengan kata-kata atau janji-janji pasangan yang membuatkan mereka berani dan yakin untuk melakukannya. Selain itu dengan pengaruhan oleh rakan-rakan yang pernah melakukannya juga boleh menjadi sebab mereka sanggup melakukan. Tetapi dalam perkara ini, kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa kerana ibu bapa mengajar anak-anak mereka perkara yang baik jadi setiap perkara yang kita lakukan terletak pada diri kita sendiri. Kita patut berfikir lebih mendalam dan juga tanya diri sendiri apakah benar perkara yang kita ingin lakukan itu.

Nur Mahira (1A)

Anonymous said...

Saya, nur hidayah dari 4n2 berpendapat bahawa para remaja tidak patut melakukan seks pada umur 18 tahun kebawah dan juga sebelum kahwin. Ini salah dari segi undang2 dan juga melanggar tatasusila.
(Kes mengenai Ana)
Ibu Ana tidak patut menbenarkan lelaki itu menginap di rumahnya walaupun dia mempercayai lelaki itu. Dia harus memikirkan resiko yang dia akan hadapi kerana dia mempunyai seorang anak perempuan.

Anonymous said...

Saya sama sekali tidak setuju akan tindakan ibu Ana yang membenarkan lelaki itu menginap di rumah beliau.Bagi saya ibu Ana mempunyai anggapan yang salah untuk mempercayai lelaki itu walaupun dia menganggap lelaki itu sebagai anak kandungnya sendiri.Tapi ini bukan sepenuh kesalahan ibu Ana tetapi juga kesalahan Ana.Ianya kerana Ana tahu perangai sebenar lelaki itu tetapi beliau tetap berdegil untuk membawa lelaki itu pulang.
Ini menunjukkan bahawa remaja sekarang tidak lagi memikirkan masa depan mereka.Mereka tidak kisah jika masa depan mereka sudah tidak cerah.

Adelin Osman 3C

Anonymous said...

pada pendapat saya,kebanyakan remaja-remaja sekarang telah hanyut dibuai nafsu kerana terlalu bebas dan mempunyai pergaulan yang tiada batasannya...mengenai isu seks bebas,saya rasa ia adalah suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku di kalangan remaja-remaja melayu...mereka terjebak dalam perkara ini kerana kadang-kala,mereka dipengaruhi oleh teman-teman dan dipaksa oleh teman hidup mereka...ini sebagai bukti bahawa mereka sayang dan cinta kepada si jejaka sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka sendiri...ini adalah suatu perkara yang bodoh...tuhan memberi kita akal dan fikiran supaya boleh berfikir dan membezakan antara yang buruk dan yang baik...bukan untuk mengikut nafsu yang hanya akan merosakkan dan menghanyutkan diri sendiri....!

yang ikhlas,
nUr eQa...(hekhekhek...:>)

Anonymous said...

Perhubungan seks antara remaja-remaja yang berumur kurang daripada 18 tahun amat dilarangi. Mereka membuat sedemikian kerana nafsu yang diberi oleh rakan-rakan beliau. Mereka harus bijak dalam memilih rakan yang baik supaya arah jalan hidup mereka tidak gelap. Pada pendapat saya, remaja-remaja sekarang harus membuat keputusan yang betul sebelum melakukan kerja-kerja yang tidak bagus sebelum mereka hanyut.
NuRkhaiRunNisa' 3C

Anonymous said...

< tEnTaNg Ana yAnG TeLaH MeLaKuKaN hUbUnGHaN SeKs LuAr nIkAh >

Pada pendapat saya, Ana telah diperbodohkan oleh teman lelakinyab yang ingin melakukan hubungan seks. Ana diberi tekanan oleh teman lelakinya untuk membuat seks dengannya. Kawan-kawan Ana sepatutnya menasihati Ana supaya jangan meloakukan seks tetapi mereka mendorongnya. Teman lelaki Ana telah memperbodohkan Ana dengan memberitahu kepadanya bahawa dia akan bertanggungjawab jika Ana hamil. Ana tidak patut percaya kepada janji-janji kosongnya.

xX__C.T NoR ZuLiAnI__Xx

Anonymous said...

Kes ana itu amat menyedihkan. Dalam kes ini, kedua ibu dan anak salah. Sebagai seorang ibu, dia tidak seharusnya memberi lelaki itu ke rumahnya walaupun berapa banyak dia mempercayainya. Dia harus mengenal batas batas seorang islam. Untuk si Ana, dia tidak seharusnya memberi lelaki itu memasuki rumahnya dan dia tidak harus memberi lelaki itu sentuhnya. Kerana dia memberi lelaki itu menyentuhnya, dia telah dirogol.

Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang tidak seperti remaja-remaja dahulu. Mereka tidak begitu hormat dan bersopan santun kepada ibu bapa mereka dan kawan-mereka. Mereka juga, seperti yang ditunjukkan di dalam episod Hanyut itu, tidak kisah jika mereka membuat dosa dan perkara-perkara yang tidak patut seperti meminum arak, memasuki kumpulan samseng, dan terutama hubungan seks. Pada pendapat saya, ibu bapa mereka pun juga harus membesarkan mereka dengan lebih baik.

Anonymous said...

Pendapat saya,remaja-remaja zaman sekarang kian melalukan hubungan seks diluar nikah. Akibatnya ramai remaja perempuan terlanjur kerana melakukan hubungan seks. Ini terjadi mungkin termakan dengan hasutan oleh teman-teman ataupun remaja-remaja yang tidak dipedulikan oleh ibubapa.

Oleh kerana si gadis terlanjur ibubapanya mungkin memaksa dirinya untuk berkhawin kerana ingin menutup malu ataupun mengugurkan kandungannya. Ini juga menyebabkan ramai anak-anak muda bercerai diusia yang sangat muda kerana mereka masih belum matang untuk bernikah. Akhirnya anak mereka tidak terurus.

Siti Aishah 3C

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan si pakar, bro. mohd, bahawa menikahkan si terlanjur itu bukannya cara untuk mengatasi masalah itu. si ibu tidak patut membenarkan teman lelaki anaknya menginap di rumahnya walaupun dia percaya kepada teman lelaki anaknya pada mulanya. saya tidak percaya bahawa si ibu boleh membenarkannya walaupun dia tahu bahawa itu telah melanggar undang-undang islam untuk berkepit-kepit dan bersama-sama seblum berkahwin.

Ai'dil 3c

Anonymous said...

Pada pendapat saya,siri drama realiti"Hanyut" itu sungguh bermanfaatkan.Remaja yang telah mengalami boleh menasihati supaya jangan melakukan perhubungan sebelum berkahwin.
Hafis 3C

Anonymous said...

Pada pendapat saya, ibu kepada Ana tidak sepatutnya menggalakkan lelaki itu memasuki atau menginap di rumahnya.

Dan juga saya rasa gadis-gadis zaman sekarang tidak sepatutnya terlalu percaya kepada teman lelakinya. Mereka harus tahu membezakan mana orang yang boleh dipercayai dan yang tidak.

Anonymous said...

Pada pendapat saya,ibu Ana tidak seharusnya membiarkan teman lelaki Ana menginap di rumah mereka.Dalam segi agama,perkara ini tidak digalakkan malah dilarang kerana ia teman lelaki Ana bukan muhrim walaupun ibunya fikir bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.Seharusnya,setelah Ana tahu tentang penginapan teman lelakinya,Ana mengunci pintu biliknya ketika tidur.Ana pula bodoh kerana bersetuju untuk membuat perkara yang jijik dan kotor itu apabila dipaksa oleh teman lelekinya.Tidak terfikirkah dia akan apa yang akan berlaku di masa hadapan?!Dalam perkara ini,bukan salah Ana sahaja,ibunya juga bersalah.Tidak terfikirkah dia bolehkah terjamin keselamatan mereka sekeluarga yang tidak ada seorang muhrim lelaki(bapa Ana)apabila ada orang lelaki yang bukan muhrim dan tidak dikenali dengan rapat menginap di rumah mereka?!Memang bodohlah mereka berdua!Jadi daripada perkara ini sesuatu telah dipelajari,bahawa didikan agama dan sokongan moral daripada keluarga amatlah penting!Disebabkan oleh ketiadaan ini semualah perkara-perkara begini banyak berlaku di Sinapura.Oleh itu ambillah cerita ini sebagai satu iktibar buat anda semua....

Nur Isnani (3C)

Anonymous said...

Remaja-remaja sekarang tidak patut membuat hubungan seks pada umur yang kurang dari 18 dan sebelum kahwin. Mereka tidak patut juga memasuki kumpulan seperti samseng-samseng. Mereka juga tidak patut meminum arak serta menghisap rokok lebih kurang dari umar yang patut. Ahmad Khairil Annuar 3D

Anonymous said...

Menurut ugama islam, perempuan dan lelaki sememangnya tidak harus berpegang antara satu sama lain.. itu sahaja sudah berdosa.. apatah lagi berzina.. mengenai ana yang membawa teman lelakinya balik ke rumah nya: saya terkejut apabila ibunya itu membenarkan kelakuan anak nya itu.. mereka tidak patut membuat hubungan seks pada umur yang kurang dari 18 tahun atau sebelum nikah.. mereka pun tidak sepatutnya mengisap rokok dan minum arak.. masalah ini semua sebenarnya berpunca daripada kekurangan kasih sayang dah perhatian dari ibu bapa..

Anonymous said...

Pada pendapat saya,remaja-remaja tersebut tidak berfikir dengan betul untuk melakukan hubungan seks. Mereka sepatutnya berfikir sebelum melakukannya.Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menasihati anak mereka.Remaja tidak patut diberikan kebebasan yang tidak terbatas. Remaja perempuan tidak mempercayai sangat kepada teman lelaki. Hendaklah berfikir sebelum melakukan kehendak teman lelaki. Jangan ikutkan sahaja. Jangan memberi peluang apabila dipaksa.
Muhamad Safari Masnor (Talib Buih)3C

Anonymous said...

Budak-budak sekarang memang tidak patut membuat hubungan seks pada umur yang kurang dari 18 tahun.Ini semua tidak baik. Banyak dosa akan ditanggung.

Den Mohd 3D

Anonymous said...

Mengenai program 'Hanyut' tersebut,saya berpendapat bahawa program ini sangat berfaedah dinonton.Lagi-lagi untuk remaja-remaja seperti saya sendiri.Program ini menunjukkan apa yang sedang berlaku kepada remaja-remaja tersebut zaman skarang.Ramai remaja kini,sering terperanguh kepada kumpulan-kumpulan samseng dan hubungan seks untuk merasakan kasih sayang dan tidak berfikir bahawa perkara tersebut tidak patut dibuat(seperti ditunjuk di program 'Hanyut' tersebut).Oleh itu,ramai ibu bapa harus tahu kemana anak-anak mereka pergi dan dengan siapakan mereka pergi dan terutama sekali,ibu bapa harus memberi masa tepat yang anak mereka harus pulang ke rumah.Kadang-kadang,perkara seperti membuat seks sebelum kahwin BUKAN salah ibu bapa atau sesiapa yang menjaga remaja tersebut,TETAPI,remaja itu yang tidak mahu dengar kata-kata orang tua dan mahu membuat sesuka hatinya lalu menyesal dan sedar bahawa,tanpa ibu bapanya,die tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.Saya harap remaja-remaja sebegini akan sedar akan kesalahan mereka dan akan insaf kemudian.
Rozanna*3C*

Anonymous said...

Remaja tidak patut membuat hubungan seks kerana banyak dosa akan ditanggung dan banyak masalah akan timbul.
Haikal 3D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sudah jelas mengatakan bahawa Islam melarang kita melakukan seks luar nikah. Remaja- remaja sekarang selalunya melakukannya kerana nafsu mereka sendiri dan ada juga dari tekanan dari kawan pergaulan mereka. Mereka akan mencari peluang untuk melakukannya. Terutama sekali apabila tiada sesiapa di rumah. Ibu bapa juga dalam hal ini harus berhati-hati apabila mereka tahu tiada siapa akan berada di rumah pada waktu tersebut. Remaja-remaja yang terjerumus dalam perkara sebegini selalunya berpunca dari teman lelaki pada perempuan itu. Perkara sebegini bagi saya adalah sangat bodoh kerana bagi saya, tidak semestinya jika kita sudah bertahun-tahun mengenalinya, kita boleh melakukan perbuatan sebegini bersamanya. Seseorang itu boleh bertukar pandangan dan perangai bila-bila sahaja dan remaja-remaja sudah seharusnya tahu baik dan buruk akan sesuatu perkara itu.
liyana (3c)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Remaja2 skrg ingin tahu lebih lanjut tentang seks lalu mereka pun mencuba membuatnya. Saya rasa mereka harus tunggu hingga mereka
sudah berkahwin...
fareez3d

Anonymous said...

saya rasa bahawa rancangan"Hanyut"sungguh berguna kerana ia menyedarkan segolongan remaja dan ibubapa yang sibuk dengan kerja dan mengaibaikan anak-anak mereka.ia juga menunjukkan bahawa sebahagian daripada ibubapa mereka tidak kisah apa yang dilakukan oleh mereka sehinnga mereka terlanjur dan melakukan seks tanpa segan silu.mereka sepatutnya memikirkan tentang masa depan mereka.ia juga menunjukkan bahawa mereka tidak harus memasuki kumpulan samseng dan mereka akan membuat kerja seperti merokok,minum arak dan lain-lain.

putri azira 3d

Anonymous said...

Saya rasa siri drama hanyut ini telah membawa kesan yg amat bermanfaat terhadap saya. Remaja sekarang semakin liar dan tidak mempunyai segan-silu di depan khalayak ramai terutama sekali gadis-gadis melayu kita. Mereka berpakaian yang tidak sopan. Ini menjolokkan mata lelaki yang pandang diluar. Jumlah hubungan seks juga sudah meningkat. Dalam soal ini, siapa yang harus dipersalahkan.. Pada pandangan saya, dalam kes Ana yang hamil gara-gara melakukan seks, saya rasa ibunya, ana dan juga lelaki itu dalam kesalahan. ibu Ana tidak sepatut menyuruh si lelaki itu bermalam dirumahnya. Sebagai orang tua, dia harus memberi lebih perhatian terhadap anaknya dan menanamkan pegangan agama yang kuat.

Nur Amira Aida 3D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.