19.1.05

010. Kata Pakar: Dibuai Nafsu

Pakar yang akan berkongsi pendapat mengenai isu ini ialah Encik Mohd Ali Mahmood, juga dikenali sebagai Bro Mohd. Beliau merupakan seseorang yang amat berpengalaman dalam bidang kaunseling keluarga. Bro Mohd sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah di sekolah dan pendapat-pendapat beliau sering disiarkan di Berita Harian. Kini, Bro Mohd merupakan Pengarah Pusat di Pusat Khidmat Keluarga PPIS-Jurong.

Bro. Mohd berpendapat...
Assalaamualaikum wr. wb.

Banyak sekali komen yang tertera tentang isu remaja yang dibuai nafsu. Untuk pengetahuan remaja, Pusat Khidmat Keluarga PPIS-Jurong, di mana Bro Mohd bertugas mengendalikan 3 kes setiap minggu dimana remaja yang ingin dinikahkan kerana sudah terlanjur.

Memang betul komentar Irma Sakinah, Nur Hanisah dan remaja yang lain. Ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menikahkan anak remaja mereka yang hamil kerana ingin meutup malu atau rasa kasihan kepada bayi yang dikandung. Malangnya, pernikahan bukanlah akhir masalah mereka tetapi permulaan bagi masalah yang baru.

Walaupun secara rasional kita rasa janji-janji teman lelaki untuk bertanggungjawab itu suatu yang bodoh, ramai juga remaja wanita yang tertipu kerana dibuai nafsu mereka sendiri. Cuba bayangkan, walaupun si lelakinya ingin bertanggungjawab, apakah masa depannya bernikah pada usia muda, dengan suami yang tidak ada kemampuan menanggung nafkah dan menjadi pembimbing keluarga?

Nur Amirah, Siti Zinnirah dan yang lainnya nampaknya marah kepada si ibu yang membenarkan teman lelaki Ana bermalam di rumahnya. Inilah kenyataan kehidupan bahawa, walaupun dewasa, seorang ibu itu juga boleh melakukan kesilapan.

Sebahagian besar kes remaja yang melakukan seks, selalunya berbuat demikian dirumah mereka, apabila ibu bapa keluar bekerja. Oleh kerana tiada pengawasan, berbagai perkara yang boleh berlaku.

Ada juga kalangan remaja yang mengaggap pengetahuan agama itu penting untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku. Ini memang benar. Sebahagian kes yang kami tangani kurang berpengetahuan. Malahan ada juga yang tidak tahu mengucapkan syahadah! Tetapi rata-rata semuanya tahu bahawa berzina itu salah dalam Islam.


Pokoknya, ilmu tanpa amal itu merugikan. Jadi, bukan setakat tahu ilmu agama, kita haruslah berusaha untuk mengamalkannya: seperti solat (mengajarkan kita tentang (disiplin yang berterusan), puasa (menahan diri), zakat/sedekah (bertimbang rasa), pergi haji (pengorbanan).

Di sini Bro Mohd hendak memberi sedikit panduan untuk remaja semua supaya dapat melayari kehidupan sebagai remaja ini dengan lebih baik:

  1. Pilihlah kawan yang baik. Pesan Rasullullah "Perumpamaan teman yang solih dan teman yang jahat ialah laksana pembawa minyak wangi dan tukang besi. Adapun pembawa minyak wangi, sama ada dia memberimu sedikit, ataupun anda membeli daripadanya sedikit, ataupun anda dapat mencium bau-bauan yang wangi. Adapun tukang besi, sama ada dia membakar bajumu, ataupun akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk!" Bagaimana hendak memilih kawan yang baik? lihatlah tingkah lakunya, percakapannya, dan pemikirannya. Inilah cermin yang memantul akhlak dalam diri teman itu.
  2. Jagalah diri anda dahulu, sebelum menjaga diri orang lain. Ramai remaja yang beranggapan bahawa tujuan mereka berkawan dengan seseorang itu kerana berharap untuk mengubah sikap atau kelakuan teman yang kurang baik. Walaupun niat ini harus dipuji, kita harus sedar bahawa seseorang itu tidak akan berubah jika dia sendiri tidak sedar dan tidak ingin berubah. Dalam kegairahan kita ingin membantu, kita mungkin terikut-ikut dengan perbuatan mereka yang kurang baik.
  3. Jauhkan diri anda dari perkara-perkara yang membawa kepada maksiat. Cuba fikirkan, berapa ramai antara remaja kita yang suka mengakhiri tutur bicara dengan perkataan 'sial', bukankah ini suatu sumpahan? Ternyata, dengan membuat begini, anda meyumpah teman anda sendiri. Dan oleh kerana itu, ianya juga memantul kepada diri anda! Jadi, janganlah terperanjat jika anda selalu tidak bernasib baik!
  4. Carilah orang yang boleh anda contohi (role model). Orang yang terbaik dicontohi adalah Rasulullah. Tetapi jika para remaja ingin seseorang yang lebih dekat, gunakanlah ibu bapa anda sebagai contoh. Malangnya ada juga ibu bapa yang tidak boleh menjadi contoh kepada anak-anak mereka kerana mereka sendiri tidak menunjukkan sikap yang terpuji. Oleh itu, carilah seorang mentor dari kalangan sedara mara, guru, ustadz dan sebagainya. Pastikan mereka yang dijadikan mentor adalah mereka yang menganjurkan melakukan kebaikan dan amal soleh.

Sampai di sini sahaja komentar dari Bro Mohd. Jika ada pertanyaan lanjut, ajukan emel kepada: mohdali@ppisjurongfsc.com

Wassalaam

Brother Mohd.

3/3/05 10:35

17 comments:

Anonymous said...

Saya sungguh bersetuju denagn apa yang Bro.Mohd telah bincangkan. Kita semua harus memilih kawan dengan lebih berhati-hati, memilihlah kawan yang penuh dengan akhlak supaya teman itu boleh menegur kawannya apabila kelihatan membuat perkara yang salah.
Kita perlu membetulkan atau menjaga diri kita sendiri sebelum menjaga orang lain. Kadang-kala semasa ingin membetulkan kesalahan seseorang itu, dia sendiri juga boleh mengikut tingkah laku seseorang itu.
Kita seharusnya menjauhkan diri dari maksiat atau perkara-perkara yang terkutuk. Ia akan membawa malu pada diri anda dan juga famili anda.
Carilah contoh(role model) untuk mengubah diri anda. Dengan cara ini, anda akan cuba mengikut jejak contoh, seperti Ustaz atau ibu bapa. Ibu bapa seharusnya orang pertama yang boleh membuat contoh tetapi kalau perangai mereka boleh membawa malu kepada masyarakat, buat apa hendak mengikut gerak-geri mereka? Buat penat sahaja.
Saya akhiri pendapat saya dengan serangkap pantun.

Burung-burung di pokok comel amat,
Berkicauan kerana lapar ingin makan.
Pesanan diberi oleh Bro.Mohd,
Cubalah kita selalu amalkan.
Nurdayana
3A

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan Bro.Mohd bahawa menikahkan anak kerana sudah terlanjur bukan satu jalan keluar yang baik.Ada banyak lagi cara yang lebih baik.
Menikahkan anak pada usia yang muda akibat terlanjur juga tidak baik kerana akan melibatkan masalah rumah tangga yang lain pula.
Sekian terima kasih.
Nur Aqilah,3A

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan apa yang telah dikatakan oleh bro.mohd.
Ibu bapa menikahkan anak mereka yang hamil untuk menutup malu.Saya rasa ini adalah jalan yang salah kerana mungkin masalah baru akan berlaku.
Saya juga setuju bahawa kita harus memilih kawan yang baik supaya tidak menjadi liar.
Selain dari itu,kita harus menjaga diri sendiri sebelum menjaga diri orang lain.Saya juga selalu menggunakan perkataan sial dan ingin mengubah cara percakapan saya.Dan cari seorang 'role model' yang telah dikatakan oleh bro.mohd.

Sampai di sini sahaja dan berharap bro.mohd akan memberi komen untuk perbincangan yang lain.

Jalilah 3B

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan pendapat Bro.Mohd mengenai tindakan ibu bapa untuk mengahwinkan anak mereka kerana untuk menutup malu ialah salah. Ini kerana mereka masih lagi mentah dan tidak tahu apa-apa tentang rumah tangga. Inilah yang menyebabkan masalah baru yang akan dilalui oleh mereka. Kebanyakan dari mereka ini, mereka akan hidup dalam menderita kerana tiada siapa ingin bantu dan ibu bapa akan mengatakan bahawa mereka ini sudah berumah tangga jadi ibu bapa akan cuba untuk membantu anak mereka yang dalam kesusahan ini.

Mohd. Hishamuddin(29)3A

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan pendapat Bro.Mohd mengenai tindakan ibu bapa untuk mengahwinkan anak mereka hanya kerana untuk menutup malu dan ini adalah salah. Ini kerana mereka masih lagi mentah dan tidak tahu apa-apa tentang rumah tangga. Dan selain itu,ada lagi cara-cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini.Kelakuan ibu bapa mereka seperti begini juga tidak baik kerana ia akan melibatkan lebih banyak masalah rumah tangga yang lain yang akan anak mereka hadapi.

Muhammad Shazni(30) 3A

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya amat setuju dengan komen-komen yang telah disiarkan.Pada pendapat saya, separuh remaja tidak pandai memilih kawan.Mereka dipengaruhi dengan rakar-rakan yang lain.Kita haruslah menjaga diri dengan baik. Jika tidak berhati-hati,kita boleh terikut dengan sikap negatif kawan-kawan kita. Ingatlah bahawa ibu bapa sayangkan kami dan janganlah mengabaikan nasihat mereka.Sampai disini sahaja.
Terima Kasih
-nadia

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pada zaman sekarang remaja-remaja membuat kerja dengan tidak memikir dengan baik.Mereka membuat benda dengan tidak memikir apa yang akan terjadi.Dan jika ibu bapa tidak menghiraukan tentang pergaulan anak-anak mereka,mereka akan bergaul dengan budak-budak yang nakal.Mereka juga akan mengandungi stres apbila ibu bapa mereka asyik mengongkong anak-anak mereka.(Muhammad A'fian Bin Zuraini 23)(1A)

Anonymous said...

Pada pendapat saya, remaja yang berada di dalam keadaan begitu haruslah berfikir betul-betul sebelum membuat sebarang keputusan. Remaja begitu juga harus menjalani sesi-sesi kounseling untuk membut beliau lebih sedar tentang perkara yang akan berlaku jika beliau membuat cadangan untuk mwnyimpan bayinya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pada pendapat saya, remaja yang berada di dalam keadaan begitu haruslah berfikir betul-betul sebelum membuat sebarang keputusan. Remaja begitu juga harus menjalani sesi-sesi kounseling untuk membut beliau lebih sedar tentang perkara yang akan berlaku jika beliau membuat cadangan untuk mwnyimpan bayinya.

khairul 1A

Anonymous said...

Daniel berkata...
saya sangat sependapat dengan komen-komen mereka.Memang tidak baik untuk kita menikah di usia yang sangat muda.Oleh kerana itu saya menyarankan agar orang tua dapat memberikan peangawasan yang lebih ketat lagi. (1b)

Anonymous said...

Pada pendapat saya,remaja perlu fikir betul-betul sebelum membuat perkara seperti begitu.ibu bapa mereka pun mesti mendidik anak mereka supaya mereka membuat yng baik.
Abdul Muiz

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang di komenkan oleh bro mohd.Memang benar sebahagian daripada keseluruh ibu bapa menikahkan anak mereka di usia yang begitu muda.Kerana apa mereka melakukan sebegitu?Jawapannya sering dibaca atau didengar di mana-mana sahaja.Menutup malu ialah jawapannya.Adakah laku yang diambil itu adalah satu-satunya jalan penyelesaian?Malangnya rumah tangga yang dibina itu tidak akan berpanjangan dengan adanya masalah baru seperti kekurangan wang untuk menanggung bayi,tidak cukup peralatan rumah dan sebagainya.Meraka juga tidak pakar dalam seperkara sebegini.Justeru bercerai.
Sesetengah ibu bapa pula mengambil keputusan untuk menggugurkan bayi dalam kandungan!!Astagfirulah...ia bukan sesuatu yang baik tetapi dosa.Tidakkah ibu bapa tahu bahawa menggugurkan bayi di dalam kandungan itu seperti membunuh seseorang yang tidak bersalah??Tidak terlintaskah di minda mereka??Siapakah harus dipersalahkan??Ibu bapa atau anak mereka?
Pada hemat saya kedua-duanya patut dipersalahkan.Ibu bapa telah gagal mengawal kebebasan anak mereka.si anak pula telah mengambil kesempatan terhadap kebebasan mereka.
Akhir kata,carilah kawan atau teman yang berhati suci bukan yang memiliki rupa sahaja dan jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis.
Nurdayana 1B

Anonymous said...

Saya rasa ibu bapa tidak harus terus menikahkan wanita yang hamil walaupun wanita tersebut mengaku bahawa dia telah melakukan seks yang tidak harus dilakukan dalam Islam.
Remaja sekarang pun tidak harus melakukan seks walaupun dia suka kepada seseorang itu.
Saya setuju dengan pendapat bro.mohd bahawa kita harus memilih kawan yang baik,menjaga diri sendiri sebelum menjaga diri orang lain,menjauhkan diri dari perkara yang membawa maksiat,cari orang yang boleh dijadikan contoh dan tidak mengikut cara orang lain yang membawa maksiat walaupun kita kenal orang itu atau tidak.
Saya mempunyai seorang makcik yang berbuat demikian.Dia seorang yang mempunyai banyak peminat di tempat kerjanya.Pada suatu hari,bapa saya menyuruh makcik saya membawa lelaki itu pulang ke rumah nenek saya,tetapi dia membawa lelaki tersebut pada majlis perkahwinan kawan nenek saya.Anaknya bongsunya baru naik pelamin.Saya rasa makciksaya takut hendak dimarahi oleh bapa saya.Makcik saya amat jahat.Dia melakukan seks,menghisap rokok,mengambil dadah dan sebagainya.
Itu sahaja yang saya ingin menceritakan.Moga-moga remaja sekarang tidak akan melakukan perkara tersebut.
Nurul Atiqah 1B

Anonymous said...

Saya sungguh bersetuju dengan apa yang Bro.Mohd telah bincangkan. Menikahkan anak kerana sudah terlanjur bukan satu jalan keluar yang baik. Ibubapa mereka haruslah berfikir betul-betul sebelum membuat sebarang keputusan.Ada banyak lagi cara yang lebih baik.Remaja begitu juga harus menjalani sesi-sesi kounseling untuk membuat beliau lebih sedar perkara yang mereka menghadapi. Walaubagaimanapun, menikahkan anak bukan satu jalan keluar yang baik.

-Dr Muhamad Shafrin, 3c

Anonymous said...

saya setuju dengan komen yang diberi oleh murid-murid dan bro mohd.ramai ibu bapa menyuruh anak mereka untuk menikah pada usia yang muda supaya mereka boleh ada hidup sendiri dan tidak menyusahkan ibu bapa mereka sendiri.pada pendapat saya,ibu bapa seperti gitu memang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sebagai ibu bapa.bagi remaja yang mengandung sebelum mereka kahwin, mereka harus sedar yang mereka sudah melakukan sesuatu yang tidak sehaursnya diperbuat.ada mereka yang tidak peduli dan gugur 'anaknya' itu.jikalau mereka bertanggungjawab,mereka tidak seharus gugur anak itu dan jaga anak itu.mereka tidak seharusnya berasa malu kerana mereka sendiri sudah harus melakukan sesuatu yang SUDAH MEMALUKAN!
nur fahriyah (05) 3d