20.1.05

011. Hanyut: Kerana Diabaikan

Pelajar yang budiman,

Nampaknya hebat juga pendapat-pendapat yang telah anda kemukakan. Saya agak berpuas hati dengan perbincangan yang telah diadakan tentang episod itu semasa di bilik darjah dan seterusnya di Blog ini. Saya berharap perbincangan sihat ini akan diteruskan bersama keluarga anda juga bila di rumah nanti.

Episod yang disiarkan pada 10 Jan 2005 juga tidak kurang hebatnya. Secara ringkas ianya mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang mula bekerja dalam usia semuda 13 tahun akibat keperluan keluarga. Dia dan adik beradiknya tinggal bersama nenek di sebelah bapanya setelah penceraian ibu bapa mereka. Bapanya pula berada di dalam tahanan.

Apa yang menyedihkan ialah remaja tersebut mula bekerja sebagai pelayan di kelab malam dan menambahkan pendapatannya dengan menjadi seorang ibu ayam. Dia berkenalan dengan gadis-gadis seusianya untuk diperkenalkan kepada abang-abang angkatnya yang menggunakan diri mereka sebagai alat-alat memuaskan nafsu mereka.

Apa perasaan anda apabila menonton rancangan tersebut? Apa yang berligar di ingatan anda apabila melihat gadis-gadis tersebut diperalatkan oleh lelaki-lelaki yang bergelar abang angkat itu? Apa pula pendapat-pendapat ahli keluarga anda?

42 comments:

Anonymous said...

Isu yang diketengahkan ialah tentang kehidupan seorang budak perempuan sebelum dia dimasukkan ke Pertapis. Pada usia yang muda,dia sudah bekerja demi adik-beradiknya. Walaupun niatnya baik, dia tidak patut bekerja di kelab-kelab malam kerana usianya masih muda. Dia juga bekerja sebagai ibu ayam kerana dia boleh mendapat duit yang banyak. Dia berasa tertekan apabila duduk di rumah kerana neneknya selalu berleter. Pada pendapat saya, orang tua berleter kerana mereka sayangkan kita tetapi kita sebagai remaja tidak dapat menerimanya. Pada kita, mereka selalu berleter kerana mereka benci kita. Orang tua sepatutnya menasihati kita apabila kita bersalah dan menunjukkan bahawa mereka sayangkan kita dengan mencium atau membelai rambut kita. Jika mereka melakukan begitu, kita tentu akan merasakan bahawa ada orang yang menyayangkan kita. Budak perempuan itu lebih suka berlepak bersama abang-abang angkatnya kerana dia rasa mereka ialah tempat di mana dia boleh berlindung dan menceritakan tentang kegemarannya. Walaupun begitu, abang-abang angkatnya juga yang yang mengajarnya meminum arak, menjual dadah dan menghisap rokok dan ganja. Pada pendapat saya, kita tidak patut mengikut apa yang diajar oleh kawan-kawan jika ia salah.Budak perempuan itu tentu tahu membezakan antara yang buruk dan baik. Mereka yang pernah membuat kesalahan, seperti budak perempuan ini tidak semestinya bodoh. Mereka mungkin lebih pandai dari kita.

Siti Zinnirah 3B

Anonymous said...

Saya berasa kasihan kerana Aida harus mengambil pekerjaan yang tidak begitu sopan demi keluarganya.Beliau seharusnya berfikir dahulu adakah kerja itu halal atau haram.Tetapi sebaliknya,Aida harus buat demikian kerana ibunya tidak meluangkan masa dengannya dan menjadi liar.Saya juga setuju dengan kaunselor yang berkata tidak kira kalau kita mempunyai kedua ibu bapa ataupun ibu bapa yang telah bercerai.Ianya bergantung kepada ibu bapa supaya meluangkan masa mereka yang terhad dengan anak-anak mereka.Seorang anak dan ibunya harus mempunyai kepercayaan antara satu sama lain kerana anak-anak remaja sekarang sering menghadapi tekanan dan selalunya memberitahu masalah mereka kepada kawan.

Aida juga seharusnya memilih kawan yang berfikiran positif dan yang boleh dipercayai,bukan seperti abang angkatnya yang membuatnya sebagai 'scapegoat'.Boleh dikatakan bahawa ibu bapa Aida bersalah kerana tidak meluangkan masa denagn anak-anak mereka walaupun mereka terlalu sibuk.

Ibu bapa saya pula tidak berkata apa-apa.Saya rasa mungkin mereka pun ada terfikir yang mereka tidak meluangkan masa dengan kami walaupun tidak terlalu sibuk.Bagi saya,mungkin ibu bapa saya harus duduk bersama-sama,meluangkan masa,membincangkan masalah kami.
Jalilah(3B)

Anonymous said...

Pada pendapat saya,ibu bapa dan keluargabahagia memainkan peranan yang besar untuk membentuk seseorang anak.Dalam situasi Aida,dia dibesarkan tanpa mempunyai keluarga yang bahagia.Kerana ini dia terlalu keseorangan dan dibiarkan.
Aida juga salahkerana dia patut brrfikir dan mengetahui apa yang betul atau salah.Dia tidak memilih kawan yang betul.Dia terlalu mempercayai rakan-rakannya.
Saya cadangkan ibu bapaharus menhambil masa untuk mengenal lebih mendalam tentang anak mereka.Ibu bapa harus bersabas dan mendengar apa yang hendak dikatakan.Memberi nasihat dan kurangkan berleter.Ia adalah baik untuk mengenal dan berjumpa kawan-kawan anak mereka.
Nur Amalina (12)3A

Anonymous said...

pada pendapat saya,Aida ialah seorang remaja yng dahgakan kasih sayang ibu bapa.Dia tinggal bersama neneknya yang menjaga adik-adiknya yang lain.Pada saya, neneknya bersalah kerana tidak mengizinkan ibunya untuk menjaga mereka selepas bercerai dengan bapanya.Saya faham bahwa orang tua seperti nenek aida mudah melepaskan marah tetapi dia sepatutnya memahami keadaan Aida yang penat bekerja untuk menanggung mereka semua di rumah.Sebagai remaja, saya juga berasa bingit apabila seseorang berleter ketika sya penat.Selain itu, Aiada bekerja di kelab-kelab malam sebagai pelayan.Dia kata di sana, dia bagaikan ibu ayam.Aida tidak patut mengenali perempuan-perempuan yang tidak bersalah, hanya ingin berhibur di sana, kepada abang angkatnya dan kemudian dipergunakan untuk memuaskan nafsu masing-masing. Dia berbuat demikian hanya untuk kepentingan sendiri dan mendapat wang yang banyak, tidak memikirkan orang lain.Abang angkatnya telah mempengaruhi dia untuk meminum arak dan mengambil dadah.Dia banyak membuat kesalahan tetapi tidak ditangkap.Mungkin ada hikmah disebalik perbuatannya itu untuk mencuri duit syarikat.Dia semata-mata menunggu untuk ditangkap oleh polis.Dia inginkan perhatian dan telah dimasuki ke dalam rumah tumpangan khas itu.Ada kebaikan dia pergi ke sana.Aida telah mempelajari banyak benda di sana.Saya amat kagumi dengannya kerana walaupun sudah keluar dari tempat tersebut dan tinggal bersama ibunya,dia menjadi sukarelawan untuk membimbing budak2 perempuan bermasalah disana ke jalan yang benar,memberi pertolongan dan juga nasihat kepada mereka.


nurfarahin(3A)

Anonymous said...

1)pertama sekali Aida seorang kakak yang bertanggungjawab.dia menjaga adiknya dan bekerja pada waktu malam untuk mencari duit lebih untuk keluarga.
2)ibunya juga bersalah dalam hal ini.dia tidak sepatutnya mengabaikan keluarganya dan meletakkan mereka di bawah jagaan ibunya yang sudah tua.
3)disebabkan Aida selalu dimarahi neneknya walaupun jika bukan salahnya,dia rasa tertekan dan selalu keluar rumah pada waktu malam untuk mengelakkan diri daripada stres. dia bercampur dengan lelaki2 yang kononnya 'abang2nya' dan banyak dipengaruhi oleh mereka.dalam hal ini,dia telah salah memilih kawan kerana akhirnya 'abangnya' sendiri telah menuduhnya atas kesilapan yang tidak dilakukannya.
4)dengan bercampur dengan lelaki2 yang tidak bermoral itu,dia juga menjadi lebih liar dan berani.dia mula minum arak,menjual dadah,menagih dadah dan sebagainya.walau bagaimanapun,dia tidak mengambil bahagian dalam 'gang fight'.saya kagum dengannya kearan itu sajalah satu2nya perkara yang berani dia mengelak dari membuat kerja jahat.
5)jika dia rasa tertekan,dia sepatutnya mencari seseorg yang boleh dipercayai dan yang memahami dirinya dan minta nasihat.dia tidak harus menyeksa dirinya dengan melakukan kerja yang bodoh seperti menagmbil dadah.tetapi,yang paling penting sekali,dia harus pandai memilih kawan.dia menjadi hanyut pun kerana 'abang2nya' yang dipercayainya sangat itu.

irma sakinah(3A)

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Aida merupakan seorang remaja yang mempunyai arah yang tidak menentu. Ia berpunca dari keluarganya sendiri. Ibu Aida- Walaupun sudah berkhawin lagi, beliau masih lagi bertanggungjawab untuk menjaga anak-anaknya. Neneknya- Beliau harus memahami betapa bebannya untuk Aida untuk belajar sambil bekerja. Oleh itu, Aida lebih senang dipengaruh kerana tidak mempunyai kawalan. Daripada meleter, neneknya harus ajak berbual, tanyakan masalah, menunjuk keprihatinan dan juga memberi sokongan. Aida masih muda untuk bekerja. Ada juga wadah lain bagi mereka untuk mencari wang. Seperti meminta pertolongan MUIS atu sebagainya. Si ibu juga harus diberi peluang untuk beliau melaksanakan tanggungjawab. Pokoknya, kawalan itu penting. Jika anak kita diabaikan, mereka boleh terjerumus dalam pelbagai-bagai bahaya di luar.

Adilah Othman
3A

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Aida telah membuat satu pengorbanan dengan cara yang salah. Beliau boleh mencari kerja sambilan lain yang boleh mendapatkan wang halal, dan tidak patut berhenti sekolah. Saya kasihan dengan beliau kerena ahli keluarganya tidak ada satu pun yang menunjukkan perhatian dan sokongan moral kepadanya. Saya juga sungguh tidak setuju dengan cara neneknya. Neneknya tidak patut menghalang ibunya daripada berjumpa dan menjaga cucu-cucunya. Cara neneknya menasihati Aida juga terlalu kasar. Remaja akan mengambilnya sebagai mengomel dan bukan nasihat. Dengan kelakuan neneknya itu, telah menyekat kasih sayang seorang ibu yang patut Aida dan adik-beradiknya patut mereasai.
Pada pendapat saya, Aida tidak patut terlalu mempercayai abang angkatnya itu. Saya mengasihani beliau kerana harus menempuhi dengan cabaran sebesar ini.

Tetapi, alhamdulilah, beliau insaf.

NUR AMIRAH.MATHURI 3A

Anonymous said...

Episod 'Hanyut ini mempaparkan kesan-kesan negatif daripada sesebuah penceraian.Penceraian merupakan salah satu punca utama dalam masalah remaja masa kini.Pada pendapat saya,kebanyakkan remaja-remaja ini datangnya dari keluarga yang mengalami penceraian. Ada dari mereka berkata bahawa ibu atau bapa tunggal mereka yang bersalah kerana tidak memberi kasih sayang dan perhatian.Tetapi, mereka juga harus dipersalahkan kerana mereka sendiri yang harus pandai memilih kawan, menilaikan perkara yang baik atau yang buruk.Ibu bapa perlu juga memberikan secukup perhatian walaupun sungguh sibuk.Remaja juga perlu mengetahui tentang keburukan rokok,meminum arak atau menghisap dadah.Ibu bapa juga harus bertanggung jawab untuk memberitahu tentang bahayanya menghisap dadah dan sebagainya.Ibu bapa yang menghadapi penceraian sering melepaskan perasaan marah,sedih dan macam-macam lagi pada anak-anak mereka.Masalah ini membuatkan remaja-remaja keluar menjumpa kawan-kawan untuk mencari ketenangan dan senang dipengaruhi kawan-kawan mereka.

Sharifah Maryam 3B

Anonymous said...

Seperti dari episod yang lalu, satu persamaan yang dikongsi didalam kisah ini ialah ibu tunggal dan bercerai kerana penyalahan megguna dadah. oleh kerana itu bapa kepada mangsa ini telah dibawa ke pusat pemulihan dadah. Syukurlah Aida sekarang telah kembali ke arah yang benar. Kisah Aida ialah unik sedikit kerana pada usia yang amat muda, dia telah pun berpengalaman sebagai ibu ayam iaitu pada umurnya 13 tahun. Saya juga terperanjat dengan realiti hidupnya. Dia sanggup mengguna kawan-kawan yang sebaya dengannya untuk menjadi ayam yang abang angkat Aida akan memuaskan nafsu mereka. Aida pula harus bekerja untuk menampung perbelanjaan kakak, adik dan juga abangnya. Dengan itu Aida mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Neneknya yang suka berleteh itu membuat kehidupan Aida lagi terseksa. Walaupun Aida ingin mencari kerja haruslah beliau memilih kerja yang halal dan bukan untuk berjinak-jinak dengan pekerjaan yang haram.
Nenek Aida pula tidak patut membuat Aida seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan kerana aida yang sealu dipilihnya untuk dimarahi. Sepatutnya nasihat yang harus diberi dan bukan hanya mencari kesalahan Aida dengan tanpa sebab. Tergamak nenknya tidak membenarkan ibu Aida untuk adanya pertalian kasih sayang yang apa di ingini oleh Aida sehinggalah 7 tahun lamanya sebelum mereka bertemu semula apabila Aida meminta satu permintaan dari pihak Pertapis. Aida juga ialah pelajar yang pertama lulus dalam peperiksaan peringkat GCE'O'. Saya berharap kami semua mendapat satu pengajaran dari kisah hidup Aida sebelum kita kesal tidak sudah....

Dari: Mohamad Hishamuddin Bin kamal (29) 3A

Anonymous said...

Setelah menonton kisah Aida saya amat terkejut kerana Aida sanggup membuat begitu. Saya rasa kerana desakan kawan telah membuatnya sampai menjadi seperti itu. Saya fikir Aida telah memilih jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalahnya dalam mencari kerja, oleh itu dia memilih untuk menjadi sebagai ibu ayam. Saya kesian juga melihat Aida apabila dia selalu dimarah oleh neneknya yang tiada perasaan kasih sayang terhadap cucunya itu sehinggakan neneknya tidak membenarkan ibu Aida untuk berjumpa dengan Aida. Dalam masalah ini neneknya yang bersalah.

Muhammad Shazni(30) 3A

Anonymous said...

Saya rasa 'Aida' ialah seorang yang bertanggung jawab.Dia bertanggung jawab terhadap dirinya sebab dia tetap ke sekolah walaupun dia harus bekerja di malam hari.Dia juga bertanggung jawab terhadap adik-adiknya kerana dia sanggup sekolah dan bekerja untuk menampung duit belanja adik-adiknya.Dia sebenarnya seorang yang pandai tetapi dia bergaul dengan abang angkatnya yang selalu menghisap rokok dan meminum arak.Di situlah di mana dia terpengaruh dan dia juga digalakkan oleh abang angkatnya untuk mengahisap rokok dan meminum arak.Saya mengatakan yang dia seorang yang pandai sebab dia tahu yang dia harus mencari duit untuk adiknya dan dia juga tidak melibatkan diri apabila ada sesuatu pergaduhan.

Setelah dia dimasukkan di Pertapis, dia dapat jumpa dengan ibunya dan saya rasa itu ialah perkara yang baik sebab ibunya juga yang mendorongnya untuk mengubah perangainya.

Saya rasa cara neneknya membesarkannya dan adik beradiknya ialah salah sebab neneknya sudah lanjut usia dan pada zamannya dahulu, cara membesarkan anak boleh jadi jauh berbeza daripada zaman sekarang.

Pendapat abang saya:
Abang saya mengatakan bahawa episod ini ‘merepek’ sebab cara mereka berbual di dalam rancangan ini tidak serupa daripada apa yang selalunya diperbualkan remaja. Dia juga mengatakan bahawa rancangan ini tidak menunjukkan realiti yang sebenar seperti memukul orang dengan betul dan mununjukkan tanda-tanda bagaimana seorang penagih dadah berasa seksa dan menyesal selepas mengambil dadah. Oleh kerana itu, para penonton sekalian tidak akan menerima info-info yang sebenarnya atas apa yang belaku di dalam realiti.

Nur Aqilah 3A

Anonymous said...

Pendapat saya: "Aida" berumur 13 tahun

-Kerana kurang perhatian dari keluarga maka Aida merasa dirinya tidak disayangi.
-Kerana kurang bimbingan dari ibu bapanya yang sepatutnya menjadi contoh yang baik,(bapanya dipenjarakan kerana penagih dadah)dia merasa dia ada terlalu banyak tanggung jawab yang harus dia memikul.
-Neneknya selalu berleter tanpa usul periksa perkara sebenar.(Aida bekerja sambilan pada petang hingga malam)
-Aida mencari jalan mudah untuk mencari wang dengan menjadi seorang ibu ayam.
-Kerana kekurangan kasih sayang di rumah dan terlalu dibebani tanggung jawab,dia selalu mengadu kepada "abang-abang" angkatnya.

Pendapat ibu bapa saya:

-Aida kurang berkomunikasi bersama keluarganya.
-Masalah-masalah yang ada tidak semestinya dia menanggung seorang diri kerana banyak jalan penyelesaiannya.
-Aida mudah dipujuk rayu,dikaburi dengan wang dan dipergunakan.(seperti menyuruhnya mengambil dadah dah lain-lain.)
-Aida seorang yang pendendam.(oleh kerana bapanya dalam penjara dihukum kerana menagih dadah,dia pun berfikir mengapa dia tidak boleh melakukan.)
-Dia tidak berfikir panjang apabila dia menggelapkan wang tempat kerjanya.
-Akhir sekali,kalau Aida dan keluarganya berkomunikasi,mungkin Aida tidak sesat jalan.

Walaupun mempunyai keluarga yang bermasalah,tidak semestinya kita harus mencari jalan mudah.Ramai lagi yang dapat membantu kita seperti kita boleh meluahkan perasaan kepada guru,kaunsellor,kawan-kawan yang batul dan ramai lagi.

Iffa Iryani Said
3B

Anonymous said...

Sebagai seorang remaja,mereka ingin disayangi atau tumpuan dari kedua ibubapa.Oleh itu,ibubapa tidak harus mengabaikan anak-anak mereka.Merujuk kepada kes Aida,dia harus menanggung tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua ibubapanya dalam segi mencari duit untuk perbelanjaan adik-adiknya.Pada pendapat saya,ibubapa tidak harus menganggap mengabaikan anak sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah mereka.Jika berbuat sedemikian,anak remaja tersebut akan mula untuk mencari kasih sayang diluar dan kemungkinan mereka akan terlibat dalam pergaulan bebas dan berkelakuan yang kurang baik.Selain daripada itu,nenek Aida selalu memarahinya dan cuba mencari kesilapannya apabila dia baru pulang dari kerja.Akhirnya Aida membuat keputusan untuk melarikan diri dari rumah untuk menenangkan perasaan kemarahannya.Bagi ibubapa yang terlalu mengambil tahu tentang anak remaja mereka juga boleh menyebabkan remaja itu berkelakuan yang kurang munasabah.Mereka harus faham bahawa remaja masa kini tidak suka kehidupannya terlalu terkawal.Oleh itu,ibu bapa harus pandai mengambil hati anak remaja mereka daripada memarahi mereka sahaja.Ibu bapa juga harus menghormati peribadi anak remaja mereka daripada bersikap keterlaluan sehinggakan anak remaja itu akan berasa bosan dan mula mengambil tindakkan tanpa berfikir.Walau bagaimanapun,seseorang remaja itu harus belajar dari kesilapan yang pernah dilakukannya pada masa lalu.

Nur Hanisah 3A

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Nur Amalina kerana ibu bapa suka berleter daripada mendengar apa yang perlu dikatakan oleh anak mereka. Itulah yang membuat anak mereka terpengaruh dengan kawan-kawan.

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa Zinnirah telah katakan tentang Aida. Dia telah katakan bahawa walaupun niat Aida baik, dia tidak sepatutnya berkerja di kelab-kelab malam kerana usianya masih muda. Saya pun setuju yang orang tua berleter kerana mereka sayangi kita,tetapi kita sebagai remaja,kadang-kadang tidak dapat menerimanya.


~ Iffa Iryani ~
~ 3B ~

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Dayana. Apa yang dikatakannya memang benar. Kita tidak boleh mempercayai seseorang itu dengan sepenuhnya walaupun dia adalah rakan rapat kita. Kawan kita boleh menganiayai kita bila-bila masa sahaja. Saya akan sentiasa ingat bahawa kita tidak harus mempercayai seseorang itu dengan sepenuhnya.

Anonymous said...

Merujuk kepada apa yang telah ditulis oleh zinnirah,saya amat setuju dengan apa yang telah ditulisnya.orang tua kita selalu berleter kerana mereka sayangkan kita.namun begitu,remaja mengannggapnya sebagai ibu bapa yang tidak faham akan perangai remaja.mungkin daripada asyik berleter saja,ibu bapa boleh duduk berbincang dan menasihati anak mereka dangan cara yang baik.dengan cara begini,remaja tidak cepat salah faham dan memberontak.Saya rasa kalau aida tidak salah campur orang,dia tidak akan hanyut dalam melakukan kerja-kerja yang tidak senonh seperti minum arak dan mengambil dadah.saya juga setuju tentang pendapat zin yang terakhir.kita tidak patut mengikut segala benda jahat yang disuruh kawan kita.sebaliknya,kita patut menasihati mereka daripada melakukan keja jahat itu.

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju dengan perasaan kasihan terhadap Aida oleh Jalilah kerana pekerjaannya. Beliau tidah membuat keputusan yang bodoh yang boleh dan telah memberi masalah kepada dirinya. Beliau mempunyai pilihan untuk memilih pekerjaannya. Beliau tidak seharusnya telah memilih pekerjaan yang tidak sopan itu. Aida sudah seharusnya berfikiran matang untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Beliau boleh memilih pekerjaan yang lebih sopan dan bergaji berpatutan yang lain. Saya pasti mesti ada kerja lain yang boleh beliau lakuakan yang bergaji tinggi dan sesuai untuknya.

Nur Amirah.Mathuri 3a

Anonymous said...

Sya setuju dengan pendapat Iffa kerana Aida kurang berkomunikasi bersama keluarganya.
Masalah-masalah yang ada tidak semestinya dia menanggung seorang diri kerana banyak jalan penyelesaiannya.
Akhir sekali,kalau Aida dan keluarganya berkomunikasi,mungkin Aida tidak sesat jalan dan terus hanyut dalam alam sendiri.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat amalina. Dia berkata bahawa ibu bapa sesama anak mereka bersalah apabila menghadapi masalah-masalah. Ibu bapa tidak harus memarahi anak-anak mereka kerana mereka boleh berlawan balik dan akan menghadapi lebih masalah. Dengan lebih berkomunikasi dan mungkin anak mereka boleh berkata apa mereka lakukan pada masa lapang mereka dengan amanah.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat Zinnirah.Walaupun niatnya adalah baik,dia tidak seharusnya bekerja di kelab-kelab malam.Pada pendapat saya,neneknya harus mengurangkan berleteh dan cuba memahami situasi yang dihadapinya.Remaja seharusnya memilih rakan-rakan yang baik supaya tidak terpengaruh dengan perkara yang salah.Membezakan antara yang baik dan yang buruk hendaklah dijadikan sebagai sesuatu kekuatan bagi kita semua.

Anonymous said...

Saya setuju dengan komen yang diberikan oleh shazleE tetapi kita tidak boleh salahkan neneknya.KIta harus memahami keadaan orang tua sepertinya yang mudah marah dan sering berleter.Aida mesti memikirkan pengorbanan neneknya untuk menjaga Aida dan adik-beradiknya dari kecil hingga besar panjang.Aida juga harus mencari rezeki yang halal bukan bekerja di kelab malam itu kerana di sana banyak pengaruh yang tidak baik seperti meminum arak,menghisap rokok dan lain-lain lagi.SAya bangga dengan sikap Aida yang kini menjadi sukarelawan untuk membimbing remaja lain dari perbuatan yang salah.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat Sharifah bahawa ibubapa harus meluangkan masa mereka untuk anak-anak walaupun mereka terlalu sibuk.Ada sesetengah ibubapa zaman sekarang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka sehinggakan mereka mula mengabaikan anak-anak mereka.Mungkin dipersebabkan ini,remaja masa kini mula berkelekuan yang tidak baik.Olah itu,ibubapa harus pandai meruangkan masa untuk anak-anak mereka.

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang dikatakan Rosdahliana.Memang betul mendapat seorang anak ialah rezeki daripada tuhan dan kita harus menjaganya dengan baik kerana ia adalah tanggungjawab kita di dunia ini.
Saya juga setuju dengannya kerana ibu bapa zaman sekarang semuanya sibuk dengan kerja mereka untuk mencari rezeki tetapi mereka terlalu sibuk sehinggakan anak mereka tidak terjaga.
Pada pendapat saya,walaupun seorang ibu bapa itu sibuk dengan pekerjaannya, mereka juga harus meluangkan masa untuk anak mereka untuk menunjukkan bahawa mereka sayangkan anak maereka dan bukan kepada duit.
Nur Aqilah.3A

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan pendapat Rosdahliana.Kadangkala,ibu bapa lalai akan kepentingan diri sendiri hingga lupa akan anak-anak mereka sendiri.Ini mungkin kerana ibu bapa hanya mementikan untuk mencari wang sahaja.Saya juga berharap agar ibu bapa akan sedar kesilapaan mereka dan menjaga dan mendidik anak mereka dengan sempurna.Insya'allah.

Jalilah(3B)

Anonymous said...

Saya memang setuju dengan pendapat amirah. Aida bukannya tidak diberi pilihan. Malahan memang banyak lagi pekerjaan yang terdapat di luar. Hanya terpulang kepada diri masing-masing untuk memilih pilihan yang betul. Walaupun gajinya mungkin tidak sama, tetapi ia merupakan rezeki yang halal.


Adilah Othman 3A

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Saya rasa bahawa episode ini sungguh menarik.Ia mengatakan tentang seorang perempuan yang telah berjaya menuju ke arah yang betul,selepas mengalami masalah-masalah keluarganya.Pada pendapat saya,dia telah banyak menderita dengan masalah keluarganya dan mungkin dia rasa bahawa dia tidak disayangi oleh kedua ibu bapanya, dan itu bukan salahnya sendiri.
Itu sahajahlah yang boleh saya katakan untuk episode ini.
Saya harap akan lebih ramai lagi remaja tersalah jalan yang sedar ke arah yang betul.
Terima Kasih,
*YASRINA*(22)
4N2

Anonymous said...

Saya rasa terharu bila saya dapat tahu yang ramai perempuan melayu kini telah jatuh ke dalam tempat-tempat yang bermaksiat ini.Dalam siri ini,saya berasa kasihan terhadap budak perempuan itu. Budak perempuan itu juga harus berfikir dalam masalah ini. Adakah kerja-kerja tersebut boleh memanfaatkannya? Walaupun ia memanfaatkannya di dunia, adakah duit yang didapati halal? Dengan kepesongannya, ia menunjukkan yang budak perempuan itu kekurangan ilmu agama. Dalam masalah ini, ibubapa juga harus dipersalahi. Ibubapa harus memainkan peranan mereka dengan baik. Mereka harus didik anak mereka dengan betul dan campurkan didikan itu dengan agama. Dalam isu ini, kedua-dua pihak bersalah. Budak perempuan itu bersalah kerana dia tidak memikirkan tentang kehidupannya nanti. Ibubapa juga bersalah kerana tidak didiknya dengan betul. Kini,saya berasa sedap hati sesudah mendapat tahu yang budak perempuan itu sudah pun berubah. Saya berharap tuhan akan memberinya jalan yang betul dan tidak akan terpesong. Terima Kasih.
~FIZ~ 4n2

Anonymous said...

Saya rasa amat terperanjat apabila menonton episod tersebut. Saya pun ada rasa marah dan kesian terhadap Aida.Sebagai seorang perempuan islam,dia sepatutnya tahu bahawa pekerjaan pelayan di kelab malam ini tida sesuai dengan agama kita.Dan saya juga berasa kesian kepadanya kerana kedua-dua ibu bapanya telah bercerai dan bapanya pula masih dalam tahanan,selain itu dia juga harus mengambil alih tugas ayahnya sebagai seorang ayah untuk menjaga adik-beradiknya dan juga neneknya dalam usianya yang semuda 13 tahun.Tetapi walau macam mana pun, saya dan keluarga saya bersyukur kerana Aida kini telah berubah menjadi seorang yang lebih bermoral dan berharap supaya dia tidak balik ke pangkal jalannya yang dulu.

Anonymous said...

Anak Kecil berpendapat....
cerita yang telah di kemukakan cukup menarik perhatian,kerana budak yang hanya 13 tahun telah digelar "ibu ayam"....walaupun dia harus mencari duit,ini bukan caranya....dia lebih suka lepak bersama "abang-abangnya" kerana mereka akan beri apa sahaja yang die mahu,bukan itu sahaja,"abang-abangnya" yang mengajarnya meminum arak, menjual dadah dan menghisap rokok dan ganja.....Bila dia di rumah,nenek nya akan membebel pada nya dan ini buatnya bosan duduk di rumah...Pelajaran nya terabai kerana kerjanya yana memaksanya untuk bersengkang mata hingga ke pagi....Budak-budak yang hanyut akan berbuat baik jika diberi peluang sekali lagi....Mereka akan cuba sedaya upaya mereka unuk beruba......

Faizah 4N1

Anonymous said...

Terutama sekali saya amat tertarik pada episod ini kerna ia dapat memberi remaja-remaja kini pelajaran dan pertunjuk yang baik. Tambahan lagi,di zaman moden begini ramai remaja-remaja kita yang diabaikan kerana kurang kasih sayang dari kedua ibu bapa.Ibu bapa tidak patut mengabaikan tanggungjawab mereka atas anak-anak mereka.
Dalam kisah Aida,saya sebagai seorang wanita juga berasa amat sedih dan malu terhadap kelakuannya itu.Saya pun pasti rasa menyesal atas kelakuan itu. Jika dari permulaan,ibu bapa Aida berusaha untuk memberikan sepunuh kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap Aida,pasti perkara begini tidak akan berlaku.
Aida menjadi seorang pelayan kerana ingin memiliki wang yang banyak tambahan lagi kerja seperti itu senang tetapi sungguh menjijikkan.Dari segi ugama, perkara seperti ini dilarang kerana mendatangkan dosa dan banyak mudarat.Dari segi kesihatan pula,pelbagai penyakit boleh timbul pada dirinya.
Saya amat berharap perkara sebegini tidak akan melarat kepada remaja-remaja yang lain dan cerita ini harus dibuat sebagai sebuah pelajaran.
Dilah Aron - 4N2

Anonymous said...

Apa yang saya fikirkan ialah kenapa dia harus lakukan kerja yang terkutuk hanya untuk mendapat duit?? tahukah kerja itu amatlah terkutuk dari segi Islam? adakah dia sedar apa yang dilakukannya itu adalah suatu zina?? pada pendapat saya juga ibu bapa kita berleter bukan kerana mereka tidak sayangkan kita tetapi kerana mereka ingin yang terbaik untuk masa depan kita.

Aida juga haruslah memilih kawan yang jujur, taat dan setia.Ini bukan hanya untuk mempergunakan kita tetapi supaya kita tidak hanyut di tengah jalan. Di sini boleh saya katakan bahawa ibu-bapa Aida juga sedikit sebanyak bersalah dalam hal ini kerana mereka tidak meluahkan masa dan tenaga kepada anak mereka yang kini sudah hanyut, bak kata perpatah, nasi sudah jadi bubur.

Musta'inah 4N1

Anonymous said...

Isu ini ialah satu contoh yang baik bagi mereka-mereka di luar sana yang mempunyai nafsu kuat seperti aidah. Memang sesungguhnya aidah kesunyian dan ingin mendapat kemewahan, tetapi cara yang dilakukannya membawa rezeki yang haram dan kesemuanya dilarang oleh ALLAH dan hukum Islam.
Daripada pengalaman aidah, kita yang belum lagi hanyut didalam dunia sepertinya harus berhati-hati dalam memilih kawan. Jika ingin mendapat kemewahan jangan gunakan jalan yang mudah seperti aidah, menjualkan harga dirinya. Kita harus memilih perkerjaan yang mendatangkan gaji yang halal. Biarpun gaji yang diperolehi hanya sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tetapi ia tetap dapat memuaskan hati. Dengan berkat doa, rezeki akan dimurahkan oleh allah. Amin.

Kamariah 4N1

Anonymous said...

Kita tidak sepatutnya bekerja dalam usia yang singkat kerana fikiran kita belum matang lagi. Pada pendapat saya, perempuan-perempuan tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat-alat nafsu lelaki-lelaki remaja. Perhubungan rapat antara lelaki dengan perempuan muslim tidak digalakkan pada usia yang singkat.

Muhammad Salihin Bin Samsudin
1A

Anonymous said...

Pada pendapat saya,perempuan ini datang dari keluarga yang ajak baik.Tetapi kerana penceraian ibu dan bapanya,dia menjadi perempuan yang bolah dikatakan "tidak tentu arah".Memang bagus dia bekerja untuk menolong adik-beradiknya,tetapi dia patut memilih kerja yang lebih bermanfaat.Dia tidak sepatutnya bekerja di kelab-kalab malam kerana usianya masih muda.Dia juga bekerja sebagai ibu ayam dalam usia yang muda.Dia rasa tertekan kerana apabila dia duduk di rumah neneknya,hanya leteran sahaja yang dia dapat.Pada pendapat saya,neneknya berleter kerana dia mengisahkan tentang cucunyayang masih muda itu.Kadang-kala budak-budak zaman sekarang asyik memikirkan bahawa apabila mereka di marah ataupun orang tua mereka meleter,mereka akan memikir bahawa mereka di benci oleh orang tua mereka.Budak perempuan ini lebih suka keluar dan bersama dengan abang-abang angkatnya kerana dia rasa bahawa mereka sahajalah yang dapatnya meluahkan kegembiraan,dukaannya kepada mereka.Walaupun dia mempunyai orang untuk berkongsi perasaan dengan,abang-abang angkatnya yang mengajarnya meminum arak,merokok dan perkara lain-lain lagi yang haram.Pada pendapat saya kami tidak patut membuat perkara yang tidak patut kami buat apabila diajak oleh kawan,walaupun kami kenal mereka sehidup kami.Perempuan ini tentu tahu membezakan baik dan burk.Walau apa pun kami jangan selalu berfikir atau pandangan rendah kepada orang seperti perempuan ini kerana kadang-kala kami boleh mempelajari sesuatu perkara yang amat baik dan sesuatau perkara yang penting kami akan perlukan dalam hidup kami.Kami tidak akan tahu.

amirah 1B

Anonymous said...

Shaheerah,said...

pendapat saya tentang isu remaja lari adalah kerana mereka terlalu mengikutkan nafsu syaitan yang akan menghancurkan diri mereka. mereka berkelakuan begini mungkin juga kerana tidak diberikan pendidikan agama yang cukup.mereka mungkin juga dikongkong dan tidak dibenarkan keluar dan menemui rakan-rakan mereka.anak-anak juga suka mengambil kesempatan jika kadua ibubapa meraka bekerja, agar mereka dapat keluar dan menemui kawan mereka. ibubapa harus memberitahu anak mereka dan mengawal anak mereka supaya jangun bercampur dengan rakan atau kumpulan yang tidak sihat.saya rasa dalam situasi begini, kedua pihak bersalah. iaitu,ibu-bapa dan anak mereka.saya rasa kedua pihak harus duduk dan berbincang mengapa dan bagaimana harus mereka menyelesai masalah ini. ramai anak-anak apabila lari rumah,hanyut di dunia luar.ibubapa harus memberitahu anak-anak mereka sebelum anak-anak hanyut di dunia luar.anak-anak harus diberi didikan agama yang cukup supaya mereka menjadi seorang yang mulia dan bertanggung jawab apabila mereka dewasa kelak.

shaheerah bte mohd salim
1B express

Anonymous said...

pada pendapat saya, budak perempuan itu tidak bersalah untuk keluar bekerja tetapi dia bersalah kerana memilih kerja yang dilarang agama sedangkan banyak lagi kerja di luar seperti menjadi pengangkat pinggan di Mcdonald's . dari itu masalahnya ialah mungkin dia malu kalau kawannya melihatnya bekerja di tempat yang tidak mempunyai taraf yang tinggi.mungkin dia akan ditinggalkan oleh kawan-kawan kerana dia bekerja sebagai pengngkat pinggan dan miskin hina sehingga terpaksa bekerja di tempat sebegitu.akibat dari kejadian itu dia akan merasa seakan dirinya tidak dihargai baik dirumah ataupun di sekolah atau khalayak ramai.itulah akibatnya apabila mereka sering dileteri oleh orang yang menjaga mereka .lagipun mereka tidak sepatutnya dimarah sejerus pulang dari bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. mereka melakukan ini semua dengan sebab-sebab yang tertentu mungkin kerana bosan dan terllu tertekan kerana remaja lain seusia mereke sedang di rumah berehat bersama keluarga dengan tenangtetapi mereka sedang mencari rezeki. ibubapa harus memantau degan lebih dekat lagi apa yang dilakukan oleh remaja tersebut, degan mengambil tahu tentang apa yang dikerjakannya dan dimana dan sebagainya yang sepatutnya diambil tahu.dengan siapa dia bergaul tetapi jangan terlalu mengonnkong hidup individu tersebut sehingga dia memberontak. ibubapa juga harus memberi tahu apa yang cara atau ciri-ciri pekerjaan yang boleh dijadikan pekerjaannya

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

pada pendapat saya, budak perempuan itu tidak bersalah untuk keluar bekerja tetapi dia bersalah kerana memilih kerja yang dilarang agama sedangkan banyak lagi kerja di luar seperti menjadi pengangkat pinggan di Mcdonald's . dari itu masalahnya ialah mungkin dia malu kalau kawannya melihatnya bekerja di tempat yang tidak mempunyai taraf yang tinggi.mungkin dia akan ditinggalkan oleh kawan-kawan kerana dia bekerja sebagai pengngkat pinggan dan miskin hina sehingga terpaksa bekerja di tempat sebegitu.akibat dari kejadian itu dia akan merasa seakan dirinya tidak dihargai baik dirumah ataupun di sekolah atau khalayak ramai.itulah akibatnya apabila mereka sering dileteri oleh orang yang menjaga mereka .lagipun mereka tidak sepatutnya dimarah sejerus pulang dari bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. mereka melakukan ini semua dengan sebab-sebab yang tertentu mungkin kerana bosan dan terllu tertekan kerana remaja lain seusia mereke sedang di rumah berehat bersama keluarga dengan tenangtetapi mereka sedang mencari rezeki. ibubapa harus memantau degan lebih dekat lagi apa yang dilakukan oleh remaja tersebut, degan mengambil tahu tentang apa yang dikerjakannya dan dimana dan sebagainya yang sepatutnya diambil tahu.dengan siapa dia bergaul tetapi jangan terlalu mengonnkong hidup individu tersebut sehingga dia memberontak. ibubapa juga harus memberi tahu apa yang cara atau ciri-ciri pekerjaan yang boleh dijadikan pekerjaannya

1B

Anonymous said...

Pada pendapat saya, Aida mempunyai niat yang baik untuk menolong kesusahan keluarganya dengan bekerja pada usia yang muda. Dia tidak patut bekerja di kelab malam sebagai ibu ayam kerana ia sesuatu pekerjaan yang tidak memberi kesan yang baik kepada orang ramai. Neneknya selalu berleter kerana tanda sayang kepadanya. Saya setuju dengan komen Zinnirah bahawa kita sebagai remaja tidak dapat menerimanya dan memikirkan bahawa mereka membencikan kita. Seharusnya neneknya patut nasihatkannya untuk tidak bekerja di kelab malam dan memberinya sokongan dalam niat baiknya itu. Budak perempuan itu lebih selesa bersama abang-abang angkatnya kerana dia selalu bersama mereka dan befikir bahanwa merekalah tempat untuk dia mengadu masalah walaupun mereka mengajarnya benda-benda yang buruk untuk menolongnya.

Anonymous said...

Episod "hanyut" yang ditunjukan di suria itu kesIsu yang diketengahkan ialah tentang kehidupan seorang budak perempuan sebelum dia dimasukkan ke Pertapis. Pada usia yang muda,dia sudah bekerja demi adik-beradiknya. Walaupun niatnya baik, dia tidak patut bekerja di kelab-kelab malam kerana usianya masih muda. Dia juga bekerja sebagai ibu ayam kerana dia boleh mendapat duit yang banyak. Dia berasa tertekan apabila duduk di rumah kerana neneknya selalu berleter. Pada pendapat saya, orang tua berleter kerana mereka sayangkan kita tetapi kita sebagai remaja tidak dapat menerimanya. Pada kita, mereka selalu berleter kerana mereka benci kita. Orang tua sepatutnya menasihati kita apabila kita bersalah dan menunjukkan bahawa mereka sayangkan kita dengan mencium atau membelai rambut kita. Jika mereka melakukan begitu, kita tentu akan merasakan bahawa ada orang yang menyayangkan kita. Budak perempuan itu lebih suka berlepak bersama abang-abang angkatnya kerana dia rasa mereka ialah tempat di mana dia boleh berlindung dan menceritakan tentang kegemarannya. Walaupun begitu, abang-abang angkatnya juga yang yang mengajarnya meminum arak, menjual dadah dan menghisap rokok dan ganja. Pada pendapat saya, kita tidak patut mengikut apa yang diajar oleh kawan-kawan jika ia salah.Budak perempuan itu tentu tahu membezakan antara yang buruk dan baik. Mereka yang pernah membuat kesalahan, seperti budak perempuan ini tidak semestinya bodoh. Mereka mungkin lebih pandai dari kita.
Razi 3D

Anonymous said...

Pada pendapat saya, beliau tidak seharusnya berbuat begitu. Walaupun niat beliau baik iaitu menolong adik-beradiknya, beliau masih boleh memilih kerja yang lebih membawa faedah.Tetapi, walaupun beliau tertekan akibat leteran neneknya, beliau tidak seharusnya berbuat begitu kerana niat nenek beliau baik kerana inginkan beliau berubah.

Nurulain 3D